View: 47954|Reply: 33
|
[Tempatan]
Guru tidak berpuas hati apabila dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengambil dos penggalak. NUTP Kata Tindakan tatatertib wajar dikenakan.Wajar atau tidak zaman sekarang?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 25-7-2024 12:06 AM
TINDAKAN tatatertib yang dikenakan terhadap seorang guru yang tidak mengambil dos penggalak adalah wajar dilakukan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).
Setiausahanya, Fouzi Singon berkata, ia selaras dengan peraturan perkhidmatan yang perlu dipatuhi seluruh penjawat awam.
Beliau berkata, mana-mana pegawai perkhidmatan awam seperti guru yang menolak untuk mengambil dos penggalak sememangnya perlu diambil tindakan dan diteliti.
Katanya, golongan terbabit tidak boleh mempersoalkan tindakan tersebut kerana segala peraturan perlu dilaksanakan dengan adil.
"Apabila tatatertib dilakukan, mereka tak boleh nak kata tak wajar atau tak adil kerana peratusan yang mengambil lebih tinggi mungkin 90 peratus berbanding yang menolak.
"Tetapi, kalau individu itu tidak boleh ambil atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor atau pengambilan vaksin beri kesan lebih teruk," katanya kepada Majoriti.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Juhairi Mohamad Nor ketika dihubungi Majoriti memaklumkan bahawa guru yang dikenakan tindakan tersebut masih mempunyai masa untuk berbincang dengan ketua jabatan di sekolah tersebut.
Juhari berkata, guru terbabit juga masih sempat untuk mendapatkan dos penggalak.
"Tetapi, sekiranya memang dia tidak boleh dapatkan dos penggalak itu, dia perlu kemukakan bukti kukuh kepada pihak sekolah," katanya.
Terdahulu, seorang guru tidak berpuas hati apabila dikenakan tindakan tatatertib gara-gara didakwa tidak mengambil dos penggalak.
Luahan guru itu dinyatakan dalam kumpulan Facebook Kami Guru Malaysia (KGM) selepas pihak sekolah mengenakan tindakan terhadapnya.
Tindakan sekolah itu menimbulkan persoalan terhadap guru tersebut yang mengakui dia sudah mengikuti syarat ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Guru tersebut juga perlu mengemukan surat bukti bahawa dia sudah mendapatkan dos penggalak.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wow.. biar betul. Apa objektif ambil dos penggalak di kala covid 19 ni dah treat mcm flu biase je. |
|
|
|
|
|
|
|
aik masih lagi ker terpakai pula booster ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya rabbi..move on je la...penggalak2 apa lagi....let people live peacefully. dah macam taliban la pulak paksa2 apoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Kpm ni merepek.. Cikgu2 join mlm sampai terabai tugas hakiki menipu sana sini dalam socmed takde pulak diambil kisah.. Oh yang mcm ni kira senang lah ambil tindakan sebab melanggar arahan ketua ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu pun kereta bertukar ganti. |
|
|
|
|
|
|
|
halo..dos penggalak is so yesterdayyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 4 tahun...move on la wey!! Dasar gila kuasa ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
cara halus nk buang keje kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri pendidikkan...apa kata anda.. |
|
|
|
|
|
|
|
poket siapa yg dah kosong ni..........HJ betollll..... |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa out dated dah booster pelbagai neh. ingatkan dah lama move on.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooh ini cikgu baru posting k, tapi ada aku kenal cikgu COS xambil vaksin pun, siap cakap antivaksin ok jer masa tu dia posting tahun 2020 |
|
|
|
|
|
|
|
nok, vaksin tu pun dah expired siap ditong sampahkan lagi...ko hade? |
|
|
|
|
|
|
|
ingat kan berita lama zaman 2020 - 2021, adoi lah goverment ni, apa nya nak cucuk2 booster sekarang nihhh. takut sgt dgn covid |
|
|
|
|
|
|
|
Upload je aduan kat SISPA. Tengok kat sekolah siapa yang panas buntut |
|
|
|
|
|
|
|
booster jek pun nak ugut ugut yekk |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm tiktok ramai jerr cikgu2 andartu offer diri x langgar disiplin gak kerr? |
|
|
|
|
|
|
| |
|