View: 10080|Reply: 99
|
Diganggu Suara Aneh...
[Copy link]
|
|
tt nak share cerita boleh? nak kata seram tak jugak. tapi membuatkan saya terfikir-fikir jugak la.
sekarang ni sy masih study kat ipta. so, pendek kata sekarang saya menaip di dalam bilik di hostel. sy pernah mengalami benda pelik ni 3kali dah.termasuk hari ni. setiap kali nak pergi kelas, saya akan lalu hostel. hostel pompuan. sebab itu jalan shortcut nak ke fakulti. kes pertama time lepas asar. dalam 4setengah ptg macam tu jugak la. masa tu baru bangun tido, terkejut la takut xsedar sebab kelas jam 5ptg. then rushing la pegi kelas. dan amik shortcut lalu hostel tu.
masa jalan melalui court badminton tu, tiba-tiba terdengar la bunyik pompuan mengilai. tapi tak ambik kesah sangat. lagipun time tu ramai jugak orang. kuat jugakla hilaian nya. satu kolej boleh dengar. tapi tgk budak2 lain macam tak amik port je dengar bunyik tu, so saya pun tak kesah jugak la. sampai la satu saat, ada satu suara lelaki yang sangat garau dari atas bangunan hostel tu (dari arah sama bunyi hilaian), suara tu jerit kat saya. dia cakap "hoi tudung hijau!beg merah!".
pastu sy terus tgk tudung wane hijau, beg sandang pun merah. dah telan air liur dah.masa tu memang terus meremang la dari kaki sampai kepala. tak berani toleh, terus cepat2 jalan. tapi sampai sekarang tak tau, adakah itu khayalan or betol2. sebab pelik kenapa ada bunyi hilaian pompuan tapi org tak peduli tiba2 ada sorang lelaki kasar giler bunyiknya. padahal itu hostel pompuan. dan adakah hantu nak mengilai siang2. hishhh. pelik2.
kali ke-2, ini 2 hari lepas, masa balik dari kelas, lalu jalan yang sama jugak, student lain pun ada jugak baru lik dari kelas, tapi cuma saya boleh terdengar suara pompuan menangis, sayu sangat dari atas bangunan tu jugak. time ni bukan malam. tengahari buta kot. suara menangis tu kuat sangat, kalau boleh sume orang bole dengar la. tapi tengok orang lain macam tak amik peduli je, so sy pun buat donno jugak la. walaupun suara tangisan itu sangat semacam bunyinya.
kes ke-3 hari ni. tengahari tadi jugak. lalu jalan sama jugak. tempat sama jugak. situasi pun sama, ramai orang lain kat area situ yang boleh dengar dan lihat kalau ada something rare happen. tapi kali ni, bukan hilaian, bukan jugak pompuan menangis. kali ni bunyi seorang pompuan mengerang kesakitan. bunyinya macam sakit sangat. dalam sakit tu dapat jugak la dengar dia menangis tahan sakit. time tu jenguk2 jugak tengok kat atas hostel tu, tapi tak de jugak nmpak pape.
so, samada aku terlebih khayal atau itu memang sora2 student pompuan kat situ atau sebaliknya. aku no idea. aku cuma pelik, kenapa semua tu, hanya aku sorang yang dengar padahal, suara2 tu orang lain boleh dengar dan semua situasi tu boleh menyebabkan orang lain busybody nak amik tau kalau ada sapa2 kena histeria, menangis or sakit. tapi semua macam normal. ke aku yang gila? hohoho. parah aku ni.![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
upsss.. sori tt terpanjang pulak. tapi ni nak sambung sikit.
tengah syok2 baca thread2 dalam nih, tiba-tiba sy terdengar bunyi suara pompuan menyanyi kat depan pintu bilik sy. (aku sorang je dalam bilik ni..) nak kata orang bilik sebelah, tak. orang bilik atas, tak. sebab sy siap 'panjang'kan telinga lagi pergi setiap sudut carik bunyi pompuan bernyanyi tu. tapi tak de jugak. sy dah rasa seram semacam. haishh.
then, sy pandang je pintu bilik. sayup2 lagi suara seorang pompuan nyanyi. dalam hati cakap, "sapa pulak budak sengal yang singgah berhenti depan pintu bilik aku siap nyanyi2 ni. kalau nak masuk ketuk aje lah.." tapi tak jugak benti nyanyian nya. dah la bunyi mcm lagu lama, tak femes, tak best pulak tu. tak tahan, terus bukak pintu. tapi tak de sapa pun kat luar. suara nyanyian tu pun terus berhenti serta merta. tapi bila tutup lagi pintu rasa macam ada orang pulang teman aku dalam bilik ni. time taip ni pun, rasa macam ada org tengok apa aku taip.
