View: 5809|Reply: 28
|
Linda Onn ingat pesan arwah bapa
[Copy link]
|
|
DI SAAT usia sudah mencecah 35 tahun, penyampai radio jelita ini bukannya tidak pernah memikirkan soal berumah tangga dan memiliki keluarga bahagia seperti rakan-rakan seangkatannya, namun bagi pemilik nama Rozlinda Onn atau lebih popular dengan gelaran Linda Onn, masih belum tiba jodoh yang terbaik untuknya.
Menyerahkan urusan itu kepada Ilahi, penyampai radio Suria FM ini, tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu.
Mengakui semakin selesa dengan kehidupan dan karier yang diceburinya kini, bagi Linda dia sudah kalis dengan persoalan seperti itu. "Saya selalu ditanya bila lagi nak kahwin? Sebagai hamba-Nya kita hanya merancang selebihnya ALLAH SWT menentukan. Jika ada jodoh saya tidak menolaknya.
-
"Ada juga yang menganggap saya serik untuk bercinta. Ia sememangnya tidak benar, namun pengalaman sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan," kata Linda yang pernah menjalinkan hubungan cinta bersama aktor kacak, Fahrin Ahmad.
Jika diukur dari segi karier, populariti mahupun aset yang dimilikinya, tidak mustahil ramai jejaka di luar sana ingin mendampinginya. Akui sering berdepan dengan situasi itu, artis kelahiran Singapura ini bagaimanapun tidak menafikan ada juga jejaka yang 'takut' untuk mendampingi wanita sepertinya.
Bagi Linda, tiada istilah memilih pasangan, jauh sekali meletakkan kriteria-kriteria tertentu yang menjadi halangan untuknya mendampingi mana-mana jejaka.
"Saya bukannya terlalu memilih. Kali ini, saya pegang pesan arwah ayah, 'carilah calon yang pandai menghormati orang lain'.
"Namun dalam hubungan, saya impikan suami yang memahami dan boleh dijadikan sebagai kawan serta kekasih dalam masa sama," katanya.
Kembali berlakon
Rindu dengan dunia lakonan, Linda akhirnya mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang itu. Menurut Linda, sudah empat tahun dia tidak berlakon. Bukannya tidak pernah menerima tawaran, sebaliknya dia ingin fokus dalam bidang perniagaannya.
"Kali terakhir saya berlakon dalam menerusi filem Biar Betul. Saya tidak pernah melupakan dunia lakonan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri dari jauh.
"Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, baru-baru ini saya diberi tawaran untuk berlakon. Walaupun agak lama tidak berlakon tapi saya yakin dapat lakukan yang terbaik," katanya yang pernah membintangi filem Gila Bola dan Cicak Man.
Turut aktif sebagai pengacara dan baru selesai menjalani penggambaran program 'Belaian Jiwa' (TV3) yang memfokuskan dunia kecantikan, Linda juga semakin rancak menerokai bidang perniagaan.
Selain memiliki dua restoran, My Mom Chicken Rice”, Myasampedas Shop” serta kedai jamu, Mykaki Jamu Shop , Linda juga bakal membuka sebuah homestay.
Terletak di pusat peranginan terkenal Port Dickson, Linda berkata, homestay tersebut masih dalam pembinaan dan hiasan.
"Saya percaya homestay yang bersuasana perkampungan ini akan memberi tarikan tersendiri kepada pelancong.
"Insya-ALLAH ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan dan saya berharap Allah akan mempermudah segala urusan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
calon sebelum ni tak pandai hormat orang lain kew?? |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya bukannya terlalu memilih, tp sbnarnya takde org nak"
|
|
|
|
|
|
|
|
kurus sangat linda ni..nampak tua lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka takut mendampingi? |
|
|
|
|
|
|
|
hrp linda jgn le rambut perang2 |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat bertemu jodohnye...;) |
|
|
|
|
|
|
|
memilih gak dia ni sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 11-9-2013 10:27 AM
calon sebelum ni tak pandai hormat orang lain kew??
mcm sesuatu sgt statement sheol...ekeke...
|
|
|
|
|
|
|
|
nurfariezza posted on 11-9-2013 12:33 PM
mcm sesuatu sgt statement sheol...ekeke...
tu la pasal
sesuatu sangat kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
linda kaler rambut anda itu sgtla x sesuwei dgn muka anda
|
|
|
|
|
|
|
|
umur dia 36 kan sbb lahgir tahun 77....
homestay sepatutnya rumah yg dihuni orang atau berdekatan dgn rumah tuanrumah...bukannya buat rumah baru yg kosong...itu dah jadi mcm resort |
|
|
|
|
|
|
|
terllalu memilih sampapi jadi kertu ke nih |
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 11-9-2013 12:37 PM
tu la pasal
sesuatu sangat kannn
mcm nk kata fahrin 2 xhormat je...
ekeke...kte kte yg over speku ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dgr gosip masa dia bercinta dgn FA, FA tu dah jadi mcm driver cum PA cum kuli etc. Ala ala cam QC pun ada. Mgkn penangan seorg wanita yg sukses
Baru umur 36 ek, dia nampak lebih matured. Harap2 cepat temu jodoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|