Tahukahkita elemen bumbung melibatkan kos yang cukup tinggi sehingga 40% darikeseluruhan kos binaan. Dalam sesetengah situasi ianya adalah kurangefisyen kerana dengan kos yang agak tinggi, ia hanya mampu untukdilihat sahaja. Adalah lebih baik jika penjimatan dapat dibuat tanpamenjejaskan kekuatan dan fungsinya dan penjimatan itu boleh diletakkepada kemasan yang semestinya memberi lebih keselesaan dan kepuasankepada kita.
Tidakdinafikan ramai yang masih sangsi akan kekuatan dan ketahanan kekudabesi berbanding kayu. Berikut adalah perbandingan antara penggunaankayu dan besi :-
1.
Berat. Kekudabesi jauh lebih ringan. Ini tidak bermakna binaan strukturnya tidakkuat untuk menampung beban atap. Ramai yang mengatakan untuk lebihkukuh, tambahan kayu perlu dibuat. Sebarang tambahan yang tidak tepatlokasinya akan menambahkan berat dan meningkatkan kos dan masapembinaan. Satu pembaziran.
2. Design Rekabentuk.Hanyakekuda besi mempunyai design rekabentuk yang disahkan oleh juruterastruktur bertauliah dengan mengambilkira semua beban yang bakalditampung baik beban hidup atau beban mati. Binaan kekuda kayu hanyaberdasarkan pengalaman tukang dan lukisan arkitek. Risiko kegagalanstruktur kayu tetap ada jika faktor kerja borong ekoran nak cepat danmungkin pengurangan kekuda kayu ekoran kenaikan kos kayu. 3.
Tempoh masa Pemasangan. Pemasangan kekuda besi hanya 2 -3 minggu barbanding kekuda kayu 4 – 6 minggu. 4.
Ketahanan. Kayudipasaran kini banyak bersaiz kecil dan berusia muda. Ini menimbulkanmasalah seperti melendut, melending, ketahanan terhadap air dll. Kayuyang diawet tidak mempunyai ketahanan penuh kerana masih berdepandengan masalah anai – anai dan pereputan jika berdepan air. 5.
Jaminan. Kekudabesi mempunyai jaminan sehingga 50 tahun.Tahukah kita bahawa kekuda bumbung kayu tidak mempunyai jaminan baikdari pengeluar atau pemasang. 6.
Kos. Berikut adalah perbandingan kos dengan menggunakan kemasan atap yang sama. Kajian Kes :- Keluasan lantai
:
3200 kps Keluasan bumbung
:
3695 kps
NO. | ITEM | KAYU | BESI | 1 | Keluasan Bumbung | 3695 kps | 3695 kps | 2 | Kos Kayu | RM 24 800.00 | n.a | 3 | Upah Pemasangan | RM 10 500.00 | n.a | 4 | Bolt & Nut & Paku | RM 1 000.00 | n.a | 5 | Kos Elektrik | RM 400.00 | RM 150.00 | | KOS BEKAL & PASANG ( RM ) | RM 36 300.00 | RM 19 214.00 |
Adalah lebih baik penjimatan ini dapat diperuntukkan untuk kemasan dan aksesori rumah yang lebih berkualiti dan tahan. 7.
Pengubahsuaian / Pembaikian. Kekudakayu hadapi masalah untuk dibuat pengubahsuaian atau pembaikian keranastruktur yang berat dan sambungan tidak boleh dibuat sembarangan.Kekuda besi boleh dibuat pengubahsuaian dengan mudah dan selamat. 8.
Masalah Anai – Anai. Merupakanmasalah yang paling ditakuti. Ruang bumbung mempunyai kelembapan tinggidan ini mampu menarik anai – anai untuk bersarang. Binaan siling akanmenghalang kita untuk kenalpasti masalah diperingkat awal. Kitabiasanya mengetahui setelah agak lambat dimana struktur bumbung mungkindah tidak selamat lagi. Mencegah lebih baik dari membaiki. 9.
Rintangan Kebakaran. Jika berlaku kebakaran, kekuda besi mempunyai rintangan dan dapat mengurangkan kerugian berbanding kayu. 10.
Kekemasan Pemasangan. Pemasanganatap lebih kemas dengan kekuda besi. Kekuda kayu tidak menjadi lurusekoran masalah kayu yang bengkok, melendut, patah arang, saiz tidaksama dll. Penampilannya agak kurang kemas. 11.
Pembaziran. Pembazirankekuda kayu agak tinggi kerana saiz yang dihantar rawak dan panjangterhad kepada 20 – 24 kaki sahaja. kekuda besi tidak membazir keranasaiz yang dihantar telah ditentukan oleh jurutera dan panjang sehingga40 kaki.
Secaraamnya kekuda besi mempunyai kelebihan dan kos efisyen untuk digunakanuntuk rumah impian anda tetapi keselesaan dan keyakinan anda harusdiutamakan. Dapatkan nilai terbaik untuk pelaburan anda. |