dalam aku belek2 email, dapat la aku ada iklan suh masuk web dia, jadi bila aku masuk, aku tertarik pada gambar tentang pulau hashima di jepun yg menjadi sebuah bandar hantu, tapi aku tak tau la dalam nih dah ada ke blum citer tentang pulau hashima nih, kalau dah ada momod nanti merge jerk la yer....
apa yg menarik dan aku baca, pulau hashima nih adalah sebuah pulau buatan untuk menjadi penempatan tempat tinggal pekerja arang batu jepun suatu masa dulu, dan penempatan ini menjadi sebuah bandar yg maju dan pernah menjadi sebuah penempatan yang paling padat sekali didunia, di bandar ini mempunyai kelengkapan yg serba lengkap dengan segala infrastucturnya dan kemudahan....
tetapi bandar nih telah ditutup setelah tenaga dunia telah beralih arah menggunakan petrolium, jadi arang batu dah tak digunakan lagik jadi pulau ini ditutup oleh syarikat itu iaitu mitsubishi corporation...
jadi sesapa ada info lebih2 tentang pulau hashima bandar hantu nih.. jom la sembang....
kerajaan jepung taknak baikpulih ka pulau ni
buat pulau peranginan
atreyu05 Post at 21-7-2010 10:30
pulau nih dipunyai oleh mitsubishi corporation, kalau pemilik nak repair ok gak kan... tapi dorang declare pulau nih dilarang diduduki atau dibuat tempat lawatan... cuma tinggal kaku camtuh jerk...
pulau ni tak dibuka untuk lawatan sebab takut struktur bangunan boleh runtuh bila2 masa. sekarang ia dah jadi milik Nagasaki City. Pada 22 April 2009, sebahagian kecil pulau dibuka untuk lawatan tapi untuk benarkan orang lawat keseluruhan pulau tak mungkin kot. sebab kos nak pastikan semuanya selamat sangat besar.
rasanya dh penah baca...x ingat kat mana...
bukan ke org kata bila mlm2 dgr bunyi mcm2 sbb tu lama ke lamaan pulau tu tinggal kosong camtu jer...selain penutupan lombong arang batu itu sendiri secara perlahan2...
Gunkanjima sebenarnya merupakan nama julukan/panggilan. Gunkan berarti Kapal Perang, dan Jima (Shima) berarti Pulau. Dengan demikian, Gunkanjima = "ulau Kapal Perang". Dinamakan demikian karena dari kejauhan samar samar, pulau ini lebih mirip kapal perang beso.