CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3982|Reply: 29

OLIMPIK BEIJING 2008

[Copy link]
Post time 15-8-2008 11:13 AM | Show all posts |Read mode


Meh kita menghangatkan cerita sukan olimpik lak

Jgn kita berkisar soal Malaysia je, sbb keberangkalian pingat tu ada, tapi kaler apa x tahu lah

citelah sukan yg korang minat tenguk & sapa athlit korang suka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2008 11:14 AM | Show all posts
Chong Wei cemerlang


LEE Chong Wei bertungkus lumus membalas pukulan pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada Sukan Olimpik di Beijing, semalam. Chong Wei kalahkan Kuncoro 21 - 9, 21 -11 untuk mara ke separuh akhir.
- AFP
--------------------------------------------------------------------------------



BEIJING - Hanya satu lagi kemenangan akan mengesahkan peluang Malaysia menggenggam pingat pertama di Sukan Olimpik Beijing menerusi pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee ChongWei yang akan bertarung dalam saingan separuh akhir hari ini.

Chong Wei yang masih segar dengan kemenangan straight set ke atas pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro 21-9, 21-11 pada suku akhir pagi semalam akan menentang pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il yang menyingkirkan jaguh tuan rumah, Bao Chunlai 23-21, 21-11 dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlangsung lewat petang.

Jika tumbang kepada pemain bukan pilihan itu, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan kedua pada temasya ini masih berpeluang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya gangsa tetapi terlebih dahulu perlu bertarung dalam satu lagi pusingan untuk menentukan tempat ketiga.

Atas kertas, rekod pertemuan Chong Wei dan Hyun-il adalah seimbang dengan masing-masing menerima satu menang dan kalah dalam pertemuan terdahulu di Kejohanan Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia sebelum ini.

Layak ke perlawanan akhir bermakna, Chong Wei seperti diramal bakal menerima tentangan daripada musuh ketatnya, Lin Dan, pemain tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan pertama pada temasya paling berprestij ini.

Lin Dan mudah menewaskan lawannya dari Denmark, Peter Hoeeg Gade 21-13, 21-16 untuk menempah pertemuan dengan rakan sepasukan, Chen Jin yang telah mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu-Hsing 21-8, 21-14 dalam saingan suku akhir, semalam.

Apa sahaja percaturan tuan rumah selepas ini, Chen Jin yang diletakkan sebagai pilihan keempat pastinya akan memberi laluan kepada Lin Dan yang menjadi taruhan China untuk meraih pingat emas dalam acara badminton apabila kedua-duanya bertembung dalam saingan separuh akhir hari ini.

Dalam pada itu, skuad lumba berbasikal negara juga akan turun ke trek velodrome Laoshan, di sini untuk acara kelayakan pecut berpasukan. Skuad negara dijangka membariskan gandingan trio, Josiah Ng, Muhammad Azizulhasni Awang dan Mohd. Rizal Tisin dalam acara berpasukan yang akan diadakan pada sebelah petang.

Pencapaian terbaik gandingan ini ialah memenangi pingat perak dalam acara yang sama pada Kejohanan Trek Berbasikal Asia Ke-28 2008 di Nara, Jepun manakala di saingan Sukan SEA Korat 2007 yang mengetengahkan Muhamad Edrus Md. Yunos menyaksikan trio negara meraih emas.

Acara berbasikal trek juga akan menurunkan dua pelumbanya, Josiah dan Azizulhasni yang akan turun dalam acara Keirin di trek yang sama, esok.

Pastinya tumpuan akan terarah kepada Azizulhasni yang masih hangat dengan gelaran juara Asia yang dimenanginya pada Kejohanan Trek Berbasikal Asia Ke-28 2008 di Nara, Jepun beberapa bulan lalu dan kejutan yang dilakukannya di Munich, Jerman apabila menewaskan juara Olimpik, Theo Boss dalam satu kejohanan pemanas badan sebelum bertandang ke temasya Beijing.

- Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2008 11:15 AM | Show all posts


Kedudukan pingat terkina, puas aku cari kat mana ranking Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 11:19 AM | Show all posts


masih tak jumpa lagi ler takde dlm ranking

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 12:23 PM | Show all posts
ekekeke


harap chon wei je la...

semi ni...


kalau daniel bego, kire pecah rekod kebangsaan je la...


tp ade gk, bendera msia kibar kt kolam renang tu, no 2 heat, tp x masuk semi la
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 12:55 PM | Show all posts
aku sokong CHONG WEI.. hope die menang emas pertama MALAYSIA..

psstt.. tapi ade gak manusia2 di board lain yang tak suka chongWei dapat pingat emas.. sb die cine n takut sejuta bg kat die.. pelik!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2008 01:06 PM | Show all posts
Archery Malaysia - CHENG Chu Sian

layak masuk suku akhir petang nie...

harap2 dier terus berjaya..................
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 06:56 PM | Show all posts

Aku minat taekwondo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2008 04:12 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 10:15 PM | Show all posts
aduyai.....kecewanya...kalah lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2008 09:11 AM | Show all posts

Reply #10 buahcinta's post

tak pa sekurang2nya kita da gak 1 pingat

drp pulang tangan kosong semenjak tahun 2000 & 2004
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 10:15 AM | Show all posts

Reply #11 TUKANGKEBUN's post

a'aa btoi tu...akhirnya ade gak pingat
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 10:47 AM | Show all posts
harap...lcw dapat berkongsi hadiah tu sikit ngan misbun. tanpa misbun dia takde apa2...kan misbun tengah susah, wife dia sakit.
ingat2 lupa yg pada olimpik atlanta anak pompuan misbun meninggal sebab eksiden, now wife dia pulak sakit buah pinggang. tragis kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 12:59 PM | Show all posts
aku suka gimrama
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 01:22 PM | Show all posts

Reply #14 dak_ker's post

tayang kat tivi berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 05:41 PM | Show all posts

Reply #15 neeziee's post

so far tak pnh berpeluang tgk gimrama

malas nk tgk kt astro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2008 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by dak_ker at 18-8-2008 05:41 PM
so far tak pnh berpeluang tgk gimrama

malas nk tgk kt astro


aku takde cenel sukan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 08:28 PM | Show all posts
gimrama ade erk



td tgk jap renang berirama
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 10:30 PM | Show all posts
selamat duit rm1 juta....

ape ke heinye chong wei.... kene mandram dek bomoh cine ke...???
ce bayangkan... ketinggalan 8-0...
udah rope budak2 baru main badminton je teman tengok..:@
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 10:44 PM | Show all posts

Reply #19 Al Lebam's post

setuju selamat  duit tu



tp duit tu pegi mana ek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.077626 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list