oh my god. takkan aku berhalusinasi/berkhayal lagi kot. perasaan je sume ni kot. tapi sy tetap jugak nak bgtaw kat sini. hehe.
apa sy alami ini sy memang rasa pelik. tapi tak tau la korang rasa pelik ke tak. tp sy rasa pelik
tq tt ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 7-11-2012 03:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
upsss.. sori tt terpanjang pulak. tapi ni nak sambung sikit.
tengah syok2 baca thread2 dalam nih ...
dari yang aku paham.. kalau dah bukak pintu makna memang kau jemput dia masuk.. walau hakikat kau bukak hanya sebab nak tgk ada sape je kat luar.. tapi bagi dia.. kau dah jemput masuk.. tu yang dia teman kau menaip tu..
aku rasa kau tak berhalusinasi.. mungkin kau di benarkan Allah untuk merasai mendengari sesuatu. cuma harap kau rajin zikir..jaga solat.. jaga adab2 mamnu'.. jangan terlalu nak huha huha sangat.. aku rasa.. ada yang berkenan nak kasi tunjuk diri dia kat kau kot.. harap kau bertabah dan kuatkan semangat k... kalau adalagi kau cakap je.. " aku menumpang kat dunia dengan izin Allah.. kau pun sama.. biar aku dengan diri aku serta anak adam lain.. kau pergi kedunia kau.. jangan kacau aku dan yang lain2"
*aku tak tahu apa aku taip ni.. tapi ini yang terbit dari hati..kalau salah maaf..*
Last edited by hest on 8-11-2012 11:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 8-11-2012 11:00 AM ![](static/image/common/back.gif)
dari yang aku paham.. kalau dah bukak pintu makna memang kau jemput dia masuk.. walau hakikat kau ...
haha. ape pun, terima kasih sebab faham cite aku. sebab aku tak pandai sangat nak mengarang ni.![](static/image/smiley/default/shy.gif)
sebenarnya bile aku bukak je pintu, aku pun ckp dalam hati, bodoh jugak aku bukak pintu, itu memang sengaja bagi dia masuk la kan. hahaha. sebab bila dah tutup memang dapat rasa kehadiran makhluk lain. entah-entah sekarang pun ada jugak makhluk lain dok menjenguk monitor aku sorak2 aku sebut2 nama dorang. bongok je korangggg, setan!! ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
dulu aku selalu la jugak alami benda pelik2 ni. tahap takut aku tak payah cite. nak solat pun kalau boleh kena berteman. takut punya pasal. tp dah lama2 aku macam nak cabar jugak ketakutan tu. aku cabar diri aku tak nak kalah ngn setan2 jan jin jun tu sumer. alhamdulillah sekarang solat pun tak tunggang langgang macam tu walaupun malas selalu datang. pendek kata, diri sendiri dah sedar jugak la, pasal buat ape nak takut kat dorang tu, takde pekdah. baik aku takut ngn allah.
btw, td aku lalu jugak jalan sama balik dr kelas, tp takde pulak dorang duk mengilai duk menangis. aku siap cakap dalam hati "aik, tak de pulak ko buat bunyik ari ni ek?" hahahaha. aku kalau jumpa and ada ilmu zassst mengezasssst macam HK memang aku nak bunuh jugak dorang2 sume tu. buat semak je. terlebey sudah.. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
pepun, aku harap aku sekadar berimaginasi dan berkhayal je. dulu ye,aku takut. sekarang aku dah rasa naik menyampah meluat pulak ngn dorang tu. tak bongkak. just tiba2 baru aku nampak betapa keciknya dorang berbanding ketakutan aku pada allah.
wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 8-11-2012 12:09 PM ![](static/image/common/back.gif)
haha. ape pun, terima kasih sebab faham cite aku. sebab aku tak pandai sangat nak mengarang ni.
