CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7727|Reply: 77

Aduh Mawi..Aduh Nasir

[Copy link]
Post time 30-11-2007 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Aduh Mawi, Aduh Nasir!Oleh Farihad Shalla Mahmud

LAGAK MODEL: Aksi Mawi yang menggayakan pakaian yang direka Bon Zainal dalam program Oh Lelaki.

Filem belum siap tetapi kontrak sudah tamat

KALI terakhir dia berada di lokasi penggambaran filem Aduh Saliha di Sabah iaitu pada bulan Ramadan yang lalu sebelum bercuti untuk menyambut Hari Raya. Waktu itu, sempat jugalah Mawi menyiapkan 20 peratus penggambaran filem yang diarahkan penyanyi, pelakon dan komposer tersohor, M Nasir itu. Janjinya, sebaik saja selesai bercuti, Mawi akan kembali menghabiskan baki lakonan yang perlu dilunaskan segera.

Malah masih terngiang-ngiang di telinga bahawa seminggu selepas Aidilfitri, dia harus segera ke Keningau, Sabah bagi menyiapkan penggambaran filem Aduh Saliha. Namun, ibarat menanti buah yang tak gugur, selepas lebih sebulan berehat, sehingga kini jejaka dari Felda Taib Andak ini masih setia menunggu bilakah masanya untuk dia kembali memulakan penggambaran.

"Sehingga kini saya masih menunggu lampu hijau daripada syarikat produksi untuk memulakan penggambaran. Sementara menunggu itu sempat juga memenuhi undangan pertunjukan pentas, buat rakaman dan sesi fotografi. Jadi tak adalah terasa sangat," jelas Mawi sambil mengakui masih belum mendapat apa-apa petunjuk bila produksi terbabit akan memulakan penggambaran.

Ditebak bahawa penggambaran itu tergendala disebabkan masalah kewangan yang dihadapi penerbit filem itu, The Cameracrew Productions Sdn Bhd, seperti yang digembar-gemburkan dalam beberapa ruangan gosip sebelum ini, Mawi hanya menggerak-gerakkan jari telunjuknya sebagai isyarat yang dia tidak tahu menahu akan perkara itu.

"Saya memang tak tahu apa-apa pasal itu. Kalau hendak tahu tanya sendiri dengan produksi terbabit," ujar Mawi berkali-kali. Bagaimanapun, sebagai artis yang jadual hariannya cukup padat, Mawi menaruh harapan penggambaran filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta dapat diselesaikan secepat mungkin kerana dia mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilunaskan.

Mawi

"Apabila berlaku keadaan seperti ini, ia membuatkan saya tertunggu-tunggu. Penantian itu bagi saya satu penyiksaan. Apapun saya menanti apakah penjelasan mereka berhubung penangguhan penggambaran ini," ujar si pelantun Angan dan Sedar ini.

Begitu pun, sesuatu yang mengejutkan yang terpacul dari mulut penyanyi sensasi ini adalah, kontrak lakonannya dengan produksi terbabit sebenarnya sudah pun tamat sebulan lalu. Dan ini menimbulkan persoalan apakah status kontrak Mawi ketika ini kerana kalau mengikut perancangan awal, filem itu sepatutnya siap sepenuhnya sebelum Aidilfitri lalu.

"Apa yang saya tahu sebenarnya kontrak saya dengan syarikat terbabit sudah pun tamat sebelum Hari Raya hari tu. Jadi, saya pun tak pasti apakah status saya ketika ini. Mungkin mereka ada menghubungi pihak Maestro berkenaan hal ini. Tetapi, setakat ini saya memang tak tahu perkembangan lanjut perkara ini," ujar Mawi yang ditemui selepas menjalani rakaman program Oh Lelaki di Astro, Seri Kembangan, baru-baru ini.

Dalam program yang dikendalikan Nana dan Fara Fauzana itu, Mawi menceritakan mengenai transformasi fesyen iaitu sebelum terkenal sehinggalah sekarang. Selain Mawi, turut diundang di studio ialah pereka terkenal, Bon Zainal.
Walaupun terpaksa menunggu lebih lama serta status kontraknya yang tinggal tanda tanya, Mawi berkata dia akan tetap menyelesaikan tanggung jawabnya itu sehingga selesai.

"Alang-alang sudah berlakon, mesti habiskan juga. Walaupun saya akui bukan senang hendak berlakon sebab kena banyak bermain dengan perasaan tapi sebab memang teringin hendak mencuba, kena teruskan juga," balas Mawi sambil mengakui hatinya terbuka untuk berlakon semata-mata kerana teringin bekerja di bawah arahan M Nasir.

Bukan Mawi namanya andai tiada kontroversi melingkari diri dan ada dakwaan yang menyatakan Mawi gagal membawakan wataknya sebagai Man Hero dengan baik sehingga pengarah 'naik hantu' dengannya. Ketika diajukan soalan ini kepada si empunya diri, Mawi menafikan kesahihan cerita itu.

"Setakat ini saya rasa pengarah puas hati dengan apa yang saya berikan. Kalau tak, mesti dia suruh saya lakonkan balik sesuatu adegan itu. Lagipun saya dah serasi bekerja dengannya. Biasanya, dalam lakonan, sebelum mula penggambaran, saya akan tanya dulu dia (M Nasir) apa yang dia hendak dan saya akan cuba buat apa yang dia mahukan," jelas Mawi yang semakin lali dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Ditanya apakah dia serik untuk berlakon selepas apa yang berlaku, tiada jawapan yang terkeluar dari mulut anak muda ini. Sebaliknya Mawi membiarkan pihak media menafsir sendiri apa yang tersirat jauh di lubuk hatinya.

