CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4014|Reply: 27

CT bakal men'inspirasikan' konsert CD di LV di IB

[Copy link]
Post time 25-3-2009 01:02 PM | Show all posts |Read mode
揇alam masa yang sama, saya sedang dalam perancangan membuat konsert amal secara solo di Istana Budaya yang dijangka akan dilakukan pada bulan Jun nanti,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2009 01:04 PM | Show all posts

antara persembahan CD@las vegas..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 01:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 01:18 PM | Show all posts


memang gempak giler kalo ct dpt merealisasikan konsert nye staraf CD...dr segi pentas kalo di IB memang x mustahil..mcm2 boleh buat..!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 01:23 PM | Show all posts
memang melertsssssss la kalau ct mampu buat !!!

tp kan aku rasa pentas yg CD buat tuh lagi besaq la...daripada IB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 01:37 PM | Show all posts

Balas #5 fredbok87\ catat

dr segi 'kebesaran' pentas tu memang la kt IB kecik sikit..tapi dr segi infrastruktur,lighting,nak tukar2 backdrop,lcd stage tu memang ib boleh buat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2009 02:40 PM | Show all posts
CONFIRM pergi!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 02:57 PM | Show all posts

Reply #7 ColbyRaikkonen's post

nak pegi jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 05:03 PM | Show all posts
aku pun nak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:16 PM | Show all posts
vass antara yg akan pergi..

PASTIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 05:18 PM | Show all posts
Pasni leh la bersiap sedia buat kain rentang or banner 4 siti

Teringat nostalgia masa konsert mega & Fantasia Tour bersama banner ciptaankuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 07:14 PM | Show all posts
daus nk gi tgk la.......sblm pi oversea tggl kenangan ct di sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 07:37 PM | Show all posts

Reply #9 harisbee's post

apsal nangis??
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 10:17 PM | Show all posts

Reply #13 kerill's post

aku nak pergi tp tak tau la boleh pegi atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 10:18 PM | Show all posts
wah.... aku sure takleh pegi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 07:12 AM | Show all posts
klau nak bt mcm Celine tu, persembahan kene meletop! tp stakat ni aku tgk, penari2 kite menari mcm nak tak nak je? dah la tarian sume x selari? seb baik siti ade, tumpuan sume kat siti jaa terselamat lakauu penari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 03:12 PM | Show all posts
Siti cari penaja konsert solo
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]


MENJANGKAU 15 tahun pembabitan dalam bidang seni suara pada 1 April ini selepas kelahiran album sulungnya, Jerat Percintaan pada 1996, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, kini merancang pelbagai atur cara bersama peminat termasuk akan mengadakan konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa.

Konsert dijangka diadakan di Istana Budaya pada Jun ini, selama tiga hari. Bagi melaksanakan hasratnya itu, Siti sedang mencari penaja untuk bersama menganjurkan konsert itu yang bakal membuka lembaran sejarah kepadanya kerana julung kali dia mengadakan konsert solo di IB.

Sebelum ini, Siti beberapa kali muncul di IB, namun penampilannya itu demi menjayakan persembahan teater dan menyerikan konsert artis ternama lain. Terkini, Siti baru saja muncul dalam teater Muzikal Sirah Junjungan - Tahajud Cinta, arahan Erma Fatima.

"Saya belum pernah buat konsert menyanyikan lagu sendiri di IB. Konsep konsert sudah ada, tetapi pengisiannya belum tahu lagi. Pun begitu saya teringin membuat persembahan seperti konsert Celion Dion yang saya saksikan di Las Vegas, Amerika Syarikat dan konsert saya di Albert Hall London.

"Bukan hendak meniru keseluruhan konsep persembahan Celine Dion. Ikut 'standard' sayalah, tetapi persembahannya dijadikan inspirasi untuk konsert ini yang penonton boleh ingat sampai bila-bila.

"Untuk persembahan selama satu setengah jam itu saya memilih 25 hingga 30 lagu hits dan terbaik daripada semua album. Mungkin ada terpaksa disampaikan secara medley kerana batasan waktu dan mungkin juga ada segmen nostalgia. Sebahagian kutipan tiket konsert akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa," katanya. Sebagai meraikan 15 tahun kejayaannya dalam dunia seni, Siti akan keluarkan biografi bergambar yang mengandungi gambar eksklusifnya dulu dan kini. Biografi itu akan dihasilkan dalam bentuk istimewa untuk disimpan peminat. Untuk itu Siti sedang mengumpul bahan.

Siti yang kembali berseri dan bersemangat bekerja selepas bapanya, Tarudin Ismail menyahut panggilan Ilahi hampir dua bulan lalu, aktif semula memenuhi pelbagai undangan nyanyian dan menyambung promosi album Lentera Timur.

Klip video lagu Cinta Ini yang disisipkan dalam album itu sudah ditayangkan di televisyen dan minggu ini Siti akan merakamkan klip video lagu kedua, Di Taman Teman.

"Ada cadangan menerbitkan album pop, tetapi biarlah saya selesaikan satu persatu dulu. Terlintas juga di hati menerbitkan album edisi khas seperti album kerohanian untuk Ramadan.

" Ramai artis Indonesia melakukannya. Kalau saya tidak buat pun mungkin artis di bawah SNP (Siti Nurhaliza Productions) akan membuatnya.


"Tersentuh hati ketika menyanyi dalam Sirah Junjungan. Puas dapat sama menjayakan teater itu kerana ia memfokuskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Kehidupan Baginda sebagai anak yatim dan paling terasa apabila tiba bahagian Rasulullah wafat yang diceritakan narator teater itu, Mazlan Tahir.

"Begitu kerdilnya kita dibandingkan dengan kekasih Allah itu. Sewaktu saya berdiri di pentas IB, bermacam bermain di fikiran dan seolah-olah ternampak arwah abah. Deras air mata saya menitik," katanya.

Hari ini (Khamis) genap 40 hari pemergian bapanya. Siti dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa pulang ke Kuala Lipis mengadakan kenduri tahlil.

"Emak (Siti Salmah Bachik) tinggal di sana ditemani adik, Mohd Ali dan sepupu saya. Walaupun puas mengajaknya tinggal bersama kami di sini (Kuala Lumpur) tetapi emak lebih selesa di rumahnya sendiri. Kalau datang KL pun seminggu saja. Selepas ini jika saya ke luar negara, saya akan bawa emak bersama," katanya yang mula bersenam di gimnasium untuk mengekalkan berat badan.

Selain itu Siti akan membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands dan Anugerah Kajai, awal April ini. Pun begitu Siti mengambil keputusan 'berehat' daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke24.


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:20 PM | Show all posts

Reply #17 juan_reyes's post

hahha .....camne la ni tak ceriala juara lagu nnt
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:21 PM | Show all posts
kite bt petisyen suruh kak siti msk juara lagu.......hantar kt sitizone camne, rkn2 ku
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:29 PM | Show all posts
sitot byk program lain nk settle taun ni, tu yg berehat tu..bgla dia ruang sket dik fokus itu fenting katanya..x gitu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.088393 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list