CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12546|Reply: 176

Edisi Zakat: Ke mana perginya wang zakat kita?

  [Copy link]
Post time 8-8-2011 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Malaysiakini
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11

Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!



//Ada betulnya jugak apa yg Dr Maza cakapkan nie.... sama sama kita renung2kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 10:48 AM | Show all posts
kadang2 mmg banyak birokrasi....

contohnyer ...kene kemas berpakaian... ade etika berpakaian ketika g pejabat2 agama ni....

tp pejabat zakat kt shah alam kompleks mara amat mesra alam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 10:51 AM | Show all posts
sumtime derma yg hendak diberi ke rumah anak2 yatim pon disoal siasat.." dari mane datangnyer duit ni"

ni kes rumah anak yatim..... sori off topik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 10:51 AM | Show all posts
takyah renunglah.

tanya jer sapa2 yg baru nak kahwin. semua kata urusan dgn pejabat agama lah paling gampang sekali dalam hidup mereka :re:
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 10:52 AM | Show all posts
sungguh memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 10:52 AM | Show all posts
ekslusivity in religous tuh kadang2 menyusahkan.. mmg la nak manjaga agama.. cume wujud barrier pada org2 lain yg nak dekat ngan islam..

my seposen...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2011 10:53 AM | Show all posts
takde ke orang nak set gerakan reformasi sistem pengurusan zakat di malaysia....
kebanyakan majlis zakat sekarang pakai ceo ....gaji berapa?
ada banyak kenderaan pejabat dan kenderaan bos? berapa?
bila mintak bantuan bulanan ada ke dia bagi rm350 sebulan.....zaman apa bantuan rm350...nak beli apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 10:57 AM | Show all posts
kene tunggu masuk TV sambil tunjuk azab hidup depan kamera...
barula pegawai2 zakat ni nak datang jenguk diorang... abis sebelum ni korang buat ape..
bukan sekali dua...dah berjuta kali dah mcm nih...
memalukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 10:57 AM | Show all posts
wang zakat ni mesti banyakkan, ada tak fund manager usha suh  pusat zakat melabur , cth nya dalam pasaran modal spt saham, kemutditi, hartanah dll?..??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2011 11:00 AM | Show all posts
wang zakat ni mesti banyakkan, ada tak fund manager usha suh  pusat zakat melabur , cth nya dalam pa ...
cmf_kunyit Post at 8-8-2011 10:57



apa hukum rolling duit zakat? sebab dalam tempoh matang nak rolling tu pon jenuh fakir tunggu bantuan tak kunjung tiba...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:01 AM | Show all posts
bila libat gomen memang tak lepas birokrasi...
lagipun mereka answerable pada rakyat... silap sikit mau kena tibai... heheh

jadi kalau tak mau birokrasi perlu ada tabung2 persendirian yg mungkin diwujud kat masjid2
minimumkan birokrasi...keputusan cepat dan senang diakses...
susah jer terus pergi masjid jumpa nazir ke sapa... hulur terus kalau layak..

gereja senang bagi duit sebab ia bebas dari birokrasi nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:02 AM | Show all posts
JKKK, Ketua kampung juga harus main peranan..dah nampak ada golongan yang layak mendapat zakat di kawasan mereka.tolong la mainkan peranan sikit.jangan hanya reti makan elaun sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:04 AM | Show all posts
Malaysia siap ada inisiatif utk jadik hos sekretariat IZO (international zakat organisation) kawwww :re:
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:08 AM | Show all posts
money not spent where it should be. tu yg betulnya. collection bnyk. masuk war-chest kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:18 AM | Show all posts
"mana piginya wang zakat"...???? baru kemarin kawan iolss bangkitkan perkara ni sampai kawan iolss yg sorg lagi bertanya balik, "setakat 7 ringgit setahun pun berkira tp minum todi, main snoker (ada pertaruhan kira judi la) langsung tak berkira"........
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:20 AM | Show all posts
aku nak ulas pasal gerakan gereja untuk menarik org Islam. rasanya perkara ni dah berlaku lama dah...dah berpuluh2 tahun ia berlaku. mungkin kita sendiri pun dah pernah dgr tentang perkara ni.

Pengalaman aku sendiri semasa tinggal di sabah, dakwah2 penganut kristian ni sangat aktif dan mereka berucap menggunakan sepenuhnya bahasa malaysia selain penggunaan istilah2 yg umat Islam biasa dengar. Kalau dgr sekali imbas mcm dgr ustaz bagi ceramah dan hadis je..tu yg kalau org Islam yang tidak tau asas agama yg kukuh boleh terpengaruh.

