View: 6304|Reply: 88

Dayang @ Konsert 3 DIVA
[Copy link]

semalam di Konsert 3 Diva kat Bkt Jalil..
persembahan 3 Diva Asia Tenggara ni memang sesangat sangat sangat hebat lah... tak paayah nak komen lah kan..
dayang perform ngan Titi DJ dlm lagu kalau tak silap Aku Masih Ada..
Dayang sangat seksi.. tak dapat nak amik gambar sebab jauh kan.. tapi baju memang seksi..
vokal dier memang power lah.. Titi cakap wow....
sapa yang pegi semalam??
sapa yang tak gi rugi sebab ini konsert yang paling best tahun 2007 ni.. |

Originally posted by brettmyberg at 26-3-2007 06:54 PM
semalam di Konsert 3 Diva kat Bkt Jalil..
persembahan 3 Diva Asia Tenggara ni memang sesangat sangat sangat hebat lah... tak paayah nak komen lah kan..
dayang perform ngan Titi DJ dlm lagu ...
really???
aku dah teka dah. persembahan dayang memang x pernah menghampakan.
tapi...tang baju tu, memang susahlah nak komen. seksi jugak ek. |

memang seksi lah.. kali ni aku berani kata seksi... selalu tak care pun..
tapi kat depan ada Tun M ngan Tun Asmah.. so kalau boleh macam sopan skit... maybe dayang tak tahu kut..
dayang harus banyak belajar dari 3 Diva... |
Rate

1
View Rating Log

brett..
ko mmg tau
pegi tk inform! |

kenapa frust lak bintang hati? |

Ruth, Kris, Titi memang Diva
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
SEMUA jadi satu, gambaran tepat bagi membayangkan betapa hebatnya Konsert 3 Diva di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu.
Menampilkan tiga penyanyi terkenal dari seberang, Ruth Sahanaya (Ruth), Kris Dayanti (KD) dan Titi DJ (Titi), segala testimonia menjadikan Konsert 3 Diva sebagai santapan muzik serantau mencapai matlamat.
Gegaran di stadium itu memecah kesunyian apabila ruang pentas yang bercahaya terang ketika Kris, Ruth dan Titi muncul saat layar putih dijatuhkan.
Memulakan pertunjukan dengan tiga medley lagu masing-masing seperti Rembulan, Ekspresi dan Mahadaya Cinta bergandingan tangan membawakan lagu secara trio.
Interaksi pertama bersama penonton dimulai ketiga-tiga diva dengan jeritan Malaysia serta ucapan khas Kris yang mewakili temannya kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang hadir bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Diiringi Pesona Simfoni Malaysia (PSM), pemain muzik orkestra pimpinan pengarah muzik genius, Erwin Gutawa, dibantu sejumlah penyanyi latar, dengan penampilan lebih 30 lagu hits dari album tiga diva itu.
Persembahan mereka turut diwarnai penampilan khas tiga penyanyi muda negara, Noryn Aziz, Dayang Nurfaizah Awang Dowty dan Nurul Huda Abdul Wahab.
Tiga puluh lagu yang dibawakan PSM menyatu dalam tiga karektar vokal alto Ruth, mezzo-soprano-Kris dan soprano milik Titi DJ.
Konsert 3 Diva yang dipersembahkan di sini sama besar dengan konsert yang pernah diadakan di Indonesia.
Bukan saja vokal mereka amat dititikberatkan oleh Erwin, malah penampilan serta tata rias ketiga-tiga diva itu dijaga sepenuhnya oleh Jay Sabyuko.
Kejayaan konsert itu terletak pada rekaan kostum menarik, set pentas sederhana namun kelihatan begitu berprestij, sistem bunyi seimbang serta keharmonian suara ketiga-tiga diva itu.
Konsert itu terbahagi kepada tiga segmen iaitu pembukaan, segmen solo serta duet bersama Noryn, Dayang dan Nurul.
Mereka membawakan lagu popular masing-masing yang begitu dekat di hati peminat di sini, misalnya Kaulah Segalanya (Ruth Sahanaya), Takkan Ada Cinta Yang Lain (Titi DJ) dan Menghitung Hari (Kris Dayanti).
Antara lagu yang membuai perasaan penonton adalah lagu Cinta yang disampaikan sepenuh jiwa oleh Titi DJ dan Ruth. Lagu itu pernah dinyanyikan semula oleh Misha Omar dan Jaclyn yang melatari keindahan filem Cinta arahan Kabir Bhatia.
Ketiga-tiga diva itu mempunyai kekuatan tersendiri, tetapi antara yang menonjol adalah Ruth yang mempunyai stail tersendiri ketika menyanyi.
Titi walaupun tidak begitu dikenali di Malaysia tetapi suaranya begitu 慺lawless |

