View: 12306|Reply: 63
|
ATTENTION!!!Org2 Area Shah Alam
[Copy link]
|
|
Pada hari ini, 14 Feb 2009 merupakan tanggal yg amat sukar dilupakan bagi diri saya kerana pertama kalinya saya diragut. Kejadian ini berlaku pada jam lebih kurang 1.30pm di depan restoran Mr.Kaya Kopitiam di seksyen 13 Shah Alam. Kedai makan ini sederet dengan restoran Qaseh, di shop lot belakang Tesco Extra Shah Alam (dahulu Makro.Juga berdekatan dengan Geng cafe & ofis animation Les Copaque.
Kejadian berlaku dgn begitu pantas. Ketika itu saya baru keluar kereta dan ingin melintas jalan utk ke restoran lalu datang sebuah motosikal ditunggang oleh 2 lelaki (disyaki Melayu/Indon) lalu pembonceng tu terus meragut beg saya. Tunang saya cuba merampas balik beg tapi dalam pergelutan itu cuma handphone saya saja jatuh dari beg dan selamat.Kami tak dapat kejar kerana kami cuma berlari dan mereka memecut dengan motor jenama Panther berwarna hitam/merah.
Wang dianggarkan dalam Rm2000 lesap-saya baru dapat wang dari hasil jualan bisnes sampingan saya (menjual wedding gifts. Alhamdulillah saya tak cedera parah,cuma tgn kiri bengkak dan sakit akibat disentap kuat. Tapi ic,lesen,kunci rumah,kunci kereta semua dilarikan. Dah buat laporan polis dan polis bagitau yg di kawasan tu memang selalu berlaku kejadian ragut. 
Di sini saya nak ingatkan semua supaya berhati2 kerana masalah ekonomi skrg yg tak stabil,mereka2 ini mengambil kesempatan dengan kejam merampas hasil pencarian org lain. Bagi wanita di Shah Alam, jaga2 ketika membawa beg tangan. Hati-hati jika ke kawasan Giant, Tesco Extra seksyen 13. Suspek sekarang sedang mengganas di sekitar kawasan berdekatan stadium shah alam itu.Beringatlah dan berpesan-pesan lah. Sekian.Wassalam.
** aku dpt dr email...so...be carefull.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia org bukan saja mengganas kat s.alam. merata2 pun ada. kampung aku yang ceruk2 tuh pun ada. yg pasti kita selalu kena beringat...dan berdoa tolak bala selalu.
simpati dr aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat CIMB area Bukit Tinggi pon aku dah saksikan 2 kali kes ragut depan mata.. taktik diorang, lepak kat tepi2 kedai konon2 tunggu member.. lepas tu kalau ada mangsa membongkok nak masuk keta, time tu lah diorang akan ragut dan berlari dan terus menuju ke arah member dia yang menunggu dengan moto x jauh dari bank tu..
Kes ni 2 kali berlaku, 1st aku still berbaris kat depan mesin atm time awal pagi sebab nak bank in duit.. 2nd plak time malam sekitar malam, time tu aku still dalam keta nak cari parking nak ambik duit.. yang peliknye jaga x de, x lama pastu polis sampai, maklmkan yang tempa tu mmng selalu berlakunya ragut.. yang polisnya tu dungu dah tau tu black area kawasan ragut apasal x letak je pondok polis tu kat depan area situ.. :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 princebrunei\ catat
ye ke.. slalu gak gi CIMB bukit tinggi tu |
|
|
|
|
|
|
|
xper2 jgn risau. malaysia masih selamat lagi berbanding palestin. kite harus bersyukur. rakyat masih cukup keperluan.. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan sunyi / jalan belakang dr tesco extra - esso- smpai ke tesco seblah carlton holiday hotel
dan
area umah kedai baru buka area tesco extra
mmg kaw. itam beb.....
kak situ mcm2 kes berlaku....
dari kes menembak smpai la meragut.....
membe aku retak tulang belakang jatuh kna ragut...
aduyai......... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Sh@rk_iR\ catat
saya doakan keselamatan untuk awak |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 blue_blur\ catat
tesco extra tu dulu pon bukan spot geng curik keta ke...
byk keta yg parking ctu kena curi |
|
|
|
|
|
|
|
polis tak cukup kakitangan la tu......Sbb tu tak leh letak pondok polis!!!
Tapi perasan tak...baju polis banyak poket...? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 lily_kama's post
Selalu gak gi bandar puteri tu bayar keta kat ambank tu sebab orang x ramai, tapi yang x bestnye tampat sunyi dan tu kan black area dekat ngan sentosa, so aku memang selalu ajak member gi situ.. selalunye pas bayar banje member mentekedarah kat situ, tapi heran la, tiap kali gi sana mesti ada roadbloclk tapi herannya kat situ selalu gak pecah rumah, knape x buat je pondok terus kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
WOW...KAT SANA KER???
belakang tesco eXtra yer???
biase aku gi sane gi beli tudung kat satu kedai tu...
belakang dgn studio GENG upin ipin...
THANKS tuan umah cz bukak thread nie...:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aliya88 at 18-2-2009 13:31
WOW...KAT SANA KER???
  belakang tesco eXtra yer???
biase aku gi sane gi beli tudung kat satu kedai tu...
  belakang dgn studio GENG upin ipin...
THANKS tuan umah cz bukak thread nie...:victory:
its ok sis....wlcm! |
|
|
|
|
|
|
|
so...sesapa yg ada pengalaman kena ragut tu, moh le cite sikit pengalaman tu.....
klu aku, mmg x penahla (psl aku lelaki), klu bini aku, hampir2 kena ragut ada...time tu on da way nak blk umah (dari opis , dekat simpang 4 bangunan sime derby yg ada jejantas tulisan maxis besar gedabak tuh), hampir2 kena ragut, bini aku selalu letak handbag kat tgh2...2 pon bleh gak diorg try nak ragut tuh...
satu g kat jln segambut dlm, time tu ada 2 mamat ni dok usha je dlm bakul moto aku, diorg igt bini aku jenis letak handbag kat dlm bakulla kot...hehe....
ni citer dr x-gf aku, dia kena ragut ngan husband dia...time tu atas moto...letak handbag kat tgh2..kena gak.....luka teruk gakla....ilang 3k time 2...kebetulan plak diorg baru kuarkan duit 2 dr bank...
ssh idop skang ni...kdg2 nak keluar g keje pon rasa x selamat....hmm... |
|
|
|
|
|
|
|
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA KENA RAGUT ?
1) Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
2) Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
3) Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
4) Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
5) Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
6) Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
7) Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
8) Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
9) Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
10) Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYELOK SAKU ?
1) Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bolasepak, bas atau keretapi.
2) Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau keretapi jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
3) Jika anda menyimpan duit tanpa beg dalam poket baju, jangan biar duit-duit itu nampak dari luar (atau jangan pakai baju yang jarang).
4) Jangan biarkan orang-orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu kiri anda terutama sekali semasa menaiki / menuruni kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
5) Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah dalam kocek-kocek yang berasingan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|