View: 10408|Reply: 183
|
Mawi lancar album kedua
[Copy link]
|
|
Mawi lancar album kedua
Oleh Rofeah Musa
ALBUM TERBARU: Mawi menyerahkan single albumnya kepada
Pengurus Jualan Air Mauritius Malaysia, Anita Ahmad
Derus pada pelancaran album terbarunya di
Mauritus, Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, melancarkan album solo keduanya berjudul Satu Dalam Seribu yang dijangka mampu mengulangi kejayaan cemerlang album terdahulunya.
Majlis pelancaran album itu diadakan di Ballroom Indian Resort, Mauritius Jumaat lalu serentak dengan program percutian Mawi bersama lebih 50 peminatnya di pulau berkenaan.
Pelancaran itu istimewa kerana ia disaksikan peminat setia Mawi yang dibawa bercuti ke pulau peranginan itu dan mendapat liputan media di negara itu.
Pelancaran album dan program percutian eksklusif Mawi bersama peminatnya itu dianjurkan bersama Hotlink, Mejustive Event & Travel dan Air Mauritius.
Album Satu Dalam Seribu yang memulakan proses rakaman pada Ramadan lalu turut menampilkan komposer terkemuka seperti M Nasir, Fauzi Marzuki, Arab, Yasin dan Ajai.
Album solo kedua itu memuatkan lapan lagu antaranya Mungkin Langitmu Lebih Biru, Angan dan Sedar, Insya-Allah, Ya Salam, Satu Dalam Seribu dan Demi Dia.
Album berkenaan turut menampilkan duet Mawi bersama Yasin menerusi lagu Ya Salam sementara lagu Mungkin Langitmu Lebih Biru dijangka muncul sebagai lagu hits penyanyi itu selepas ini.
Satu Dalam Seribu yang berkonsep irama pop rock memuatkan lapan lagu sekali gus melayakkannya ke Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM 14).
Ditanya mengenai pemilihan Mauritius sebagai lokasi pelancaran album, Mawi berkata, ia sebagai menghargai peminat yang selama ini sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi.
揚elancaran album itu memberi peluang kepada saya mendekati peminat, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bolehlah MASUK AIM tahun nieeee...
Vokal Lelaki Terbaik - Pasti menyaksikan pertembungan dengan Sifunya M.Nasir |
|
|
|
|
|
|
|
ko nih colby
bikin aku mcm tersentak jerk
(bukan sentap ekkkk)
merah benar tuh pak ngah |
|
|
|
|
|
|
|
so lagu langit biru tu
actually - mungkin langitmu lebih
biru, eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dah rancang nak lancar kat sana ke atau ni satu surprise ?
Satu Dalam Seribu yang berkonsep irama pop rock memuatkan lapan lagu sekali gus melayakkannya ke Anugerah Industri Muzik ke-14 (AIM 14).
Bukan ke album sebelum ni pun 8 lagu ? :stp:
Memang tak layak lagi la kan ?
Kecuali durasi rakaman tu lebih 40 minit kan ?...chewahh durasi tu... :lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 dexa's post
mungkin! nama komersial langit biru spy senang org nak ingat. assumption |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 houdini's post
dah ada kelonggaran utk durasi segala tue ... :ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 houdini's post
surprise atau tak, mende ni kena rancang awal2. mana boleh tiba2 keboommmm! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 houdini's post
hari tu depa ada wat meeting
8 lagu, durasi 30 minit dah layak bertanding
[ Last edited by crayzee at 5-12-2006 01:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
wah mawi... pi mauritius bawa peminat sambil lancarkan album ler pulak :bgrin:
mmg serampang 2 mata betoi |
|
|
|
|
|
|
|
aku perasan muka mawi dalam gambar kat atas tu
gelap ,
amboi mawi ,
kat mauritius berjemur sakan ker ... :lol
dan lagi , mawi semakin berisi .. .. ada harapan nie ... :lol. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 adik_nazgul's post
harapan apa ni...nak panggang mawi untuk barbeque ke :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 adik_nazgul's post
Ooooo dah ada kelonggaran ek ?
Apa dah jadi dengan prinsip penganjur kononnya takkan ubah peraturan/syarat
Konon anugerah diorang berprestij... guna juri dan bukan SMS
Takut orang boikot AIM ke ? :lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Album dia dah ada di pasaran ke belum?kalau dah ada aku nak pi beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 crayzee's post
ada harapan jadi pelakon sumo aflin shauki ... :lol. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by greyrose at 5-12-2006 01:42 PM
surprise atau tak, mende ni kena rancang awal2. mana boleh tiba2 keboommmm!
Maksud aku memang dia dah war-warkan ke nak buat pelancaran kat sana ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Album dia dah ada di pasaran ke belum?kalau dah ada aku nak pi beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by crayzee at 5-12-2006 01:43 PM
hari tu depa ada wat meeting
8 lagu, durasi 30 minit dah layak bertanding
Mesti diorang nak bagi Faizal layak masuk bertanding ni... :hmm:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 5-12-2006 01:55 PM
Mesti diorang nak bagi Faizal layak masuk bertanding ni... :hmm:
tak abis2 dgn faizal dia hahahahahha:nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 houdini's post
bior le kalo pezal pun bertanding
sekali album dia lagi layak dari album mawi ni :cak:
masuk top 5 terus! |
|
|
|
|
|
|
| |
|