Amboi! Amboi! Amboi! Bukan main lagi netizen apabila pelakon Sharnaaz Ahmad memuat naik gambar tidak memakai baju atau separuh bogel di akaun Instagram miliknya. Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada September yang lalu dipercayai sebelum dia memulakan rutin senaman bagi membina badan yang lebih tegap.
"Hai semua. Apa khabar. Hehe ini gambar 24 September 2019."
"Saja membakar Isnin anda dengan bulu dada abang yang jarang ituh.."
Pelakon kacak itu berkongsi gambar itu dengan tujuan mahu membakar semangat orang ramai untuk berusaha mendapatkan sesuatu yang diinginkan dengan disiplin dan keazaman yang tinggi.
"Kalau ada keazaman, gunung Everest kita mampu tawan."
Dia juga secara berseloroh berkata akan berkongsi gambar yang terkini sekiranya postingnya itu mendapat lebih 30 ribu 'likes' daripada pengikutnya di laman sosial tersebut.
"Cukup 30k likes abang belanja badan sekarang."
Kredit foto : Ig Sharnaaz
Posting tersebut mendapat perhatian netizen yang seakan tidak percaya Sharnaaz memiliki lebihan lemak pada bahagian perutnya sebelum ini kerana secara luaran dia dilihat memiliki badan yang tegap.
Kredit foto : Ig Sharnaaz
Malah, lebih ramai lagi yang tidak sabar untuk 'menuntut janji' ayah kepada Jebat itu untuk berkongsi gambar terkini nya selepas menjalani rutin senaman kurang daripada 3 bulan apabila posting itu mendapat lebih 30 ribu likes seperti yang diminta oleh Sharnaaz.
Kredit foto : Ig Sharnaaz
Kalau dilihat gambar-gambar terkini, Sharnaaz kelihatan lebih kurus dan tegap berbanding beberapa bulan yang lepas. Ramai yang kagum dengan usaha dan kerja keras Sharnaaz yang sudah membuahkan hasil dalam masa yang singkat.
Bila agak-agaknya Sharnaaz nak 'update' gambar terkini ye? Ramai sangat dah tu yang tak sabar kan nak tengok gambar cik abang hot kita ni. -CARI
|