View: 5773|Reply: 42
|
[Tempatan]
Remaja di belasah oleh polis sehingga patah tangan.
[Copy link]
|
|
Georgetown:
“Niat ikhlas ingin membantu, namun saya pula dipukul hingga patah tangan,” kata Muhammad Faiz Abdul Ghani, 20 yang mendakwa dipukul dengan kayu besbol oleh seorang anggota polis ketika cuba memberi pertolongan dalam kejadian di Jalan Balik Pulau, di sini Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Muhammad Faiz bersama seorang rakan menunggang motosikal dari Teluk Kumbar menghala ke Balik Pulau.
Menceritakan kembali kejadian itu Muhammad Faiz berkata, dia dan rakan kemudian terserempak dengan sebuah kereta Honda dinaiki seorang lelaki berhenti di tepi jalan dengan memasang lampu kecemasan dan mereka berniat untuk membantu dan menghampiri lelaki terbabit.
Menurutnya, sebaik menghampiri kereta terbabit, dia memberi salam kepada pemandunya dan cuba bertanya apa yang boleh dibantu, namun lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengeluarkan kayu besbol kerana menyangka dia penyamun.
Foto
MUHAMMAD Faiz menunjukkan tangan kirinya yang patah selepas mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika cuba membantu di Jalan Balik Pulau.
“Rakan yang takut dipukul terus memecut motosikal dan saya juga cuba melarikan diri, namun terjatuh di atas jalan sebelum lelaki berkenaan memukul saya tanpa sebarang belas kasihan.
“Saya tidak tahu apa dosa saya kerana niat sebenar memang mahu membantu, namun kini tangan kiri saya pula patah akibat dipukul,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
mental kah polis tu? boleh ye usung kayu besbol dlm kete? xyah pkai stereng lock dah la ye? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada rupa penyangak
mmg patut dibaseball kan |
|
|
|
|
|
|
|
dah pukul 11 malam.. abang polis pun takut |
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 30-7-2014 06:42 AM
mmg ada rupa penyangak
mmg patut dibaseball kan
Aq setuju..klo btul niat nk menolong npe plak rakan melarikan diri?..kt situ da x lojik! |
|
|
|
|
|
|
|
nak bagi meraih simpati ummah agama melayu... kunun cakap bagi salam laalahai |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai sgt penyangak skrg ni..x bleh beza dah dgn org nk menolong |
|
|
|
|
|
|
|
Salah identiti. Sian pula dia. Moga segera sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
saman dik jgn x saman.
polis pun manusia jgk. bkn maksum dan x lps dr kesalahan.
kalo dah wat salah ini la makan dia. c u in court! |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 30-7-2014 10:54 AM
Salah identiti. Sian pula dia. Moga segera sembuh
Anggap saja salah identiti kan? Hehehe...
Selamat hari raya |
|
|
|
|
|
|
|
kadang kadang niat nak membantu org terpaksa dibatalkan takut jadi kes salah faham mcm ini....
kadang kadang kita Nampak ditepi jalan tapi terpaksa jalan terussss...sorry... |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita sebelah pihak.
Abang polis xde citer ker kenapa dia tetiba mengsivaji? |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali xpayah la baik hati nak membantu..... |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman posted on 30-7-2014 01:01 PM
Anggap saja salah identiti kan? Hehehe...
Selamat hari raya
Mungkin polis tu ingat org yg ada niat tak baik. Rupanya nak menolong org dlm kesusahan. Sia pulak dgn remaja tu.
anyway selamat hari raya maaf dihulurkan pada imran and family.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah keen belasah baru nak Buat baik ... tgk muka pon day tau.. muka melayu penyamun |
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 30-7-2014 06:29 PM
Dah keen belasah baru nak Buat baik ... tgk muka pon day tau.. muka melayu penyamun
Tu lah jugak. Mana tau ada niat lain...kan?
Zaman sekarang ni, orang nak buat baik atau tak baik pun kita susah nak bezakan... |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin posted on 30-7-2014 06:06 PM
Mungkin polis tu ingat org yg ada niat tak baik. Rupanya nak menolong org dlm kesusahan. Sia pulak ...
By the way, remaja ni dikira umur dari berapa tahun ke berapa tahun ye? Kekadang tu 20 tahun dipanggil remaja, ada juga yang panggil pemuda/pemudi |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman posted on 30-7-2014 07:08 PM
Tu lah jugak. Mana tau ada niat lain...kan?
Zaman sekarang ni, orang nak buat baik atau tak ba ...
jgn purcaya cakap peyno...
muka dia pun muka penyamun..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|