CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9663|Reply: 33

Pengalaman Ngeri Seorang Penggali Kubur

[Copy link]
Post time 21-5-2012 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by novelloverzz at 21-5-2012 17:03

“Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. “Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.


“Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.


Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.


“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.


Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.


Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah…


Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.


Eee…. seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal’azim…


Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.


Pergi… pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.


Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ‘ Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati …


Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!


Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.


Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah…


Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.


Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.


Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.


Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.


Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah


Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.


GGRUUMMM… PPPRRAAAPPP!!


Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.


“Ya Allaaaaahhh… apa yang berlaku ini ? ” saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.


GGGRRRRUUUMMM…


Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..


Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK… ERRRKKKKKKK


Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.


AARRKKK… UUURRRKKGGH!!!


Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba… PPPR-RRAAPPPPP!!!… bunyi papan patah berderai.


PRRAAKK… TTAAPP… PRRAAPP!


Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !


Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.


Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.


Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.


“ARGGGHHHH” Jangan pukul aku lagiiiii!!!” saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.


Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.


“Arrgghhh… sakit, sakiiittt!!” saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.


Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.


Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.


Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.


“Johar… Johar !! ” sayup-sayup nama saya dipanggil.


Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

“Johar… bangun, bangun!” nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.


Saya buka mata sedikit. Ooo… rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.


“Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah,” kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.


Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

bersambung di thread seterusnya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2012 05:03 PM | Show all posts
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.

Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.

Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar…MATI itu benar…SYURGA – NERAKA itu benar dan azab kubur itu juga benar. Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita. AMIN YA RABBAL A’LAMI.

**Kisah di atas merupakan seorang pengalaman penggali kubur. Kisah ini ternyata seram dan memberikan kita sebuah gambaran tentang azab kubur yang jelas bagi balasan orang yang sering berbuat dosa. Ia memberikan kita keinsafan betapa benarnya akan ada hari pembalasan di akhirat kelak. Semoga kita mendapat iktibar dari cerita di atas ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 06:55 PM | Show all posts
Haaaa...sementelahan TT dah buka ini thread , maka aku nak menyampuk gak...
Pengalaman aku yang suka sangat membantu para saudara jenazah mengebumikannya.

okay ....aku nak kumpulkan ingatan dulu sebab nanti bercampur campur pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 07:09 PM | Show all posts
cerita dari majalah mastika
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 07:12 PM | Show all posts
Reply 3# rdzaccess

Setia menuggu ceritanya...semuga kita diberi petunjuk untuk terus berada di jalan yang benar..Amin!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2012 08:20 PM | Show all posts
Reply 3# rdzaccess


    nnt dah ingat cite ye..sy tgg gk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2012 08:41 PM | Show all posts
Baik...nak solat Isya' lah pulok....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 08:45 PM | Show all posts
Pada suatu masa dahulu, kira kira aku masih lagi di alam persekolahan sekitar tingkatan tiga, menunggu keputusan gitu...
Maka aku kerap jugalah mengikut ibu ku ( sekarang dah arwah dah ) ke Teluk Panglima Grang , Banting. Tujuannya adalah melawat moyang aku ( sebelah ibu ni..)...
Di sekeliling rumah moyang aku ni ( berdekatan ngan Carey Island ) terdapat banyak pokok durian dan yang paling aku suka adalah bila ada musimnya berbuah maka pondok yang berada di situ menjadi penginapan aku dan kekadang sepupu aku juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2012 08:48 PM | Show all posts
Maka telah tersurat bahawa moyang aku pun meninggal lah sudah.
Di pendekkan cerita yang tetiba sahaja aku dah berada di tanah perkuburan kerana sebelum itu aku tak lah ingat disebabkan terlalu lama peristiwa berlaku.
Liang lahad sudah di gali, dan setelah sudah jenazah sampai, maka hujan turun dengan tetiba. Nak kata basah tak lah pulak. Cukuplah untuk kuyup . Berdekatan ngan taman perkuburan tu adalah adanya sebatang sungai yang besar .
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 08:53 PM | Show all posts
Air bergenang di sekitar tanah perkuburan menjadi lopak dan ada yang mengalir mencari kawasan rendah .
Tetiba aku melihat sepupu aku berdiri tegak dan mula melaungkan azan. Hadirin yang ada hanya diam.
Setelah sudah apa yang aku dapati adalah ...
tiada air pun yang mengalir masuk ke dalam liang lahad dan juga aku mendengar beberpa bisikan dari antara yang hadir bahawa selalunya akan ada mata air yang menghambur di antara ruang liang lahad.
Tetapi untuk kali ini , di mana jenazah moyang aku di semadikan , tiada air...kering ...macam waktu tiada hujan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 08:54 PM | Show all posts
Okay no...aku solat dulu...nanti aku ceritakan yang lagi satu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 09:31 PM | Show all posts
Al right...cerita ni masa aku tinggal di Taman Ibu Kota , Gombak.
Penjaga kubur juga penggali kubur yang dilantik berumah di kawasan tanah perkuburan ini. Di sebelah pintu masuk jalan berdekatan ngan deretan rumah teres, di hujung.
Jadi setiap kali ada kematian , kerap kali juga aku akan hadir di pengkebumian jenazah.
Dapatlah aku duit poket sehingga kekadang tu dua ringgit. Aku dan rerakan sepermainan pasti ada duduk di antara celahan pusara, menadah tangan mengaminkan doa dan ...'tup' sebuah bungkusan kecil sampul surat jatuh di tapak tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 09:35 PM | Show all posts
Lama kelamaan daripada sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah...
maka dari situ jugalah setelah belajar pelajaran Agama Islam, aku berani mendakap jenazah dan membaringkan nya di dalam liang lahad.

