Tidak best lagu nie... Dari buat mtv letak orang dok berjuntai- juntai apa tah... Berpusing mcm kembar siam baik buat slot drama dalam mtv nie contoh seorang perempuan nie dok sedih hati dalam kacau bilau menunggu kekasihnya dalam hujan ribut kilat berdentum nak lagi cantik... Buat shot rumah terbakar... Last sekali kekasih nya datang... Padahal itu hanya roh lelaki itu... Kan sedih....
kecewa tgok video ni...igt gempak la sgt......knp pnghasilan video clip ct sejak akhir2 ni mcm tak ada kualiti??spatutnya smakin matang cm video percayalah,bukan cinta biasa,seindah biasa,nirmala???lagu plak jd pendek??lorh
Kecewa. Siti ni suka sangat buat MV duduk2, jalan2 camtu je. Bosanlah. Pastu x de jalan cerita. Please CT, kami nak sesuatu yg baru. #UBAH!!
Serius mmg tak suka dengan mv ni. Xubauat mv macam ku milikmu or y macam tm dulu... macam ni macam tutorial kes IT multimedia kat uia jer...
IS THIS THE OFFICIAL YOUTUBE ACCOUNT FOR THE MTV PRODUCER? MY ADVICE AS A DIE HARD FAN OF SITI: Less is More.. x perlu penari2 yg duk berbelit2 tu.. juling mata tengok.. dan kenapa lagu ni jadi pendek? Over all, 3/5.. 3 for Siti alone.. thanks..
dah tengok pun mv ni..ermm pada asalnya nak tau jugak knp buat mv mcm ni..kalau utk stage performance bg sy dia sesuai mungkin mnambat hati penonton..tp kalau di fahamkan maksud galau itu sendiri adalah confusion
..mungkin pd acrobatic performance tu sendiri menampakkan jln ceritanya..dgn berlatar blkangkan bangunan atau dlm lirik dia menyatakan 'semerbak wangi ditaman hati'' yg ala2 bangunan atau architecture2 yg ada pada zaman rome terdahulu..sesuai dgn tema pink yg menggambarkan cinta itu sendiri
apa2 gud job buat dato'..walaupun hanya duration 3:24 saat..masih lg ok.cantik. tp kalau diberi kesempatan utk membuat mv yg lg best,,sy rasa berbaloi..sbb zaman sekarang ni dah x ramai yg nak beli cd,vcd..semua tgok youtube jer..kalau dato sendiri menari bersama deorang mungkin akan nampak best sikit.
komen ni plg aku suka..
konsep dah ade cuma x kena tempat. GALAU bermaksud kebisingan kekacauan tak tentu arah so diorang nak buat DCT kat tempat yg tenang tapi apa yg dilihat penari2 gerak pusing terbalik sini sana yg mewakili 'gangguan'. my opinion kalo buat dlm studio besar backdrop besar all black gelap cuma ade spotlight simple n classy dah cukup DCT n penari2 at least nmpk connected. ambil contoh konsep Pink buat show 'Glitter in the air' kat grammy 2010 something like that. #justsaying
Ct bab VC ni tak tau la ape pasal manjang fail terutama lepas kahwin ni..
dr satu VC ke satu VC ku berharap dia buat yg best tapi ttp tak best
muara hati je ok sikit tapi tu pun ada kureng jugak..
ape masalah sebenarnya? ongkosnya kah? penggambaran kah? pemilihan konsepkah? kreativitikah? pengarahkah? pembikin kah?
adakah CT dan teman2 di skeelilingnya merasakan hasilnya cukup baik, menarik dan best??
come on... i dont think so
VC dia mesti kebanyakannya beauty shot..
maksudnya feeling cantik. dok atas sofa berdiri kehulu kehilir depan kamera
masalahnya apa yang nak dipuji pun takde sgt.. baju pun tak cantik.. penampilan pun ada yg tak ngam.. latar belakang pun tak nampak yg menarik sgtnye.. persembahan apatah lagi.. lagu pun soso je.. pendek kata takde apa wow factor yg boleh org unforgettable
nanti org kata aku ni mengutuk dia pulak.. fine.. aku akan cuba bagi kritikan membina dengan checklist... agar CT and the gang tahu apa yg peminat suka dan tak suke.. tapi pelik dah kata byk kali tak suke pun itu jugak yang dibuatnya..
sebelum kahwin.. VC menarik CT yg bolehlah kata best walaupun simple2 je dan tak macam menelan terlalu byk belanja.. walaupun dikata kurang gah drp vc penyanyi2 lain.. tapi ttp suka ditengok
- azimat cinta - vc yang cantik, comel sgt CT, simple dok tepi sungai je tapi ada permainan visual bunga terbang cahaya2 la.. apalah.. tapi sgt tak jemu menengoknya.. VC yg menyegarkan mata
- kau kekasihku - VC simple je.. ada dok tepi air terjun.. ada dok dalam rumah.. ada meratap pilu tgh jalan.. ditambah lagu yg best
- beradu di khayalan - VC yg sangat simple.. kau setakat berlari2 tengah padang dengan baju putih mengerbang ala kayangan.. cukup best dah tgk
- purnama merindu - VC ala hitam putih dengan permainan pengcahayaan yang ok la
- balqis - VC macam hado sikit tapi best la jugak sebab tgk CT mimpi
- gelora asmara - kau pakai gaun pengantin lari2 macam kene kejar.. lagi syok tgk drp VC sekarang yg ntah apa2
- kau bagai permata/ seribu kemanisan - setakat ko jalan2 kat siam pun boleh buat VC.. tu pun masih best gak tgk
- milikmu teristimewa/ kudus sinarmu - lagu tak popular.. tp saya suka VC ni.. kat indonesia tak silap..
