CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14118|Reply: 186

[Tempatan] "Aboh rehat okay, dunia terlalu kejam buatmu' - Anak lelaki OKU yang dibelasah di pasar tani

[Copy link]
Post time 19-1-2025 12:25 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – “Aboh rehat okay, kita semua sayang aboh,” demikian luahan anak kepada lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental yang cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai, Terengganu, kelmarin.

Menerusi hantaran TikTok Aty, wanita tersebut turut berkongsi gambarnya bersama bapa semasa majlis nikah berserta luahan tersebut.

“Semoga Allah permudah segala urusan kita sekeluarga. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Rehatlah abah, dunia terlalu kejam buatmu,” katanya.




Dia turut menjawab pertanyaan orang ramai yang bertanyakan hal berkaitan bapanya.

“Ya (aboh) masih di sana (Hospital Sultanah Nur Zahirah) dalam rawatan. Doktor tak bagi lagi melawat, apa-apa nanti saya ‘update’ (kemas kini),” katanya.

Seorang lagi anak kepada lelaki OKU tersebut menerusi TikTok Hana turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhan bapanya.

“Terima kasih yang mana mendoakan kesihatan ayah saya dan ingin menolong keluarga kami. Kami sekeluarga hargai sangat-sangat, ayah kami berada di hospital tengah menerima rawatan. Sekali lagi terima kasih,” katanya.

Sementara itu di ruangan komen pula, selain ramai yang mendoakan kesihatan lelaki tersebut, ada juga berkongsi pengalaman menjaga keluarga mereka yang OKU kategori mental.

“Ayah saya juga OKU mental, tiap-tiap bulan perlu dapatkan rawatan doktor. Kami bangga dengan ayah kami, saya faham sangat-sangat. Tapi orang takkan faham, mereka menghakimi OKU ni normal juga pemikiran,” kata seorang pengguna TikTok.

“Saya ada adik OKU mental macam ni, tapi jujur saya cakap hati saya makin cepat tersentuh. Saya sedih sangat bila isu macam ni dijadikan satu contoh depan anak muda,” komen individu lain.

“Ayah dia sakit macam ayah aku. Aku tahu macam mana bila orang sakit mental OKU ni dia nampak normal, tapi bila datang sakit, dia tak boleh nak kawal ikut perasaan dia. Datang sihat, dia sihat,” kata seorang lain pengguna TikTok.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, gara-gara menunggang motosikal di tapak pasar tani sehingga terlanggar sebuah gerai dan menyebabkan makanan jualan terjatuh, seorang lelaki OKU kategori mental cedera dibelasah di Padang Astaka, Chukai.

Dalam insiden pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa berusia 47 tahun dikatakan dipukul dan diterajang oleh beberapa individu dipercayai peniaga dan pelanggan pasar tani terbabit.

Susulan itu, tiga lelaki termasuk seorang peniaga berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan polis pada pukul 8 malam hari yang sama bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar dilaporkan berkata, mereka ditahan sewaktu memberi keterangan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Sumber – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 01:02 PM | Show all posts
Masa untuk mencapub sementara isu tengah trending.

Wartawan cari sila buka 3 thread ya. Guna nick lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts


Kalau google nama pakcik ni thn lps dia ada kes belasah bini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm.teruk jugak dia kena balun.tapi aku malas nak husnuzon sebab pernah ade kes pukul binik.aku rasa penduduk dekat situ mcm berdendam dekat jantan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Caption anaknya pun mengundang betul.

"Rehatlah abah, dunia terlalu kejam buatmu"

Aku ingatkan dah arwah pokcik ni bila baca caption anaknya. Kot ye pun tulis la "semoga Allah beri kesembuhan kepada aboh".
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tambat je lah bapak kau kat rumah... dasarrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengah cari video yg org cakap aboh dia bawak motor dkt traffic light mcm lampu traffic tu aboh dia yg punya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 19-1-2025 01:45 PM
Caption anaknya pun mengundang betul.

"Rehatlah abah, dunia terlalu kejam buatmu"

Iols pun ingatkan dah arwah..
Plus, tajuk umpama anak laki yg kena blasah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 02:16 PM | Show all posts
Dah tau OKU kenapa dibiarkan bawak kenderaan. Bahaya utk orang ramai ye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:21 PM | Show all posts
kadang2 ubat utk pesakit mental ni kena bagi depa hisap ganja, gam, heroin, etc...sebab kepala otak mereka kacau
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg memukul mmg patut dihukum. Kesian. Moga pakcik cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mak kena belasah dgn aboh apa cer
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dedua patut dihukum.
yg belasah dgn yg bawak motor mcm dunia dia yg punya, sbb guna kad bole claim mental, lepas nanti buat hal trigger lagi org lain pastu kena pukul netizen pun beramai pakat sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah ade jiran ad kad oku mental..time die mengamuk pernah baling pasu, sikit lg nak kene kepala aku, aku time tu kat luar rumah..adoiii
Lepas tu selamba je ckp, kalau die trmbak org, xkene ape sbb ade kad oku..samseng tuu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nonymous replied at 19-1-2025 04:10 PM
dedua patut dihukum.
yg belasah dgn yg bawak motor mcm dunia dia yg punya, sbb guna kad bole claim m ...

Yup..family pun dah tau dia mental...jgn la bg kunci moto kete just like makcik mental kt dugun ritu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 19-1-2025 04:19 PM
Yup..family pun dah tau dia mental...jgn la bg kunci moto kete just like makcik mental kt dugun ri ...

tulah x memasal ragut nyawa anak orang, kesian yg mental tp kesian kat mangsa dan family disebabkan lepas bebas camni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 19-1-2025 04:13 PM
Aku pernah ade jiran ad kad oku mental..time die mengamuk pernah baling pasu, sikit lg nak kene kepa ...

cetttt senang mcm tu je dia nak lepaskan diri, naya wehh.
dlu kat tempat kerja ada satu kawan ada kad mental, bila dia nak marah or mengamuk yg lain cakap jgn kacau dia, dia belum makan ubat, jangan carik pasal ke dia sbb dia ada kad, bahaya tp xpernah dgr juga dia mengamuk dgn org lain, kdg tu jelah dtg sakit dia akan marah2 camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sib baik tak langgar budak2
anak2 baik jangan bagi aboh tu pakai moto
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk kesejahteraan. Org² normal ypg takde apa² kad ni elok la duduk dlm rumah je tak perlu keluar kemana² tanpa keperluan mendesak. Sbb kita tak tahu kat luar sana sapa yg ada card sbb diaorg tak pamerkan gantung ditengkuk. Manusia biasa ssh nk control reaction bila menghadapi situasi cemas atau tak selesa. Org normal takde apa² yg boleh nk defend melainkan nyawa tegadai baru org cakna.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pindah alam ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.086940 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list