View: 4330|Reply: 25
|
Pengawai Airport Panggil Ambulans Ambil Keluarga, Rakan Pulang Dari Bercuti Di L
[Copy link]
|
|
Tindakan sekumpulan individu menaiki ambulans di luar Terminal 1 Lapangan Terbang Shanghai Pudong mencetuskan kemarahan warganet China.
Shanghaiist melaporkan, video tular itu menunjukkan sebuah ambulans yang memasang lampu kecemasan berhenti di luar lapangan terbang berkenaan untuk mengambil kumpulan terbabit.
Namun, tiada seorang pun 'penumpang' dilihat mengalami sebarang kecederaan. Sebaliknya, kumpulan terbabit dikatakan baru kembali dari membeli-belah di luar negara.
Foto: Shanghaiist
Malah, seorang staf lengkap beruniform dilihat membantu memasukkan barang-barang yang dibawa mereka ke dalam ambulans.
Berikutan penularan video itu, Pusat Kecemasan Perubatan Shanghai menjelaskan bahawa ambulans berkenaan bukan milik mereka.
Tidak lama kemudian, pihak lapangan terbang terbabit membuat kenyataan mengakui bahawa ambulans itu milik mereka dan kini sedang melakukan siasatan berhubung kejadian.
Hasil siasatan diumumkan pada petang Selasa yang menjelaskan, ambulans itu dihubungi seorang pegawai pengurusan lapangan terbang berkenaan dikenali sebagai Yu.
Difahamkan, Yu mengarahkan staf mengambil tiga rakannya yang kembali dari bercuti di luar negara bersama isteri dan anaknya untuk dihantar ke tempat letak kereta di lapangan terbang berkenaan.
Yu kemudian dipecat atas tindakannya menyalahgunakan kuasa dan akan dikenakan tindakan disiplin.
Sementara itu, pemandu ambulans berkenaan turut diberhentikan, manakala seorang lagi rakannya dikenakan mata demerit.
Di laman sosial Weibo, warganet bersorak gembira di atas hukuman yang dikenakan terhadap Yu, namun bersimpati atas nasib pemandu ambulans berkenaan.
Mereka membuat rayuan bagi pihak pemandu ambulans terbabit yang mungkin akan kehilangan kerja sekiranya membantah arahan pihak atasan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tidak cash kat sini. Bersalah pon boleh tangguh masuk jail. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Malaysia....... “kita akan siasat dan akan dakwa mereka”...... sampai ke sudah satu haramjadah hukuman pun tak buat. Itu pun ada hati merengek nak bonus, nak pencen sampai mampus, nak itu nak ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 betul la pangai prc ni |
|
|
|
|
|
|
|
Klu di Msia, tiga laporan rasuah oleh pkr ke atas taib mahmud pun digugurkan kerana kroninya tiba2 jadi PM 7 |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn yg org kita pun buat camni suda |
|
|
|
|
|
|
|
Elok pecat terus, seronik salah guna kuasa mendapatlah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak heran Sgt..Kat Malaysia pun sama |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mengarah tu selayaknya lah kena pecat. Tp tukang driver tu tak perlu dipecat sbb dia ikut arahan org atasan dia. Dia terhimpit diantara dua. He deserve second chance |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 13-12-2019 06:45 PM
Kalau kat Malaysia....... “kita akan siasat dan akan dakwa mereka”...... sampai ke sudah satu hara ...
Kad OKU jgn lupa. |
|
|
|
|
|
|
|
At least kat china cepat aje kena pecat
Cuma yg ni x kena tembak mati aje
Kalau kat msia kita akan siasat memanjang. And the staff yg terlibat will merrily continue working there tanpa rasa bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
bnci btul mnusia jnis slah guna kuasa ni.
dlu my friend prnah citer kt skolah dia msa waktu balik dtg ambulans bunyi neno2 bhnti dpn pgar skolah. semua tkejut ingat ad pljar/gru pngsan ke ape. skli ad bdk msuk rupanya abg dia dtg amik adik skolah. ape ke gila siap bunyi siren. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha rasain loh |
|
|
|
|
|
|
|
hanatnya perangai.. guna ambulan kot |
|
|
|
|
|
|
|
Muka sekor2 pun dah mcm muka berwabak penyakit.
Shesuai semua naik ambulance {:good |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab! |
|
|
|
|
|
|
| |
|