Penonton di Stadium Putra puas gabungan mantap penyanyi Indonesia
3 Diva tunai janjiOleh Nurulhisham Abdul Latiff
GABUNGAN kemantapan vokal penyanyi dan kehebatan persembahan muzik membolehkan Konsert 3 Diva membabitkan penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ muncul antara konsert terbaik dan memberikan kepuasan kepada kira-kira 5,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu.
Tiga artis wanita negara seberang itu membuktikan, pemilihan mereka sebagai teraju utama konsert memang tepat kerana keupayaan mereka untuk memukau peminat dengan kehebatan vokal ternyata jelas kelihatan sepanjang hampir tiga jam konsert berlangsung.
Tidak ubah sebagai medan 憄erang vokal |
Rate

1
View Rating Log

sexy ke dyg??? baju ok CUMA TERLALU SINGKAT ( ATAS PARAS LUTUT ):@

aku terkedu tgk baju dayang..
what is she trying to prove? |

aku rasa ok je.. skirt dia masa nynyi Buttons kat OIAM lagi singkat rsanya.. |

tapi memang tak lawa bajunya, sama gak ngan make-up dan rambutnya... alahai sapa pengurusnya?!!?? |

Originally posted by puteri-jelmaan at 26-3-2007 09:46 PM

brett..

ko mmg tau

pegi tk inform!

last minute pu3..
kawan aku ajak..
memula tak nak gak..
dah merayu2 nak tgk ruth.. terpaksa gak gi.. |

Originally posted by male30plus at 27-3-2007 06:23 PM

tapi memang tak lawa bajunya, sama gak ngan make-up dan rambutnya... alahai sapa pengurusnya?!!??

tapi kalau nak ikutkan memang aku tak suka ngan tema dayang kali ni.. tak sesuwai..
ok, lagunyer rancak, maybe dayang ngan kak liza iingat terpaksa pakai baju singkat sampai nampak peha...
tapi titi ok jer.. tak der masalah pun nak bergerak semua...
dan lagi satu ni kan konsert diva-diva.. sangat anggun kalau kenakan tema2 diva dan tunjukkan kediva-in-the-makingan dier... boleh jer pakai ala kris gitu.. (hehe ala2 siti lah plak..) maksud aku nampakkan aura diva dier tu.. tak semestnyer pakai baju nampak lutut hitam tu... he he
and lagi satu ada tun m semua kat depan kan..
tapi dari segi persembahan dayang memang superb sampai kadang2 tenggelam suara titi..
dan sekali lagi aku cakap ini konsert paling best abad ini!!!!!!!!! |

baju tu kalo tgk dr jauh ok je aku rase...
tp ape la agaknye yg musicians kat bawah dok pikir...ishh
aku stuju ngan brett..xkene baju dayang depan vvip tuh..
tp rata2 puji dayang nyanyi kan...
cume x best nye,orang lebih bercakap baju die dr performance die..
kalo aku kat kl sane sure aku g..
minat habisssssss kat ruth tuuu.. |

wwOriginally posted by brettmyberg at 27-3-2007 06:42 PM

last minute pu3..
kawan aku ajak..
memula tak nak gak..
dah merayu2 nak tgk ruth.. terpaksa gak gi..
eleh..yg ko ajak lagi sorang tu dia pun tk leh nk gi leh lak..apa la..aku ni sbb tkde geng je..klu ada...sure dh kesana tau |