...
hehehe.. biasalah tu.. bila dah kerap kena.. mula rasa sakit hati dan geram.. tu kita cabar diri tu.. kalo gitu alhamdulillah le.. jangan lak ko gatak2 mulut minta dia ada lagik.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 8-11-2012 12:22 PM ![](static/image/common/back.gif)
sekarang memang aku tak nak la. tp nanti kalau aku dah terer akan ku pasung sekor persekor dorang. ...
ekekeke.. maybe memang kau ada tergapai kot.. dalam separa sedar.. mana tahu kan... kadang2 kita rasa kita tak buat.. tapi rupanya benda tu kita buat.. huhuhu.. aku selalu pasal lampu.. kadang2 rasa tak pun bukak lampu.. ni asal lak terjaga lampu terbukak ni.. hehehhee
aku anggap aku ada bangun tekansuiz je la.. apa nak pikir lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 8-11-2012 12:25 PM ![](static/image/common/back.gif)
ekekeke.. maybe memang kau ada tergapai kot.. dalam separa sedar.. mana tahu kan... kadang2 kita r ...
tau tak pe.. aku rasa aku teron9 guna tab tu masa aku tido. tp xsedar la. lagipun, sebelum ni ada jugak aku berjalan dalam tidor. muahaha. sengal je. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
ko x byk bergaul ngan bebudak ke? mgkn sbb ko keseorg tu yg dtg teman baru kot. manatau dia mcm nora gediq cam thead satu lg ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
okey ni ada satu lagi kisah suara yang tidak diketahui puncanya.
kisah ni berlaku masa aku umur 16 tahun kalau tak silap. masa kat sekolah menengah. and aku time tu duduk asrama la sebab sekolah tu sekolah menengah agama. asrama kiteorang, built ikut dorm. 1 dorm ada dalam 20 orang. katil pun double decker. and setiap dua katil dirapatkan. so, nak tidur tu, kiranya ada orang kat sebelah la.
asrama aku ni tepi hutan. dan untuk pengetahuan semua, sekolah kiteorang ni adalah satu-satunya sekolah menengah agama di kawasan pedalaman di malaysia ni. seperti rule kat sekolah asrama yang lain, jam 11 malam semua lampu dah tutup dan tak de sape yang dibenarkan keluar dari bilik dah. so, seperti biasa sebelum tidor, borak2 gosip2 ngumpat2 dulu. tengah malam, tertidor la kiteorang sumer.
sedang lena tidor tu, tiba-tiba jam 2 pagi, aku terbangun dari tidor. ok, part ni, aku dalam keadaan sedar dan separuh sedar. macam mane nak cakap ea? bukan mamai, bukan bermimpi dan bukan jugak tidor. tapi aku tak bangun dari katil. baring je macam biasa. tapi mata aku terbukak. cuma situasi yang aku alami sedikit berbeza dan sangat aneh.
bila aku tersedar, aku rasa macam sesak nafas. berpeluh-peluh. tapi aku tak bangun pun. cuma kepala aku je tertoleh-toleh tengok kawan2 lain kot2 ada yang masih berjaga. tapi takde. sume tengah syok tidor. dalam keadaan aku terpinga-pinga tu, sebenarnya aku dengar suara seorang lelaki yang sangat garau. dan sangat menakutkan. sampai sekarang aku masih ingat betapa gerunnya aku dengar suara tu.
yang pelik dan anehnya, suara garau tu kedengaran dalam satu bilik yang besar tu. tapi aku tak nampak pun tuan empunya suara tu.. macam suara tu datang dari atas langit. maksud aku, bergema dalam satu bilik tu. kuat. macam orang guna microphone je. selain suara garau tu, kedengaran jugak suara-suara lain. ramai dan sangat bising. keadaannya macam kat pasar ikan, tapi situasinya lebih mencemaskan.
ape yang suara garau tu cakap lebih kurang macam ni "aku takkan maafkan korang, dan aku takkan lepaskan korang semua. selagi korang tak bagi apa yang aku nak, selagi tu aku takkan lepaskan korang semua." (KUAT, DAN BERGEMA)
masa tu memang aku cemas giler tapi jasad aku tak dapat buat ape2. sekadar baring dan tertoleh-toleh. dan aku masih ingat, dalam aku terbaring kaku macam tu, sambil mata terkebil2, aku sempat capai air mineral yang aku letak kat tepi katil dan minum. sebab aku rasa tekak aku haus dan perit sangat. ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
suara-suara lain yang bising dan ramai yang aku dengar tu pulak sebenarnya adalah suara-suara roomate2 aku yang lain. malah aku dapat dengar suara aku sendiri. tapi aku tak bukak mulut pun. dan mata aku sendiri saksi melihat kawan2 aku yang lain tengah terbongkang tidor tak sedar dunia. malah, aku sempat toleh pada kawan aku yang tidor kat katil sebelah, dia siap leleh2 lagi air liur.