Tiada apa kejadian aneh berlaku ,pada beberapa belas jenazah yang aku dakap sehinggalah di suatu waktu , ketika aku membongkok untuk mengalihkan jenazah menghadap ke kiblat aku dapati seperti ada benda berkilat kilat dan berkilau kilau dari dalam celahan tanah lahad.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 09:38 PM | Show all posts
Aku masih lagi tidak mempedulikan apa yang aku ternampak malah sibuk dengan mengepal tanah tanah yang di beri kepada aku buat menampung sandaran jenazah.
Apabila aku membongkok untuk mengambil serpihan tanah yang terpecah dan aku terpaksa menjangkau agak jauh barulah aku terkejut bilamana benda yang berkilat kilat dan berkilau itu menerpa keluar.
Cepat cepat aku menarik tangan aku, dan dengan pantas aku meletakkan kepalan tanah dengan agak agak dan mengerengkan jenazah dan kemudian aku berdiri memandang ke atas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 09:40 PM | Show all posts
Papan di hulurkan dan aku serta seorang lagi terus menutup lahad. Dengan menumpangkan kaki ke papan kami memegang tikar sementara tanah di atas di turunkan.

Setelah selesai segalanya aku , pulang ke rumah , mandi dan kemudian duduk termenung sambil menongkat dagu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 09:45 PM | Show all posts
Ayah aku ( arwah dah ) pulang dari memancing lantas menegur aku apabila melihat gaya aku yang demikian lain dari yang selalu.
Maka aku menceritakan apa yang aku nampak.

Benda yang berkilat kilat dan berkilau kilau yang aku nampak rupanya adalah mata sebesar bola ping pong berwarna hitam dan apabila aku mengambil serpihan kepalan tanah , ianya bergerak dan ternampak lah aku juga sepitnya yang besar.
Rupanya ia adalah kalajengking yang kalau aku google atau cari di National Geography memang tak ada sebesar itu. Badannya ajer sebesar anak kucing yang berumur 5 atau 6 bulan...kira kira sebesar betis aku ( bukan korang punyer betis ...ehh...)
Ianya memenuhi ruang lahad beratur dengan mata memandang ke arah jenazah...

aaaahhhhh !!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2012 10:06 PM | Show all posts
Orang dulu kalau kerja dia penggali kubur, memacam alat diorang ada, khas untuk penggalian.
Yang aku tengok sekarang adalah cangkul kecil yang sekarang ada jual di kedai hardware. Sekarang orang guna untuk berkebun landscape.
Sekarang ada yang guna back hoe.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 10:19 PM | Show all posts
Pada suatu waktu aku pergi ke Tanah perkuburan Bukit Tunku.
Kawan aku punya pak cik meninggal.
Maka kami pun sampai.
Setelah jenazah tiba , maka kami pun buat apa yang perlu...tetapi jenazah di masukkan oleh kaum kerabat arwah lah.
Setelah sudah maka aku pun sipu sipu sipi sipi lah sebab orang berpangkat kenamaan ...
Tetapi aku lihat macam payah lah pulak mereka yang ada di situ nak mengait tanah untuk menimbus. Maka aku pun mencapai cangkul yang ada berhampiran dan menarik tanah...
Amboiiii....walaupun nipis jer tanah , tapi aku terpaksa tarik dengan kuat...separuh tenaga abis...kemudian aku berdoa dalam hati, tapi untuk diri aku lah...
Maka aku saja lah yang berjaya mengait tanah dengan senang...
Las las yang lain dok perhati ajer....hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 10:55 PM | Show all posts
Bila selesai maka bermulalah pembacaan talkin.
Walaupun di bawah khemah, aku rasakan bahang kepanasan yang amat sangat...
Tak tertahan aku...tapi aku lihat orang ramai yang ada kat situ releks ajer...
Apakah aku yang hanya merasakan...?
Sekali lagi aku memanjatkan doa dan kali ini hujan panas lah pulak yang turun...

Sebaik saja selesai semuanya, aku berjalan ke kereta dan masuk ke dalam dan memasang air cond. full blast...
Macam nak pengsan di buatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 11:42 PM | Show all posts
ada orang kata, kalau nak sejuk dalam kubor nanti, rajin2 lah sedekah air-cond kat surau atau masjid...secara logiknya, boleh jadi juga, walaupun Allah boleh balas apa sahaja untuk hamba-Nya seperti yang dikehendaki...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.134743 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list