Kontroversi rumah tangga Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dengan isteri baharunya, Noorainul Naqim masih lagi menjadi perbualan hangat orang ramai. Pelbagai parodi dan sindiran berkisar tentang kenyataan Da'i itu berlegar-legar di media sosial.
Isteri kepada jutawan kosmetik Dato Aliff Syukri iaitu Datin Shahida yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan nasyid, Solehah nampaknya turut terkesan dengan kontroversi hangat itu.
Menerusi salah satu klip video yang dimuat naik di saluran YouTube TV Terlajak Laris baru-baru ini, Shahida dengan berseloroh berkata yang dia bersyukur kerana suaminya bukan peserta program realiti keagamaan Da'i atau Pencetus Ummah (PU).
"Saya bersyukur walaupun suami saya seorang yang 'ting tong' tetapi dia bukan seorang PU ataupun Da'i," ujar Shahida sambil mengakui sikap suaminya yang sedikit pelik dan 'gila-gila'.
"Alhamdulillah, kerana tiada godaan 18 kali."
Aliff Syukri kemudiannya bertanya pendapat isterinya sekiranya dia mahu menyertai program realiti seumpama itu yang kemudiannya ditolak oleh Shahida tanpa berfikir panjang.
Kredit foto : Ig Aliff Syukri
"Tak payah. Jadi Aliff Syukri yang baik dan tak tinggal solat. Tak perlu nak jadi Da'i atau PU pun," ujar Shahida lagi.
Aliff Syukri juga sempat memohon maaf atas kekurangan dan kejahilannya sebagai seorang suami. Tambahnya lagi, bukan semua peserta PU dan Da'i bermasalah tetapi ianya bergantung kepada individu itu sendiri.
"Yang baik kita ikut, yang tak baik kita jadikan pengajaran."
Video tersebut telah ditonton lebih dari 370 ribu kali dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan itu.
Kredit foto : Youtube
Macam-macam lah dorang ni kan. Apa pun bukanlah semua peserta PU dan Da'i yang bermasalah kerana ramai lagi yang boleh dijadikan contoh dan tauladan seperti PU Azman dan lain-lain. -CARI
pepuak giler viral macam toklip ni jarang ade masalah menggatal....pepuak lobai yg paling bermasalah menggatal ngan tino ni...tino plak sume species konon fefeeling laki ku syurga ku kan....
Post time 12-12-2019 01:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cobaan nak up kan nama ke?nak kalahkan bapak susu punya troll ke ni?tp sori lah datin..meluat tgk chuolzs..hepi family?semoga lah~both u n toklip spesis attention seeker..