Edited by ReginaGeorge at 17-3-2024 12:53 AM
DOKTOR DIDAKWA TERBABIT GANGGUNAN SEKSUAL BUAT LAPORAN POLIS
IPOH – Seorang doktor lelaki yang didakwa membuat gangguan seksual terhadap doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah tampil membuat laporan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pengadu berusia 43 tahun yang juga bertugas di hospital terbabit membuat laporan polis selepas penularan surat layang di laman sosial yang telah memburukkan namanya.
“Siasatan awal mendapati surat layang yang tersebar itu menuduh pengadu dan beberapa kakitangan lain melakukan perbuatan terkutuk tersebut terhadap doktor pelatih yang bertugas di Jabatan Ortopedik HRPB.
“Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, tular di laman sosial surat mengandungi dakwaan beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB yang dikatakan sering diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki.
Menurut surat berkenaan, doktor terbabit sering mengambil kesempatan dengan meraba, menyentuh bahagian tali baju dalam, mencubit badan dan paha selain bercakap lucah.-KOSMO! ONLINE
Oleh ASLIZA MUSA
16 Mac 2024, 11:10 pm
Artikel ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
POV TT: ADA YANG FIKIR GANGGUAN SEKSUAL TU MAKSUD DIA MEROGOL ATAU MOLEST JER. TAPI SEBENARNYA TAK. URUT2 RINGAN, BERCAKAP LUCAH PON ADALAH SUATU BENTU GANGGUAN SEKSUAL.
|