CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8871|Reply: 35

MAN SEWEL DATANG KL

[Copy link]
Post time 29-9-2011 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 2-10-2011 20:26




Filem ini telah memulakan pengambaran sejak 13 Mac 2011 lalu dan berakhir 5 April 2011 ini diarahkan oleh Abd. Rahman Adam dengan membariskan pelakon utamanya Shuib Sepah sebagai Man Sewel dan beberapa lagi pelakon lain seperti Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam, Fida Ibrahim dan Chef Yang Jamil.Serta penampilan khas Kumpulan MAY

SINOPSIS

Filem ini mengisahkan Osman/Man (Shuib) pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon (Rosnah Mat Aris) hasil peninggalan harta arwah bapanya.

Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim (Razali Hussain). Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia (Julia Ziegler), seorang bekas model.

Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam namun malangnya dia ditipu.

Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah (Fida Ibrahim) telah menjadi milik oleh kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah (Siti Sarah Raisudin) yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.

Suatu hari Man terserempak dengan Leman (Rosli Rahman), orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah.

Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din (Zaibo), seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dam Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis

Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta.Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah.


p/s : da try search tp xde pun benang ni. kalau sy TER tak perasan ke ape leh delete ye.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2011 10:36 PM | Show all posts
ops.lupa.
credit to mStar
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 11:09 PM | Show all posts
shuibbbbbbbb!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 11:45 PM | Show all posts
cerita budak bodo2 alang dtg kl pastu berjaya ke? stereotype
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 12:06 AM | Show all posts
alahai storyline berbaloikah dijadikan filem? cam standard drama kat asteruk jer
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 12:10 AM | Show all posts
produser newbie ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2011 12:17 AM | Show all posts
baca sinopsis pun dah cukup detail.. xder saspen sungguh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2011 12:30 AM | Show all posts
alahai storyline berbaloikah dijadikan filem? cam standard drama kat asteruk jer
arisa_imamura Post at 30-9-2011 00:06



kaaan. sungguh detail explain nye. haih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 05:21 PM | Show all posts
mesti ala2 cerita lu pikir la sendiri nabil tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 05:28 AM | Show all posts
oh man... naper la citer kite mcm ni... x bebaloi leps duduk panggung beli cd lak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 08:24 AM | Show all posts
next year dh keluar tv time raye
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 10:51 AM | Show all posts
alahai filem melayu ni  so layuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 01:12 PM | Show all posts
Lepas sebulan kat wayang, keluar kat asteruk 1st...pastu boleh donlod kat internet
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 05:53 PM | Show all posts
cerita yang melembabkan pemikiran anak melayu, filem yang tiada kualiti, usahkan hendak dibandingkan dengan filem hollywood, dengan thailand pun kita masih jauh terkebelakang, jalan cerita merepek dan penceritaan tahap anjing liar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 05:58 PM | Show all posts
cerita yang melembabkan pemikiran anak melayu, filem yang tiada kualiti, usahkan hendak dibandingkan ...
polipoplipop Post at 5-10-2011 17:53



    tahap anjing liar??..penah dgr anjing liar bercerita ke??
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 07:05 PM | Show all posts
tunggu utube je la.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2011 09:52 PM | Show all posts
sapa director ni?

mula2 aku ingt abg mamat.

tp bukan ek?

tgk sinopsis pnjg berjela mcm dah baca novel plk.mmg ada harapan filem ni x laku
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 11:24 PM | Show all posts
MAk aihh.. tgk trailer pon dah xbest.

Apa patut dibuat?
       1. Tengok wayang? ---> kem salam je bedah.
       2. Downlod je? -----> Buang letrik jek
       3. Tggu raya tahun depan? -------> iyolah kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 12:52 AM | Show all posts
lambakan citer sampoh diteruskan dgn terhasilnya filem nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2011 12:54 AM | Show all posts
Lepas sebulan kat wayang, keluar kat asteruk 1st...pastu boleh donlod kat internet
eco_internet Post at 5-10-2011 13:12



tak sampai sebulan kot.ntah2 seminggu dua kt wayang trus kua kot :p
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.220060 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list