CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20419|Reply: 120

Album #Fragmen Siti Nurhaliza Laris !!

[Copy link]
Post time 12-7-2014 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Ina Mohd. Kredit foto Facebook Dato' Siti Nurhaliza Taruddin Official.



Kalau sudah namanya penyanyi nombor satu Malaysia, keluar sahaja album terbaru pasti mendapat perhatian. Siapa lagi kalau bukan Dato Siti Nurhaliza. Album terbaru berjudul “Fragmen” ini telah berada di pasaran sejak 30 Jun 2014. Dato Siti berkongsi gambar peminat-peminat setianya yang sudah membeli album tersebut di laman sosial Instagramnya.

Rata-rata peminat begitu teruja untuk mendapatkan album tersebut di kedai berhampiran. Walaupun di bulan puasa tetapi album ini habis macam pisang goreng ya. Masakan tidak, di Rock Corner KLCC, album “Fragmen” habis!

Album ini mempunyai sembilan buah lagu solo kesemuanya. Ada peminat yang mempertikaikan kenapa hanya sembilan, kenapa tidak lagu sekian-sekian dimasukkan. Ini jawapan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Production di Facebook Official milik Dato Siti.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua peminat yang sudah mendapatkan album Fragmen pada hari pertama di pasaran. Terima kasih juga kepada yang sedia menunggu. InshaAllah, album tersebut akan sampai juga ke tempat anda. Pihak Universal selaku penerbit sekaligus pengedar album ini sedang berusaha sebaiknya untuk memasarkan album ini ke seluruh Malaysia secepat mungkin. Pihak kami ingin memperjelaskan jika ada kemusykilan:"

1. Album yang hendak dipasarkan ke luar dari Malaysia haruslah menerusi pengedar di setiap negara itu, misalnya Universal Music di setiap negara. Harus melalui proses ini dan tentu mengambil sedikit masa.

2. Sewaktu memuatnaik teaser lagu Seluruh Cinta bersama Cakra-itu adalah promosi terbaru/projek terbaru sewaktu ke Indonesia dan tidak dinyatakan untuk dimasukkan ke dalam album Fragmen tetapi ada berbincang jika boleh dimasukkan. Perjanjiannya adalah untuk projek lain, bukan untuk album Fragmen. Ini anda harus fahami justeru itu baik pihak Dato' Siti atau pengurusan tidak memaklumkan lagu itu untuk album Fragmen. Salah faham itu boleh mencetuskan persepsi yang salah dan tidak seharusnya dijadikan perdebatan. Jika itu adalah pertanyaan, di sini kami sudah menjelaskan.

3. Kenapa 9 lagu? Ada beberapa sebab sebenarnya. Sewaktu sesi pemilihan lagu untuk album Fragmen secara berperingkat, ada juga di saat2 akhir, lagu yang telah dipilih sudah diberikan oleh komposer kepada orang lain, ada juga yang tidak jadi diambil atas alasan2 lain dan sebagainya. Ini menjadikan 9 buah lagu dan hal ini telah diperbincangkan dengan 3 pihak. Aubrey Suwito selaku penasihat album, SNP dan Universal. Bersetuju dengan kata2 Aubrey berbunyi `` 9 lagu ini sudah cukup, masing2 ada kekuatan tersendiri, hala tujunya jelas, arah muziknya bersatu, kita ada 9 lagu `killer'. tidak ada satu lagu pun sekadar `filler'. Kita tidak tahu jika masukkan lagi sebuah lagu dan jadi 10, apakah lagu ke 10 itu menepati atau sekadar mahu dimasukkan saja?