Aku tidaklah menyalahkan dorg, kerana perkara pokok dan permasalahannya akan kembali kepada umat Islam tu sendiri. apakah langkah2 kita untuk menguatkan umat Islam. Keimanan individu mmg sukar dipersoalkan oleh kita tapi Islam sendiri ada langkah2 untuk membendung hal2 keimanan ni bagi memelihara Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 11:33 AM | Show all posts
JKKK, Ketua kampung juga harus main peranan..dah nampak ada golongan yang layak mendapat zakat di ka ...
cyclotron Post at 8-8-2011 11:02



    ada gak jkkk yg tak amanah, tamak serupa iblis....org2 kg yg nak daftar sebagai org miskin pun dia nak pow dulu pastu baru leh nama masuk list
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:33 AM | Show all posts

'Ke mana perginya wang zakat kita?'

Post Last Edit by hdcyng at 8-8-2011 11:34

'Ke mana perginya wang zakat kita?'

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11

ULASAN Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.

Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4.  Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!



http://www.malaysiakini.com/news/172234


After church aid to Muslims, Asri questions zakat funds for poor

KUALA LUMPUR, Aug 7 — Influential cleric Dr Mohd Asri Zainul Abidin questioned today if red tape and the lack of state alms have forced impoverished Muslims to seek help from Christian churches.
The former Perlis mufti said it was not a sin for destitute Muslims to receive aid from non-Muslims, pointing out that the blame lay with practitioners of Islam who were supposed to help their fellow believers.
“Where have all our wang zakat (alms) gone? Collections of hundreds of millions of ringgit are announced every year,” said Asri in an essay sent to The Malaysian Insider today.
“Is it not enough to help the poor get out of their poverty without them having to ask others for help?” he questioned.
Pro-Umno newspapers Berita Harian and Harian Metro have highlighted since yesterday allegations that Christian organisations are secretly trying to convert impoverished Muslims through welfare aid.
The Malay dailies also reported today a Muslim woman claiming that she was forced to accept cash and free food from a church, after failing to get aid from Baitulmal or the state fund for the poor, which is generated from tithes collected from mosques.
The reports came after the Selangor Islamic Religious Department (Jais) and the police raided a multiracial dinner at the Damansara Utama Methodist Church in Petaling Jaya on Wednesday night, based on an allegation that Christians were proselytising to Muslim guests.
“Why is there so much red tape blocking the poor from getting alms? There is so much red tape just to get even RM100 to RM200. This is despite the zakat offices looking opulent, the high salaries for officers and bosses, and advanced equipment,” Asri lamented.
“Is the high cost meant only to find donors, but without sufficient willpower to find suitable recipients?” he asked.
The Muslim cleric queried how the zakat administration could fail to help destitute Muslims, so much so they longed to leave their faith.
“It is the right of anyone to help whomever they want. As long as rules and laws are followed, one can help another regardless of race or religion,” said Asri.
He also said it was peculiar for Muslims to renounce their faith in the Muslim-majority country because of unsatisfactory treatment from their fellow believers.
“There are many questions that Muslims must ask themselves before blaming others,” said Asri.
Christian churches demanded yesterday for evidence behind allegations that Christian charity groups were involved in covert conversions.
A priest has dismissed such allegations as old rumours used to pit Muslims against Christians.


http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/after-church-aid-to-muslims-asri-questions-zakat-funds-for-poor/
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:39 AM | Show all posts
akupun terfikir bab ne semalam..mana perginya juta yang dikutip? ke rumah anak2 yatim ke? kemana ka? sebab ramai juga yang bergelandangan. Untuk bisnes..mananya? maybe zakat punya pusat kene terangkan....lebih detail
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 11:41 AM | Show all posts
Malaysiakini
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11

Saya belum ingin mengulas tentang ...
copypaste Post at 8-8-2011 10:40


Zakat johor pernah mengadakan majlis berbuka puasa dgn penyumbang zakat kat company aku..atas alasan company aku penyumbang paling byk....ada juga org question majlis grand kat hotel tu guna duit zakat ke? kalau tak ramai-ramailah kita makan duit harom...
Waktu tu nOh gadut yg dtg..

Zakat yg byk tu pulak diagihkan kepada beberapa individu sahaja....aku kurang berpuas hati...sebab ada peruntukan begitu tinggi more than 200k utk sorang hamba allah ni utk belajor kat al azhar....takut duit zakat tu terbagi pada kroni pulak Biasalah manusia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.438674 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list