View: 17426|Reply: 157
|
Anjing Husky dipukul bertalu-talu sudah diselamatkan
[Copy link]
|
|
KAJANG – Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan video tular seorang lelaki memukul haiwan peliharaannya menggunakan tangan dengan bertalu-talu di sebuah kediaman sekitar kawasan Batu 9, Cheras, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan polis tersebut diterima sekitar pukul 12.47 tengah malam.
Jelasnya, laporan itu berhubung satu video tular mengenai kejadian seorang lelaki yang berada di balkoni rumah sedang memukul haiwan peliharaannya dipercayai seekor anjing menggunakan tangan dengan bertalu-talu.
“Kes ini telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Naazron meminta masyarakat supaya tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada di negara ini.
“Ia termasuk perbuatan penganiayaan terhadap haiwan atau mana-mana binatang peliharaan, yang mana jika sabit dengan kesalahan boleh dihukum dibawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015,” tegas beliau.
Terdahulu tular video di media sosial memaparkan video seorang lelaki memukul seekor anjing berulang kali tanpa belas kasihan sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.
Rentetan itu, aktivis haiwan, Shima Aris tampil ke lokasi dan berjaya memujuk lelaki itu menyerahkan anjing baka Husky terbabit untuk dibawa ke lokasi yang lebih selamat.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Poor boy. Comel anjing ni. |
|
|
|
|
|
|
|
comel husky... dah tau tak mampu, sedar diri bukan duduk rumah ada laman, jangan la berangan bela husky.... dah la kena ada bilik aircond untuk dia...
belum jumpa yang bela malamute, lagi la high maintenance... |
|
|
|
|
|
|
|
I jumpa org komen kt fb
Husky, malamute, diorg ni jenis aktif
Suka berjln, berlari
Owner pun kne aktif sama2 ngn diorg
Xleh mandom je
|
|
|
|
|
|
|
|
Baiknye lah anjing ni. Kena pukul pn elok je. Awat la x kokak tangan owner tu time kena pukul [em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
christmaseve replied at 3-7-2024 11:13 PM
Baiknye lah anjing ni. Kena pukul pn elok je. Awat la x kokak tangan owner tu time kena pukul [em:4: ...
Kalau gigit manusia, kena dibunuh pulak dia. Anjing tu sabar dan lagi baik dari manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam rumah tu ada sekor lagi anjing. Harap selamat juga.
Gigih bela husky dengan cuaca tropika. Pastu dera pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anjing memang takkan lawan ye tuan dia yg dia sayang walaupun didera? Baiknya. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya dia,comel2 pon kena debik. |
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 3-7-2024 10:28 PM
comel husky... dah tau tak mampu, sedar diri bukan duduk rumah ada laman, jangan la berangan bela hu ...
last year iols jumpa orang tu bawak samoyed jenjalan guna stroller pasang kipas kecik kat stroller dia..kesian gila tengok..dah la samoyed tu bulu tebal berlapis2, malaysia pulak hangat berdenting..iols sembang jugak ngan owner dia tanya anjing dia tak panas ke, dia jadi defensive pulak..tau pun kau tu selfish bela baka yang tak sesuai dengan weather malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapala nak bela anjing kalau dah duduk kondo tu. Space dahla tak besar mana. Anjing besar pulak tu. Kalau ada tanah luas kat rumah landed tu takdelah stress anjing tu. Kesian anjing tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kat kawasan rumah iols ni petang2 ada sorang uncle bawak anjing dia jenjalan pakai harness..chihuahua kalau tak silap..laju gila jalan, uncle owner tu pon kena speed up ikut anjing dia..comel je |
|
|
|
|
|
|
|
Klau xde kesabaran tinggi mmg x leh bela husky..anjing drama queen ni |
|
|
|
|
|
|
|
mak mertua aku ada anjing english bulldog sbb dia punya karekter match dgn bulldog. pemalas, tak suka bergerak, cepat sejuk, tak suka bark, ok dgn haiwan lain.
bela husky ni macam bela budak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Terfikir jugak org yg ada bela binatang sbg pets ni betul² pencinta haiwan ke? Bg i org yg betul² menghargai haiwan takkan kurung atau pisahkan haiwan drp habitat asal. Biar je lah haiwan tu hidup dlm fitrah dia sendiri. Bila jd pets habis survival skills haiwan tu hilang .. biarlah mereka hidup atas kemampuan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Lampuled replied at 4-7-2024 02:59 AM
Terfikir jugak org yg ada bela binatang sbg pets ni betul² pencinta haiwan ke? Bg i org yg betul² ...
Yolah tu..pastu kalau dia berak merata..kena hempuk pulak dgn manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing ni binatang yg sangat setia dan mudah sayang manusia. Bagi lebihan makanan pon dah sayang kita mcm kita ni tuan depa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah org dok bela anjing sejuk ni kat negara tropika ni..patutnya spesis ni jangan bagi masuk tanahair. Kesianlah diorang habitat suka salji salji...suka berlari dalam salji.
Kat Dubai pun sama lah bengap2 ni berangan bela husky, bawa pergi walking...panas la bodo Padang pasirun tuuu.. heee bengap tapi nk jadi pet owner |
|
|
|
|
|
|
| |
|