View: 11147|Reply: 74
|
Lembaga Hitam Berbentuk Manusia....Siapa boleh tolong kami
[Copy link]
|
|
Assaalamualaikum. Saya selalu jugak follow thread ni, tapi tak pernah post apa2. Kalau kisah seperti saya ni pernah keluar, tolong mergekan.
Kisah ini sebenarnya berkenaan anak buah saya. Dia belajar disekolah berasrama penuh disalah sebuah negeri di Malaysia ni. Cuma baru lebih kurang sebulan lebih ni berlaku sesuatu kepadanya. Dia menceritakan kepada kami, bahawa ada lembaga hitam yang sering mengekorinya. Lembaga tu hanya dapat dilihat oleh orang kelillingnya dan dirinya pada jam 2-4 pagi. Lembaga ini belum lagi mengacau dia.. tidak meyebabkan dia meracau atau dibawa ke alam lain, tetapi hanya mengekorinya dan berada disampingnya selama waktu tersebut. Oleh sebab itu, ramai rakannya yang itidak berani nak berkawan dengannya lagi.
Dia pernah bertanya kepada lembaga itu siapa namanya, dari mana datang dan sebagainya. tetapi lembaga tersebut hanya diam. Lembaga itu tidak berganjak walau dia solat atau membaca ayat2 alquran. Lembaga itu berbentuk seperti manusia.... maknanya ada bentuk seperti manusia, tangan, kaki, kepala, tetapi tidak mempunyai mata, mulut atau hidung atau telinga dan berwarna hitam gelap. Pernah sekali lembaga itu membuka mulutnya (mungkin sedang menguap ) anak buah saya itu nampak giginya yang panjang dan bercabang dua yang setiap hujungnya tajam. Jadi giginya banyak dan berwarna kuning.
Lembaga itu tidak pernah bersuara atau membuat apa2 walaupun anak buah saya memarahinya dan menghalaunya. Kini anak buah saya tidak berasa takut terhadap lembaga itu walaupun kami sekeluarga tidak mahu dia bersikap demikian kerana tidak mahu lembaga itu kekal berdamping dengannya. Anak buah saya kata, masa mula2 tu dia ada berasa takut. Masa dia berasa takut, lembaga itu mengacaunya dengan mengegarkan katil tempat tidurnya atau bila dia hendak menjerit, suaranya tidak keluar walau dia merasakan jeritannya amat kuat. Tapi sekarang, anak buah saya tidak takut dengan lembaga itu dan lembaga itu tidak membuat benda2 itu lagi, tetapi hanya duduk disampingnya. Perkara ini amat meragukan kami sekeluarga.
Sekiranya ada sesiapa yang pernah mengalami situasi ini atau dapat membantu kami menyelesaikan masalah ini, saya amat mengalu2kan...untuk pengetahuan forumer, anak buah saya baru ditingkatan 4 dan bakal menduduki peperiksaan SPM tahun hadapan. Jadi kami gusar dengan hal yang berlaku ini dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Pertolongan anda semua amat saya hargai dan nantikan. Kami sebenarnya tak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah ini. Ustaz di sekolahnya hanya menyatakan dia terkena buatan orang dan suruh dia membaca ayat alquran, tetapi lembaga itu tidak berganjak dari tempat ia berdiri walaupun anak buah saya sedang membacakan surah yassin. Lagi satu, anak buah saya kata lembaga itu tidak menjijak kakinya di atas lantai, sebaliknya kelihatan seperti terapung2 dan bentuk badannya agak sasa.
Pertolongan anda amat saya hargai dan tunggu. Tolonglah keluarga kami kerana keluarga kami tidak pernah mengalami situasi ini. Saya ucapkan terima kasih banyak2 atas pertolongan dan perhatian dari anda.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wow...dasattt....kita tunggu pencerahan sifu2 kat dalam ni...aku baca pun dah naik seram...... |
|
|
|
|
|
|
|
first time dengar kisah macam ni. tak sabar tunggu pendapat yg lebih arif dalam forum ni nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam
Lembaga itu tidak akan mengganggu anak buah TT tetapi sebaliknya jangan ada yang mengganggu dia (* maknanya jika anaka buah TT diganggu ).
Ini kerana anak buah TT akan mendapat satu kuasa ghaib ( dari pertolongan makhluk tersebut ) dan ini akan membuatkan situasi ketegangan akan berlaku .
Kekuatan yang luarbiasa ... seperti kalau menolak orang jadi macam movie pulak iaitu orang yang di tolak akan melayang jauh seperti bantal yang di lontar .
dan anak buah TT akan ( semacam tidur ) jika ini berlaku selepas itu dan walaupun apa cara untuk mengejutkannya pasti gagal walaupun di tepuk tampar , digeletek atau di cucuk jarum sekali pun ... dia akan nyenyak tidur tanpa rasa sakit pun .
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh di lihat. jangan
lupa ambil gambar yach! |
|
|
|
|
|
|
|
panggil wak tom masuk tread ni... WAKKKKKKTOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMM [jerit comel] ![](static/image/smiley/miluegg/koko.jpg)
takut nya, nak kata pendamping, ada ke sedara mara yg ada main benda2 tu? |
|
|
|
|
|
|
|
mahkluk ape yg ganggu anak buah TT nie... kebal ekk bace surah Yassin pon tak lari... ape motif dia ikut budak tu... ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pakar dalam hal2 dunia ghaib dan mampu menghalau jin2 melalui kaedah2 yg saya pelajari selama lebih 5 tahun. Saya boleh tolong kamu dan bayarannya bukanlah duit jadi kamu tak perlu risau.
