CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6289|Reply: 30

[Tempatan] {4} Bila selimut diselak, lidah amah terjelir! pic

[Copy link]
Post time 8-4-2014 05:48 AM | Show all posts |Read mode
8 April 2014

IPOH - Seorang pekerja kilang tergamam apabila amah yang digaji untuk menjaga ibu kandung dan ibu mertuanya ditemui mati dijerut tuala di ruang tamu rumahnya di Taman Tasik Mewah, Kampung Tawas dekat sini semalam.


Dalam kejadian pukul 7.45 pagi, mayat wanita yang dikenali sebagai Sudarti, 32, ditemui oleh majikannya yang berusia 40 tahun dalam keadaan tertiarap di atas tilam dengan seluruh badan ditutup kain selimut.


Lelaki itu seperti kebiasaan pergi ke rumah tersebut untuk melawat ibu kandung dan ibu mertuanya yang masing-masing berusia 85 dan 72 tahun. Sudarti yang berasal dari Kudus, Jawa Tengah, Indonesia sudah bekerja dengan keluarga itu sejak dua tahun lalu.

kosmo

p/s Lelaki ini pasti disoalsiasat...



Last edited by tongkatwaran75 on 8-4-2014 06:00 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2014 05:57 AM | Show all posts
Ipoh: Seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah ditemui mati dipercayai dibunuh dengan dijerut leher menggunakan tuala dalam sebuah rumah di Taman Tasek Mewah, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Sudarti, 32, berasal dari Jawa Tengah, Indonesia, bekerja sebagai pembantu rumah dan menjaga dua wanita warga emas sejak lebih 18 bulan lalu di rumah terbabit ditemui majikannya jam 7.45 pagi ketika lelaki berkenaan datang untuk melawat ibu dan ibu mentua yang dijaga mangsa.


Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal polis mendapati, pintu belakang rumah berkenaan terbuka dan mangsa ditemui majikannya dalam keadaan meniarap diatas tilam di ruang tamu rumah dengan ditutup menggunakan kain selimut.

“Majikan mangsa yang berusia 40 tahun datang ke rumah berkenaan untuk melawat ibu dan ibu mentua, namun sebaik tiba di rumah lelaki terbabit berasa hairan kerana pembantu rumah yang diupah untuk menjaga dua orang tuannya tidak menyidai kain di luar rumah seperti biasa.


“Lelaki berkenaan mengetuk pintu yang berkunci dan memanggil mangsa, namun tiada jawapan sebelum membuka pintu dan melihat mangsa seperti sedang tidur di ruang tamu serta berselimut. Majikan mangsa terperanjat sebaik menarik kain selimut apabila mendapati mangsa dalam keadaan terjelir lidah dengan kain tuala terjerut di leher serta terdapat kesan darah,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Menurutnya, pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tiada kesan pergelutan berlaku dan juga tiada barang berharga di dalam rumah terbabit dilaporkan hilang, namun pintu belakang rumah terbuka tanpa kesan dipecah masuk.


Katanya, kedua-dua warga emas yang berusia 72 tahun dan 80-an serta tidak boleh berjalan yang berada dalam dua bilik berasingan di rumah terbabit, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, selain tidak menyedari apa yang berlaku terhadap pembantu rumah terbabit.

“Siasatan awal polis, mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui dan kali terakhir mangsa dilihat pada jam 10.45 malam sebelum kejadian oleh majikannya yang menjenguk orang tuanya.


“Polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian bagi mengenal pasti motif kejadian atau suspek yang mungkin terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar berusia 18 tahun yang juga jiran mangsa, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pada jam 3 pagi dia terdengar jeritan wanita sebanyak dua kali, namun menyangkakan ibunya yang menjerit.


“Ketika itu, saya sedang mengulang kaji pelajaran dan terdengar jeritan wanita yang agak kuat sebanyak dua kali dan saya menyangkakan ibu yang menjerit.


“Sebaik saya pergi ke bilik ibu untuk melihat apa yang berlaku, saya hairan kerana ibu tidur dan tanpa mengesyaki perkara buruk berlaku saya terus tidur, sebelum menyedari ada kes pembunuhan di rumah jiran jam 9 pagi selepas melihat kehadiran ramai polis,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 05:59 AM | Show all posts

PASUKAN polis menyiasat kematian amah Indonesia yang ditemui mati dijerut di Taman Tasik Mewah, Kampung Tawas, Ipoh semalam.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 06:04 AM | Show all posts
masaaak majikan tuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 06:34 AM | Show all posts
Rajin tul anak jiran sebelah..
study sampai kul 3 pg yer dik?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 06:54 AM | Show all posts
aderaderker posted on 8-4-2014 06:34 AM
Rajin tul anak jiran sebelah..
study sampai kul 3 pg yer dik?

aman damai konsep nya kalo belajar antara kol 2-5 pagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2014 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti dibunuh org yg amah tu kenal
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 amah tu dibunuh boipren dia tak..harap2 majikan tu x bsalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 07:13 AM | Show all posts
gambar amah berselimut tadok ker?
tadi i baca paper...

selimut petak2

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:13 AM | Show all posts
takkanlaaa dia x check kalo tgk xde pape kat ibu dia, sure ada sebab org menjerit laaa... ke jenis x amik peduli? ishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:31 AM | Show all posts
aderaderker posted on 8-4-2014 06:34 AM
Rajin tul anak jiran sebelah..
study sampai kul 3 pg yer dik?

Normal lah tu....

I dulu2 zaman student pun selalu study lewat mlm. Syokkk jer....sunyi sepi senang masuk dlm kepala apa yg dibaca.

Anyway, dahsyat sgt tajuk thread TT Last edited by intriQue on 8-4-2014 07:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 07:49 AM | Show all posts
puas la majikan tu kena soal siasat..
ke maid tu ank BF ..malam2 kasi pakwe dtg umah ..
bersangka baik la yer..org da ninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:23 AM | Show all posts
mcm biasa, tajuk xmenahan dr tongkat mcm comel
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:26 AM | Show all posts
Ngeri nye.....
Selak2 nampak mayat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:26 AM | Show all posts
Ngeri nye.....
Selak2 nampak mayat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:38 AM | Show all posts
tajuk tak menahan okehh

ai saspek teman lelaki/kawan mangsa atau majikan dia sendiri... mak dan ibu mertua takleh berjalan, duduk jah dlm bilik... so penjenayah amek kesempatan.

#CSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 09:46 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 8-4-2014 07:13 AM
takkanlaaa dia x check kalo tgk xde pape kat ibu dia, sure ada sebab org menjerit laaa... ke jenis x ...

Menjerit sedap jam 3 pagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:53 AM | Show all posts
perghhh.. terkejut aku tengok gambar mayat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:53 AM | Show all posts
Loxlaxman posted on 8-4-2014 09:46 AM
Menjerit sedap jam 3 pagi ...

takde sedapnye kol 3 pagi... baik tido... nak sedap setakat kol 12 - 1 pagi je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:55 AM | Show all posts
aurora273 posted on 8-4-2014 09:53 AM
takde sedapnye kol 3 pagi... baik tido... nak sedap setakat kol 12 - 1 pagi je..

Betul betul betul ..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.589039 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list