Konsert 3 Diva cun banget!
27-03-2007 10:35:00 AM
Wahida Asrani
Hebat... Begitulah gambaran yang dapat diberikan menerusi konsert 3 Diva
Bagi yang tidak menonton konsert 3 Diva yang berlangsung malam kelmarin di Stadium Putra Bukit Jalil, pasti tidak mengetahui dimana letaknya kehebatan sebenar tiga diva Indonesia ini; Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan TT DJ.
Tidak dinafikan, sebagai penyanyi tersohor yang mempunyai pengalaman luas, kehebatan vokal ketiga-tiga penyanyi senior dari Indonesia memang tidak boleh disangkalkan lagi. Dan nampaknya, 'kekuatan' itulah yang ditonjolkan oleh Kris, Ruth dan TT dengan sebaik mungkin sehingga membuatkan kira-kira 6,000 penonton yang hadir cukup berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan tiga diva itu.
Tiada sebarang gimik, mahupun koreografi yang hebat. Namun, alunan suara mereka dengan diiringi orkestra Pesona Simfoni di bawah bimbingan pemuzik dan komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa nyata mempersonakan!
Konsert selama dua jam setengah itu menyaksikan Erwin bekerjasama dengan komposer tanah air, Eddie Marzuki memimpin gabungan pemuzik seramai 50 orang dari kedua-dua negara.
Tidak salah jika dikatakan tiga bintang ini memang mempunyai dinamik yang tersendiri. Membuka tirai kira-kira jam 9.15 malam dengan medley beberapa buah lagu popular masing-masing, Kris, Ruth dan Titi berjaya memulakan konsert dengan satu persembahan yang cukup bertenaga.
Rembulan, Ekspresi, Maha Daya Cinta dan Astaga adalah antara beberapa buah lagu yang disampaikan bersama oleh ketiga-tiga diva tersebut pada permulaan konsert itu.
Melihat kepada aksi mereka di pentas yang seakan-akan cuba beradu suara antara satu sama lain membuatkan penonton leka seketika dengan nyanyian ketiga-tiga penyanyi ini walaupun ada sesetengah lagu yang disampaikan tidak pernah didengari di negara ini.
Lebih membanggakan, Kris, Ruth dan Titi turut membuat persembahan penghargaan buat dua 'diva' Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan Sheila Majid yang juga turut hadir sebagai penonton di konsert itu kelmarin dengan beberapa buah lagu hits dua penyanyi itu seperti Lagenda, Sinaran, Bukan Cinta Biasa, Cindai dan Percayalah.
Ternyata satu keputusan yang bijak diambil oleh tiga diva ini untuk 'memikat' hati para penonton tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu dua penyanyi tersohor tanahair itu. Pemilihan lagu pula amat bersesuaian dan bertepatan memandangkan penonton dilihat turut sama menyanyi bersama mereka.
Titi dan Dayang yang berduet menerusi lagu Kau Selalu Ada juga tidak kurang hebatnya
Walaupun membuat sedikit kelainan pada susunan muziknya, ternyata sentuhan Erwin tidak mengecewakan apabila pembaharuan yang cuba dibuat itu memang 'cocok' dengan persembahan mereka, terutama untuk lagu Cindai yang disuntik sedikit elemen moden di dalamnya.
Walaupun ada kalanya suara ketiga-tiga penyanyi ini kedengaran sedikit 'tenggelam' disebabkan bunyi audio yang kuat, itu tidak sedikitpun mencacatkan persembahan mereka yang bijak menggunakan ruang pentas yang menarik rekaannya itu dan tiga diva ini bijak dan senantiasa maintain vokal mereka itu.
Ditambah pula dengan interaksi bersama penonton yang menghiburkan, memang tidak disangkal lagi Kris, Ruth dan Titi amat sesuai diberi gelaran 'diva' itu.
'Diva Malaysia' juga hebat...
