View: 20875|Reply: 26
|
'cina buta' tanak ceraikan bini; padan muka laki gila talak!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 2-12-2009 19:55
Tergiur lihat bekas bini
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
PUTRAJAYA: Kembali tergoda melihat kecantikan bekas isteri yang sudah diceraikan dengan talak tiga menyebabkan seorang lelaki angau sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi mendapatkan semula wanita itu dengan mencari lelaki jujur yang sanggup berkahwin dan kemudian menceraikan semula wanita berkenaan sebelum dapat bernikah semula dengan bekas isterinyai.
Bukan itu saja, lelaki lingkungan 40-an itu dikatakan sanggup ‘bertenggek’ berhampiran kawasan perumahan bekas isterinya itu bagi memastikan wanita terbabit tidak melarikan diri atau menerima sebarang lamaran daripada lelaki yang mahu memperisterikannya.
Sebelum ini, lelaki hidung belang terbabit sudah dua kali menceraikan wanita lingkungan 30-an itu, sebelum mereka rujuk kembali, tetapi kemudian nekad menceraikan isteri yang menjadi mangsa belasahannya setiap hari itu dengan talak tiga pada penghujung tahun lalu.
Bagaimanapun, bekas suami itu dikatakan terkejut apabila melihat bekas isteri yang dihina dan sering
dibelasah sepanjang menjadi suami isteri, tampil dengan susuk tubuh yang sungguh menggiurkan, baru-baru ini.
Malah, lelaki terbabit juga tidak menyangka bekas isteri yang dihina dengan menyamakan wanita itu dengan status ‘ikan’ yang tidak akan dijamah kucing, akhirnya menjilat semula kata-kata penghinaan itu sehingga sanggup melutut untuk kembali kepada wanita terbabit.
Kejadian itu didedahkan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Permai Kasih, Ara Mohd Raub, yang mengakui wanita yang sudah mempunyai enam anak terbabit menjadi mangsa deraan suami yang mempunyai naluri gemar membelasah isteri.
Beliau berkata, wanita itu seperti sudah hilang pedoman hidup ketika ditemui, sebelum dibantu untuk membina kehidupan baru selepas dibelasah seperti haiwan sepanjang berkongsi hidup dengan suami yang juga seorang kaki perempuan dan gemar meneguk minuman keras.
“Memang wanita itu seperti tidak siuman apabila diperlakukan seperti haiwan dan diceraikan dengan talak tiga oleh suami yang gemar menghina dan membelasahnya hampir setiap hari.
“Bagaimanapun, wanita berpendidikan itu kemudian dibantu sebelum mampu membina diri dan menjaga enam anak selain menjaga penampilan diri sehingga mampu menarik pelbagai lamaran,” katanya, semalam.
Beliau berkata, wanita terbabit kemudian diberikan bantuan kemahiran sebagai seorang pakar kecantikan yang kemudian menggunakan kemahiran yang dimiliki bagi mengubah penampilan dirinya.
Tanpa berselindung, Ara berkata, wanita terbabit yang semakin menawan dan menggiurkan itu, kini bukan saja menjadi igauan lelaki, malah bekas suami sudah kembali melutut bagi mendapatkan semula bekas isterinya itu.
jenis laki otak letak kat bontot.... tu yg jadik camnih... cerai bini ke hulu.. cerai bini ke hilir!!! bila kena talak tiga... hah!!! apo nak dikato!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah jika suami baru enggan lepaskan
PUTRAJAYA: Suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga perlu berdepan risiko bekas isterinya tidak akan dilepaskan oleh suami baru yang menjadi ‘orang tengah’ atau ‘cina buta’ yang sepatutnya menceraikan wanita itu selepas bernikah hanya untuk sementara waktu bagi membolehkan bekas suami mengahwininya semula.
Tokoh agama, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad (gambar), berkata memang ada risiko bagi suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga, terutama apabila dia berhasrat untuk mengahwini wanita itu semula.
Menurutnya, mengikut syariat Islam, wanita terbabit perlu berkahwin dengan lelaki lain terlebih dulu dan bekas suami hanya boleh bernikah semula apabila wanita itu diceraikan suami barunya itu.
“Apabila talak tiga dilafazkan terhadap isteri, suami tidak boleh bernikah semula melainkan wanita itu sudah berkahwin dengan lelaki lain yang kemudian menceraikan semula wanita itu,” katanya.