Kalau dah bersedia untuk dapatkan khidmat saya sila hubungi saya.
Saya juga mampu membuka mata ketiga anda semua secara percuma tetapi perlu ada syarat2 yg dipatuhi. Cara ini boleh dipelajari melalui jarak jauh, tidak seperti menghalau jin perlu berada di tempat kejadian.
Dengan mata ketiga, anda boleh melihat segala makhluk2 yg tidak terjangkau dek akal fikiran anda, dan anda mampu berkomunikasi dengan mereka untuk mendapatkan bantuan. Tetapi syarat2 yg telah saya berikan haruslah dipatuhi. |
|
|
|
|
|
|
|
the shadow?? dementor?? huhu.. tumpang lalu jer.. jgn marah TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang membimbangkan kami semua sbb makhluk ni tak bersuara, tak berupa dan ntah mana dtgnya. Kami juga bimbang kalau2 dia terus membiarkan mahluk ni mendekatinya sbb dia dah tak takut lagi, lama2 benda yang buruk akan terjadi.
Ada juga kami tanyakan kepada orang2 yang boleh menilik. Ada satu tu kata ada 2 perkara, pertama mahluk tu adalah iblis sbb hanya iblis atau jin kafir sahaja berjln tidak jejak kaki ke bumi dan keduanya, tuju ayah, 9 lapis bersama puntianak dan langsuir. Kami tak paham apa maksud yang kedua tu.. tp disebabkan org yang menolong tuk bertanya tu tak tanya lebih lanjut, maka benda tu jadi senyap gitu aje. Kata penilik tu lagi, kalau perkara pertama, iblis tu nak mendampinginya. Kalau perkara kedua, nak buatkan anak buah saya jadi bodoh. Anak buah saya mmg pandai orangnya, selalu mendapat markah yang tertinggi dan antara 5 orang pelajar terbaik sekolah tersebut.
Bkn kami tak nak usaha cari pakar perubatan alternatif yang berteraskan alquran dan sunnah, tp sbb dia masih belajar dan bakal menduduki peperiksaan akhir tahun lps raya haji ni, menyebabkan kami terpaksa mencari atau bertanya dari jauh dulu, yakni, tanpa bawa anak buah saya itu berjumpa dgn pakar perubatan alternative.
Jadi, kalau ada sesiapa yang pernah mengalaminya atau pernah mendengar seakan2 cerita sebegini, mintak beri pendapat atau pengalaman yang boleh kami jadikan panduan. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ya, lupa nak cerita. Pernah sekali rakan dia kata nak tengok mahkluk tu, jadi anak buah saya pernah kejutkan membernya tu masa mahluk tu muncul. Apa lagi, terkencing bdk tu atas katilnya sampai kena tukar tilam keesokkan arinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa boleh tolong ni... kesian anak buah saya tu. Maksud saya, siapa boleh bg panduan apa benda hitam tu? Apa tujuan mahluk tu tetiba datang? Tak takut ngan bacaan yassin... mintak panduan bgmana nak menangani masalah ini. Kami akan usahakan yang selebihnya... takat ini kami mmg clueless |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pasti keluarga kami tidak ada sejarah pendamping2 atau saka ni... tu takat yang saya tahu la.. tp even org tua dlm keluarga kami pun agak hairan dan tak tau mana puncanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya ni...
Anak buah TT ada tak masuk belajar memana persilatan atau mendekati ilmu yang semacam ini ...
ya...lah ...kan ... tinggal di asrama ,... kekadang tu masa outing mungkin saja dia menghampiri perkara begini ...
Jika ini ada berlaku .... jeng ... jeng ... jeng .... |
|
|
|
|
|
|
|
macam pendamping tapi dari mana datangnya pulak?? |
|
|
|
|
|
|
|
TT, sila rujuk dgn pakar perubatan Islam. Jgn percaya segala dukun, pawang, bomoh dan seangkatan dgnnya. Satu lagi, jika benar jin pendamping tu tak lari drp bacaan Quran, ada kemungkinan besar ia jin Islam. Walau apapun, ini perkara serius. Sekrg dah nak masuk musim cuti sekolah, ikhtiarkan supaya dia dibawa berubat dengan pengamal perubatan Islam |
|
|
|
|
|
|
|
PakarSantau posted on 15-10-2012 12:40 PM ![](static/image/common/back.gif)
Saya pakar dalam hal2 dunia ghaib dan mampu menghalau jin2 melalui kaedah2 yg saya pelajari selama l ...
"Dengan mata ketiga, anda boleh melihat segala makhluk2 yg tidak terjangkau dek akal fikiran anda, dan anda mampu berkomunikasi dengan mereka untuk mendapatkan bantuan. Tetapi syarat2 yg telah saya berikan haruslah dipatuhi."
....
|
|
|
|
|
|
|
|
wak tom...lama tunggu nih..ekkekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
kakint posted on 15-10-2012 04:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
siapa boleh tolong ni... kesian anak buah saya tu. Maksud saya, siapa boleh bg panduan apa benda hi ...
di atas tu org reply kan dah ada nk tolong TT...hubungi dia..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|