View: 8084|Reply: 17
|
[Tempatan]
Terang terangan menyatakan kecintaannya kepada Tel Aviv, Prajualan tiket Bruno Mars Live in Kuala Lumpur disahkan licin.Apakah yang telah berlaku?
[Copy link]
|
|
Prajualan tiket Bruni Mars Live in Kuala Lumpur disahkan licin oleh syarikat yang mengendalikan penjualan tiket tersebut.
Sebelum ini, pengumuman kehadiran Bruno Mars sempena konsert jelajah dunianya, telah menerima banyak kecaman dan kritikan.
Malaysia adalah salah sebuah negara yang lantang mengecam tindakan keganasan Isr*el ke atas Palestin.
Instagram Bruno Mars diserang oleh rakyat Malaysia yang melancarkan kempen boikot ke atas artis itu yang terang terangan menyatakan kecintaannya kepada Tel Aviv beberapa bulan lalu.
Netizen bengang dengan tindakan Bruno Mars yang dianggap terang terangan menyokong z i o n i s.
Di mana ketika itu Bruno Mars menyatakan sokongannya kepada negara haram tersebut ketika dunia mengutuk mereka kerana pembantaian yang mereka buat ke atas Palestin.
Bruno Mars meneruskan konsertnya di Tel Aviv, tidak mengendahkan saranan BDS agar dia tidak meneruskan konsert itu.
Ketika di sana dia terang terangan menyatakan dia menyokong kewujudan negara haram tersebut, sambil menyatakan: ‘Tel Aviv, I think I want to marry you’.
Penganjur konsert, Live Nation mengumumkan bahawa prajualan tiket artis pemenang Grammy itu sudah ditutup kerana dah licin.
Live Nation menulis di akaun rasmi media sosial mereka: “Terima kasih! Atas permintaan yang menakjubkan, tiket prajualan Live Nation telah habis dijual.”
Akan lebih banyak jualan tiket dibuat apabila penjualan tiket itu dibuka kepada umum pada hari ini.
Di mana sudah ramai peminat yang berkongsi tentang kejayaan mereka mendapatkan tiket konsert Bruno Mars.
Harga tiket menyaksikan konsert ini di Malaysia bermula pada kadar RM298 sehingga mencecah RM1,888.
Konsert ini akan berlangsung pada 17 September depan di Stadium Nasional Bukit Jalil. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dasar hipokrit masing2... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg yg terpaling boikot yg byk beli tiket dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
takat tiket yang berapa puluh ribu keping habis terus kau kata orang lupa boikot..
apa beza dengan boikot mekdi segala tu..
kau boikot, kau boikot la..
yang tak boikot ramai je lagi..
anyway, yang boikot sana sini ni majoriti tak berduit pun..
sah sah yang beli tiket tu bukan golongan korang..
gi je la layan netflix disney yang dalam list boikot tapi sebab tu je hiburan yang mampu tak leh la boikot kan |
|
|
|
|
|
|
|
I tak dengar lagu2 heols. |
|
|
|
|
|
|
|
nnti kita tgk sapa yg p..deyols ni suka post jgk nnti time konsert..sejak madani ni mcm kerap je kan konsert konsert
i jgk la xpnh beli tiket utk konsert wpn i suka..
tp ailee aritu i dpt tiket free dr boss. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak mana2 pertubuhan yang kerja buat survey ni tolong survey demografi penyokong israel di tanah air ni? Serius aku nak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
interested to know which influencer or artis or activist yang beli tix BM ni. adakah cakap serupa bikin |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 1-7-2024 03:13 AM
Jilaka know2 dah jual tiket pehtu yang muroh (stended Tel Aviv) dah abes. Malas la nak pi tiket mahal nak mampus. Lagipun bukan aku minat sangat Bruno ni, cuma tingin tengok dia nyanyi live jah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kawan beli, pastu tanya acamnar ni.
Mana ku tahu. Bukan duit aku.
Benda dah beli. Enjoy je la. |
|
|
|
|
|
|
|
Bruno mars buat konsert sebelum perang hamas-palestin 7oct
Normal utk artis ucap terima kasih kpd fan..dah dia buat show sana..takkan nk ckp i
hate you?
Keturunan bapa bruno mars lun ada juga yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
Yg beli ni tentu la peminat dia
yg berduit & yg tak mengamalkan
amalan boikot |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Kak Yah nk wat asia tour lg |
|
|
|
|
|
|
|
guesswho09 replied at 1-7-2024 11:21 AM
Yg beli ni tentu la peminat dia
yg berduit & yg tak mengamalkan
amalan boikot
Owh dan yg hipokrit
mcm sorang penyanyi tu
berdegar2 kunun prihatin kat palestine
lepas tu sanggup 1 pentas dgn retis antarabangsa
yg terang2 sokong zionist |
|
|
|
|
|
|
|
guesswho09 replied at 1-7-2024 03:25 AM
Owh dan yg hipokrit
mcm sorang penyanyi tu
berdegar2 kunun prihatin kat palestine
Siti Nurhaliza. Saja taip nama full. |
|
|
|
|
|
|
|
mariah carey?
oh my
vokal live sheols makin kasar dgn nafas x cukup nya
whistle jauh sekali
harap backup singer die je yg bnyk cover
last sheols dtg sedekad yg lalu, 2014
iols ada la pi
tp masa tu pun dh nmpk tanda2 spt yg berlaku hari ni
cuma still blh pi certain note spt dlm recording
whistle pun masih blh buat masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah tgk konsert kat stadium skala besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boikot fans bruno mars. Tapi lagu2 bruno best2 tau. Ala2 MJ. |
|
|
|
|
|
|
| |
|