tapi sebenarnya apa yang telinga aku dengar, kiteorang tengah bising2 takut dan berbincang macammane nak terlepas dari genggaman suara garai yang mengancam kiteorang tadi. aku siap dengar kawan aku nangis2 lagi sebab takut. masa aku toleh kat kawan sebelah ( yang keluar air liur ) tu pun, sebenarnya kiteorang tengah bercakap dengan satu sama lain. aku dengar suara dia bercakap. tapi masalahnya mata aku nampak mata dia pejam je. tak bukak2 pun. apelagi nak bercakap ngn aku.
lama jugak aku berkeadaan sebegitu. sebab aku sempat lihat jam kat tangan. paling last aku tgk jam pukul 4pagi. nak dekat 3jam jugak aku terkebil2 macam tu. apa yang aku rasa, aku seperti terperangkap antara dua alam. mata aku mampu melihat realiti. tapi telinga dan pemikiran aku sepenuhnya dalam alam lain. aku tak dapat kontrol. aku sekadar mampu dengar tapi aku tau, semua tu bercanggah dengan keadaan sebenar.
last2 aku tak sedar bile aku tertidor. esok pagi, aku tak ingat ape2. bila petang baru aku teringat keseluruhannya. lepas tu aku rasa musykil sangat. so, aku pegi jumpa ustaz, tanya apa yang berlaku pada diri aku masa tu sebenarnya, tapi dia tak komen apa2. dia senyum je. aku tak faham kenapa, dan sampai sekarang aku tak faham apa yang berlaku malam tu. tapi setau aku, selepas tu takde pulak benda pelik2 happen. or aku tak amik kisah sangat benda kat sekeliling. (asrama kan, normal la ada cite antu, cite histeria, dll)..
tapi ini antara pengalaman yang aku takkan lupa. sebab aku rasa penat sangat bile bangun. aku ingat keseluruhan kejadian tu. tapi aku tak faham satu ape pun yang berlaku. even satu petanda pun aku tak tau. aku cuma assume, mungkin aku kena tindih (tapi boleh minum air ) atau aku berhalusinasi. (tapi aku tetap rasa semua tu happen. bukan jugak mimpi. betullll.. )
terima kasih.
jadi, apa pendapat korang? ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 8-11-2012 10:48 PM ![](static/image/common/back.gif)
okey ni ada satu lagi kisah suara yang tidak diketahui puncanya.
kisah ni berlaku masa aku umur 1 ...
Kenapa ustaz tu tak nak beritahu ya..?![](static/image/smiley/onion/question.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
AlienGurlz posted on 9-11-2012 12:40 AM ![](static/image/common/back.gif)
Kenapa ustaz tu tak nak beritahu ya..?
entah lah. aku pun tak pasti. sama ada dia tak tau ape-ape, so bagi no komen je la. or dia memang tau something tapi tak nak bagitau aku. sampai la abis sekolah, dia tak pernah bagitau aku ape-ape. lagipun time aku umor 16 tahun memang jahil jugak benda-benda macam ni. malas nak ambik tau. hihi. ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
tapi kan, ustaz tu yang suruh amalkan satu ayat ni. katanya kalau amalkan ayat tu, insyaallah boleh bermimpi berjumpa rasulullah. dan aku amal tak lama, tapi aku pernah lah bermimpi. kisah ni aku ada citer kat dalam thread satu lagi. thread 'pernahkah anda mengalami perasaan ini.' kalau tak silap la. tapi wallahualam. macam mustahil untuk orang jahil dan penuh ngan dosa seperti aku ni. tapi itulah yang pernah berlaku kepada aku masa aku sekolah dulu. jadi sape tak percaya, tak perlu percaya. tapi aku tau aku pernah bermimpi baginda.....
wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
ummukender posted on 9-11-2012 03:00 PM ![](static/image/common/back.gif)
Simtom2 schizo neh...
penyakit berhalusinasi ea?
|
|
|
|
|
|
|
|
TT ko patot banyakkan pergaulan selepas kelas... |
|
|
|
|
|
|
|
dHoney posted on 9-11-2012 02:20 PM ![](static/image/common/back.gif)
Nak tumpang cerita..
Time tu kat den duk kat kolej kediaman ipta..1 bilik 2orang..room mate lak ...
dhoney kena tindih tu. roomate tak perasan ke masa men tepis-tepis angin tu? ke dia khusyuk sangat study? ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|