- bicara manis menghiris kalbu - satu2nya VC beauty shot yang menarik.. sebabnya takde la beauty shot semata2.. ada gak bingkai2.. tulis2tulisan lirik
- anugerah aidilfitri (lagu raya) - cantik, segar, walaupun sekadar dalam rumah
- air mata syawal (lagu raya) - simple tp sampai gak maksud.. itu yg pentingkan??
sebelum kahwin VC best ct yg nampak macam vass sikit, mcm byks ikit kuar duit, tapi berbaloi lah gak
- bukan cinta biasa - guna khidmat pengarah VC hebat dr indon.. beauty shot, tapi kat macam2 latar tempat
- percayalah - alam fantasi.. multimedia but still nampak blend
- seindah biasa - cantik, segar, ala2 kat taman/ hutan
- ku milikmu - tm net.. ada penceritaan.. cantik sgt CT kat atas buaian tu dan pakai rampbut afro
- debaran cinta - tm net.. ada penceritaan.. 3R dan nicholas saputra
- tetap di sini - VC bagi filem paloh.. comel siti berwatak gadis kampung
- nirmala - lagu tradisional yg macam all out sikit.. pakaian dan dressing mewah2 nampaknya.. ala2 gadis istana
- badarsila - saya suka! klasik moden!
- bisakah - penceritaan pasal najis dadah.. ct ala2 mentor dan bidadari gitu.. CT turut sama berlakon dalam VC itu. (btw tak pasti ni lepas kahwin ke sebelum)
VC ct yg tak best sebelum kahwin
- lagu rindu - tak suke la terlebih fantastik/ multimedia sgt macam tu.. nampak tak natural
- janji kasih - nasib muka CT comel sgtttt
- jalinan cinta - serabut
- dialah di hati - apa bende tu.. pergerakan yg macam seni bela diri tu.. but still ada juga keunikannya lah
selepas kahwin.. ada je yg tak kene
- melawan kesepian - takde kesinambungan dgn dua pelakon itu.. tak tau CT sebagai apa.. part CT masih byk beuty shot
- menanti pasti - beauty shot lagi.. dok bersiar2 dalam istana saje
- pada cintanya - rasa nak tarik je rambut CT.. berselendang buat la cara berselendang
- hati - okla.. part ct masih beauty shot.. cuma ada cerita sebab blend dgn filem hati malaya
- cinta ini - mengulangi kembali lagu rindu. terlalu tak natural
- ku percaya ada cinta - hadooo sgt.. kat laman2 rumah je
- tahajjud cinta - tak suke! baik takyah pakai selendang.. lagu ketuhanan tapi tak tahu langsung apa yang nak disampaikan
- bulan kedamaian (lagu raya) - tak rasa sausana nak raya dan faill
- falling in love - konsep dah bagus.. ada pembaharuan tapi pelaksanaannya poor.. shot2 yg kurang kreatif.. misalnya part yg best tak nampak kaki menari.. setakat shoot dr atas je
- astana jiwa - lagu tak sedap dan VC paling tak best.. beauty shot
- galau - sekali lagi tak faham.. tak best..dan again beauty shot.. sgt galau menengoknya
kesimpulannya
peminat suka yang at least ada unsur penceritaan, mengesankan dan yang paling penting DIFAHAMI
nak bermain multimedia boleh tapi janganlah nampak kelakar dan unnatural sgt2
nak beauty shot tu boleh.. tapi biarlah ada unsur kereativiti sikit.. ada bingkai2 ke.. ada tulsi2 ke.. ada byk latar belakang ke.. kat at least lebih dua tempat ke.. ini idak duduklah atas sofa tu, berjalan keliling sofa atau kerusi sampai ke sudah.. Last edited by eddysheddy on 17-5-2013 01:00 PM
dauswq posted on 17-5-2013 02:39 PM
janji kasih tu menarik jugaklah....ngan kanak2 bagai keliling tok ti
janji kasih tu serius sebab CT comel sgt2 je..
latarnya kosong je, atau cotrak2 hitam putih tu je
sangat pelik ada budak2 jugak la..
kalau membayangkan budak2 tu sebagai anak2nye mungkinlah difahami
mungkin seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami
lagu tu pun flop kat juara lagu
org tak berminat nak tgk
berbaloi la dengan lagu yang tak seberapa ni. Mohon jangan masukkan lagu ni dalam album terbaru. Sape pengarah vc ni ye? Sendu sangat.
So far, vc yang iols paling suka ialah Seindah Biasa, Ku Milikmu, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Jerat Percintaan, Badarsila, Falling In Love, yang ada rosyam nor bawak kereta ABP tu, dan ade la beberapa lagi. Tapi penghasilan VC terbaik jatuh kepada Ku Milikmu sebab cantik, menarik dan berkualiti. TM Net sangat kreatif. VC Lagu Rindu adalah yang paling choy, sengkek sangat astro. Kedua choy adalah Cinta Ini.