Mengulas lagu Angan dan Sedar yang terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22 untuk kategori pop rock, Mawi berkata sebagai penyanyi, dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan padanya dengan baik dan kemenangan itu sebenarnya milik pencipta lagu terbabit, M Nasir.

"Lagu ini sebenarnya unik. Susah untuk kita dengar melodi sebegini pada waktu kini. Apapun, saya berterima kasih kepada juri kerana percaya dengan lagu ini," jelas Mawi yang berjanji akan memberikan persembahan terbaik sewaktu peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung tahun depan.

INFO: Aktiviti seni
  • Dilantik sebagai ikon Astro Oasis iaitu saluran terbaru Astro yang akan disiarkan pertama kali pada Aidilfitri ini dan digandingkan bersama Heliza.
  • Mengendalikan program berbentuk jelajah ke tempat tinggalan sejarah Islam di luar negara seperti Turki, Syria dan Istanbul.
  • Lagu Angan dan Sedar nyanyiannya tersenarai sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-22 dalam kategori pop rock.


[ Last edited by  junjai at 30-11-2007 08:52 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2007 08:56 AM | Show all posts

Reply #1 junjai's post

Ler hai..Mr Freddie takleh tolak ansur ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 09:00 AM | Show all posts
kalu mcm ni..tak payah lah mawi blakon....nyanyi jer dah.....aku pun bukan suka sangat dia blakon....kang tpegang sana sini kang kontroversi lagi....pening lagi aku nak membela dak mutak ni..ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:01 AM | Show all posts
kontrak tamat pulak dah

x abih2 lagi citer aduh leha ni..
jadi ke x ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:10 AM | Show all posts
kontrak kan dah tamat tapi mawi kata dia berlakon juga sampai habis.... masalahnya bkn dgn mawi je... krew2 lain semua pun dah disuruh balik.... mungkin benar sykt produksi ada masalah kewangan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:26 AM | Show all posts
ni mesti kes mawi berlakon keras cam kayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #1 junjai's post


Kontrak dah abih, kalau nak sambung balik diorang kena tambah bayaran tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 30-11-2007 09:33 AM

Kontrak dah abih, kalau nak sambung balik diorang kena tambah bayaran tak ?


Mesti lah kena bayar kan?
Pasal dah kontrak kata sebulan jer.
Kalau mawi sambung filem, maksudnya dia kena tolak tawaran pertunjukan pentas.
Tak fair la pulak kalau tak bayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2007 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by houdini at 30-11-2007 09:33 AM

Kontrak dah abih, kalau nak sambung balik diorang kena tambah bayaran tak ?


kalu nak sambung balik...apa kata kita syorkan amik mek lijah kita blakon sekali ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:42 AM | Show all posts
kalau mawi nak berlakon sangat, mawi kena keluarkan budget sendirilah nak abiskan filem ni... mcm co-producer lah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:49 AM | Show all posts

Reply #10 mendonan's post

buleh aje mawi jadi co producer & kena ambik pasasangan yg peminat suka.. & sure meletop aduh leha ni... jgn a ambik pasangan yg peminat x suka .. tu ygmcm x mo pi panggung tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 30-11-2007 09:36 AM


Mesti lah kena bayar kan?
Pasal dah kontrak kata sebulan jer.
Kalau mawi sambung filem, maksudnya dia kena tolak tawaran pertunjukan pentas.
Tak fair la pulak kalau tak bayar.


Betul gak tu, makin kopak la duit produser
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by junjai at 30-11-2007 09:37 AM


kalu nak sambung balik...apa kata kita syorkan amik mek lijah kita blakon sekali ?


Heliza takde masa nak berlakon, dah nak balik UMS dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:03 AM | Show all posts
kontrobesi sungguh aduh leha nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:14 AM | Show all posts
ho ho ho... hangat .. hangat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:20 AM | Show all posts
hahahaha......dah nama MAWI. takde kontrobesi tak sah. suh mawi jadi penerbit je le, labur je duit yg banyak tu kat situ, untung2 bertambah....berganda2
anyway ......lawo ar mawi pakai baju biru....makin ensem...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2007 10:28 AM | Show all posts
Cadangan aku pada m.nasir supaya ambik heliza sebagai pelakon tambahan.dalam cerita tu bagi watak tunang mawi kat heliza yg terpaksa
membawa mawi keluar dari alam bunian di situ berlaku perhitungan ngan puteri bunian.Macam macam boleh di ubah suaikan skrip tu bagi menarik.Nanti dapat le tengok heliza punya kung fu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:35 AM | Show all posts

Reply #17 fizura's post

tapi masalahnya
heliza hanya tau kungfu mata
yg lain-lain tak tau

menarik gak cadangan fiz ni
bolehlah call sifu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:50 AM | Show all posts
ler...da la dolu bkn main susssah nk cari saleha..skang nih lak kontrak tamat...aduhhhhhh bikin poning pala jek...kalo pilem nih siap nnti org pon da xmo tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:52 AM | Show all posts
Heliza memang tahu taekwando.Dia belajar dari kecik lagi.Aku ada baca  tentang tu tapi aku tak ingat samada dalm paper atau majalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 18230 Replies : 50
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 38122 Replies : 1400
Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
YgBenarKereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas
Views : 74883 Replies : 39
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 31043 Replies : 45
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 6152 Replies : 219
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 28628 Replies : 18
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 30800 Replies : 33
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 239600 Replies : 1384

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.166218 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list