4. Kenapa Galau dan Muara Hati tak dimasukkan dan jadikan 10? Jawapannya sangat jelas. Galau dan Muara Hati bukan lagu dalam pembentukan album Fragmen. Galau adalah single memperkenalkan kerjasama di antara SNP dan Universal dan Muara Hati adalah lagu tema drama Adam & Hawa yang dipadukan Hafiz & DCT dalam satu single duet. Fragmen adalah album yang dibentuk sendiri di bawah perbincangan Aubrey dan DCT dan mendapat persetujuan Universal. Hala tuju muziknya harus sama, konsepnya harus selaras dan bukan sekadar memasukkan lagu2 yang pernah dirakamkan untuk dijadikan 10 lagu dalam 1 album. Berbeza dengan Lebih Indah kerana lagu itu adalah lagu pertama yang diciptakan untuk album baru ini.

Semoga semua pihak di luar sana jelas meskipun jika pihak lain, kami kira tidak melayan desas desus atau menjawab seperinci begini. Atas dasar tanggungjawab dan pihak kami tidak dihujani pertanyaan, kami menjawabnya.Terima kasih semua.”

Itu dia penjelasan panjang lebar dari pihak SNP. Walaupun album ini di keluarkan di bulan Ramadan, ternyata ia bukan suatu halangan untuk peminat mendapatkan album ini. All the best Dato Siti!


Last edited by punyukuku on 12-7-2014 08:25 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 09:28 AM | Show all posts
untung la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 09:45 AM | Show all posts
Aku just x berapa setuju cover album tu sbb Siti letak
DATO SITI NURHALIZA
Mcm kurang perlu je Dato tu dalam cover album
Sbb siti sebelum ni mcm x bape kisah sgt datoship die
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh sultan bg gelaran.klo xpkai nanti istana anggap xhormat gelaran..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx posted on 12-7-2014 09:45 AM
Aku just x berapa setuju cover album tu sbb Siti letak
DATO SITI NURHALIZA
Mcm kurang perlu je Da ...

Ape plak x kisah... sejak album Hadiah Drpd Hati lg dia carry title dato kt kulit album.


Berlainan dgn retis2 lain ada yg dot datukship tp kt product diorg still carry nama asal. Rosyam nor dlm filem balistik pun x ltak datuk kt poster
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols suke lagu Terbaik Bagimu,Jaga Dia Untukku,Sanubari & Membunuh Benci dalam album Fragmen ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2014 11:21 AM | Show all posts
nah layan... lagu faveret gue dalam album iniew..
haunting gitu.. ala2 lagu samihah..

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 12:54 PM | Show all posts
Dah berapa ribu unit terjual? Aku x beli lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 01:14 PM | Show all posts
Dengan ketandusan album2 best tahun neh,
rasanya album #Fragmen neh ada chance la nk menang best album AIM
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 02:30 PM | Show all posts
ada ambik lagu tok pah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada gak yg still nk beli album dia Last edited by CrowneGlory on 12-7-2014 02:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:36 PM | Show all posts
bole tahan gak lagunya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:37 PM | Show all posts
wow...terlajak laris
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:38 PM | Show all posts
beta_carotene posted on 12-7-2014 11:21 AM
nah layan... lagu faveret gue dalam album iniew..
haunting gitu.. ala2 lagu samihah..

motif samakan dengan samihah?

ot - iol masih x faham knape m.nasir x bagi lagu baru heols ni kat samihah, instead, dia bagi kat sheila abdul (klon samihah)....sedap kot lagu ni. kalau bawak live, samihah kacang je.


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully album Fragmen ni mengulangi kejayaan Transkripsi. Aku sampai skrg still ulang2 transkripsi x jemu2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:12 PM | Show all posts
peminat siti memang die hard laa.. itulah org cakap siti nurhaliza aje yg boleh jual album skrg. Sebab peminat dia support dia gila gila punya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 05:18 PM | Show all posts
so far dah berapa ribu unit ye? yes, album ni memang best!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dato bullsitti nurhalizot...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:41 PM | Show all posts
aku dah beli album fragmen. Best. Wpn bukan karatz. Tapi support suma artis2 msia yang kluarkan album yang berkualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:42 PM | Show all posts
Next single should be Kau Sangat Bererti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.980557 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list