Konsert malam itu terus dihangatkan dengan persembahan solo tiga penyanyi itu yang dimulakan dengan Kris. Membawakan lagu Menghitung Hari, lagu yang mula-mula memperkenalkan namanya di Malaysia, kelantangan suara Kris memang hebat!
Untuk segmen ini juga, tiga penyanyi ini turut berduet dengan tiga 'Diva Malaysia' untuk sebuah lagu. Gandingan buat pertama kalinya antara Kris dan Nurul memang cukup menghiburkan.
Membawakan lagu dangdut, Penasaran, Nurul dan Kris dilihat 'serasi bersama' membawakan lagu tersebut, ditambah pula dengan gelekan dangdut penyanyi hitam manis itu.
Bak kata Nurul ketika ditemui sejurus selepas konsert itu "memang sudah lama saya ingin bergelek macam tu. Bertambah seronok apabila dapat berduet dengan Kris pula."
Gandingan Titi dan Dayang menerusi lagu Kau Selalu Ada juga tidak kurang hebatnya. Memang dilihat sedikit tidak 'kena' pada mulanya, mungkin kerana imej kedua-dua penyanyi ini yang berbeza, tetapi gandingan vokal mereka memang memukau!
Begitu juga dengan dengan Ruth dan penyanyi R&B / Jazz, Noryn Aziz. Persembahan yang tidak menghampakan, tetapi vokal Noryn tidak begitu teruji nampaknya menerusi lagu Bawa Daku Pergi.
Namun, apa yang boleh dikatakan, pemilihan Nurul, Dayang dan Noryn memang bertepatan walaupun pada awalnya dulu, mereka dikatakan hanya sekadar 'tempelan' pada konsert yang diterajui oleh tiga diva terkenal Indonesia itu.
Walaupun masing-masing hanya mempersembahkan sebuah lagu, ternyata peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Cuma, agak kesal sedikit apabila melihat pakaian tiga 'Diva Malaysia' ini berpakaian agak seksi pada malam itu.
Mungkin kurang sesuai dengan kehadiran tetamu-tetamu VVIP iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah dan Datin Paduka Rosmah Mansor.
Mengulas hal ini, Nurul, Noryn dan Dayang menjelaskan, apa yang dipakai oleh mereka pada malam itu lebih mementingkan kepada keselesaan.
"Saya selesa dengan apa yang saya pakai dan saya rasakan pakaian saya ini sesuai dengan lagu," ujar Dayang yang mengenakan pakaian rekaan Syaiful Baharim, manakala Nurul menggayakan rekaan Calvin Thoo dan Noryn pula memilih dress rekaan Ridz.
Konsert itu turut menyaksikan dendangan beberapa buah lagu popular lain tiga diva Indonesia itu, antaranya Cubalah Untuk Setia, Kaulah Segalanya, Yang Ku Mahu dan Semua Jadi Satu.
Komen Diva:
Titi:
"Saya lega kerana audiens kenal saya kerana ada yang tidak mengenali siapa Titi DJ. Respon pada konsert ini baik sekali dan saya amat menghargainya."
Ruth:
"Saya gembira dengan sambutannya. Sungguh luar biasa!"
Kris:
"Saya rasakan 'flow'nya lebih cepat berbanding konsert-konsert terdahulu. Cun banget!" |

Terima kasih, 3 diva!
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
http://www.utusan.com.my/pix/2007/0329/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01_big.jpg
MALAYSIA Boleh... Terima kasih Dayang, Nurul dan Noryn yang turut menampilkan persembahan membanggakan penonton.

JARANG benar penonton mengucapkan terima kasih apabila selesai menonton sebuah konsert. Paling tidak, sekadar memberi tepukan sambil berdiri sahaja.
Namun, jika kita berasa puas hati dan terhutang budi dengan Konsert 3 Diva yang berlangsung di Stadium Putra, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, ucapkanlah terima kasih dengan penuh jujur.
Ini kerana semua aspek berkaitan konsert anjuran Pineapple Concert Sdn. Bhd., itu 憁emang menjadi |

aku pernah tgk titi dj beraksi.. mmg best! baju dayang mmg cun |