“Memang perkara itu ada berlaku, tetapi ia sukar apabila bekas isteri dan suaminya berasakan kehidupan mereka tenteram sehingga tidak sanggup bercerai bagi memberikan ruang kepada bekas suami menikahinya semula,” katanya, semalam. Mohd Nakhaie berkata, wanita berkenaan juga perlu bernikah mengikut peraturan yang sudah ditetapkan Islam tanpa sebarang syarat sama ada perlu diceraikan suami baru untuk tempoh tertentu.
Menurutnya, bekas suami akan ‘gigit jari’ jika bekas isteri dan suami barunya bertekad mahu sehidup semati dan tidak mahu bercerai.
Bagi menangani risiko itu, beliau berkata, ada bekas suami yang sanggup mencarikan lelaki tua untuk dikahwini bekas isterinya dengan harapan perkahwinan itu tidak kekal lama dan pasangan pengantin baru itu akan bercerai.
“Bagaimanapun, tidak mustahil bekas isteri itu serasi dengan suami barunya sehingga mengenepikan soal usia yang kononnya digunakan bekas suami supaya isterinya cepat bercerai dengan suami barunya itu,” katanya.
hah!!! hire lagik cina buta.......leh leh bini tu dia sapu ajer!!!! LMFAO... |
|
|
|
|
|
|
|
kena cari yg betul2 buta ... |
|
|
|
|
|
|
|
gigit jari je la ex lki dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
 itu la..belasah xsudah2..pastu angau cm syial jek perangai |
|
|
|
|
|
|
|
bravo pompuan tue.....padan muke laki tue...haw haw haw
kalau jumpe tgh bertenggek dpn umah exwife die..langgar je nga lori taik.. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke asyik ulang perkataan 'menggiurkan' dlm berita tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku, lagi aku suke tgk laki tu gila talak.
dulu layan kita cam binatang je.
lagi suka nak tunjuk kecantikan kat jantan tu
telan air liur je la. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm....i suka baca part, pompuan malang tu bangkit semula
dr kesedihan hidup dia....
tapi bila penulis tu tulis, pompuan tu mampu menarikkss pelbagai lamaran
sebab diri dia dah cantikss....errmmmm, memanglah...tapi kalo nak sebab dia cantiks saja
anak2 berderet 6.....buat org pikir 5/6 kali gakk....
mampu ke nak sara anak tiri 6 org semata-mata mak dia cantiks....adalah kot, jutawan
kematian bini dan takde anak lansung....
btw.....padan muka bekas somi tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmm......rupa2nya cina buta tu takde kena mengena dengan wanita yang menggiurkan dan lelaki gila talak itu.............!! |
|
|
|
|
|
|
|
Yes yes yes>>>>>biaq dia mati sorang2, binatang aja yg sanggup pukul perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by anne83 at 7-12-2009 12:29
Yes yes yes>>>>>biaq dia mati sorang2, binatang aja yg sanggup pukul perempuan
cmf_blingblings Post at 4-12-2009 12:47 AM 
kalo binatang skali pun tak penah dgr binatang pukul pempuan kot? kene tukar perumpamaan lain gak ni? hehehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke asyik ulang perkataan 'menggiurkan' dlm berita tu?
katak hijau Post at 3-12-2009 00:03 
agreed! |
|
|
|
|
|
|
|
Yes yes yes>>>>>biaq dia mati sorang2, binatang aja yg sanggup pukul perempuan
cmf_blingblings Post at 4-12-2009 00:47 
manusia bila tak berfikir, lebih hina dari binatang.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak fikir sebelum bertindak....(peringatan ntuk diri sndri gak), sama2la kite semua ambil pengajran dri kisah ini ok
www.airheli.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
bravo pompuan tue.....padan muke laki tue...haw haw haw
kalau jumpe tgh bertenggek dpn umah exwife die..langgar je nga lori taik..
cmf_lie Post at 2-12-2009 21:13 
Ganas tu hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun bercerai talak 3, sekali cerai terus 3 sbb aku minta cerai, tp aku minta cerai je bukan suruh bagi 3 pub. Marah punya pasal, dia nak puaskan hati konon benci sangat tengok muka aku. Hina aku macam2 ikut sedap mulut je. Tapi tak sempat masuk hari kedua dah nak balik dengan aku. |
|
|
|
|
|
|
| |
|