View: 29330|Reply: 364
|
[Tempatan]
Jawi jejaki tiga wanita di peluk cium arits KPOP.
[Copy link]
|
|
Jawi Jejak Tiga Wanita Dipeluk, Cium Artis K-Pop
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kini sedang menjejaki tiga wanita Islam yang terlibat melakukan perbuatan sumbang bersama ahli kumpulan K-Pop, B1A4 ketika penganjuran sebuah konsert di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, setakat ini tiada pihak yang berkenaan tampil bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, siasatan kita progesif. Tetapi kita sedang mencari di mana budak-budak perempuan itu berada untuk minta mereka bantu siasatan.
“Kita ada skuad di bahagian penguatkuasaan yang akan bertanggungjawab untuk menjejaki mereka.Apapun, saya nasihatkan kepada mereka yang terlibat untuk tampil sendiri kepada kita,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.
Video aksi mereka kini menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial selepas ia dimuat naik di YouTube.
Ditanya sekiranya Jawi akan mendapatkan maklumat mengenai peminat wanita berkenaan daripada penganjur konsert, Wan Jaafar berkata, kemungkinan sukar kerana mereka tidak mahu mendedahkan butiran tersebut.
“Jadi, kita perlu berusaha menjejaki mereka yang terlibat, atau mereka sendiri tampil kepada kita,” katanya sambil menambah, sebarang perkembangan mengenai siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Penganjur konsert, TGM Events dalam satu kenyataannya pada Isnin memberitahu, sebarang maklumat peminat yang terlibat tidak akan dikeluarkan.
Sementara itu, kertas siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dalam kenyataannya pada Isnin berkata, perbuatan peminat yang dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.
Jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Malu siot..
Mak pak depa sure xkuar rumah punya lah...
Disebabkan nafsu memuncak anak sundiri |
|
|
|
|
|
|
|
Kat artis melayu yang berpeluk sakan tu ada beza ke jawi? |
|
|
|
|
|
|
|
i feel sorry for them...
aku rasa isu ni dh diperbesarkan way out of proportion...
for sure la dorang dtg event ni tanpa niat pun nak peluk or dicium... benda ni berlaku too fast aku rasa budak2 ni tak sempat pun nak berfikir secara rasional masa atas stage tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
motip semua orang melayu yang naik ke pentas?
ke penonton semua orang melayu? |
|
|
|
|
|
|
|
Moral nyer..jaga tingkah laku..org memerhati |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa panggil wanita? Mcm dh tua Budak2 ni.. Ke mmg dh baya makcik2 yg kene peluk tu? |
|
|
|
|
|
|
|
what's the big deal la weyyyyy isu ni? please lah... aku rse instead of budak pmpan 3 org ni sedikit sbyak cemarkan imej islam, yg JAWI n JAKIM n ummah meleis yg double standard lagi mencemarkan nama islam.. org pn takut nk peluk islam.. sikit2 kene hukum.. kalo nk hukum pn be fair la.. just sbab benda ni uncommon n viral ttbe nak amek tindakan... what the fishh |
|
|
|
|
|
|
|
sementara itu artis meleis dan ummah bebas berlaga kopek di kaca tv dan instagram setiap waktu maghrib..halal pula siap jadi peluanh pekerjaan lagi sis.
The hypocrisy is gangbanging my mind hard.lord help meh. |
|
|
|
|
|
|
|
artis bepelokan tu jawi dok buat apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Sekarang sudah ada skuad anti-peluk |
|
|
|
|
|
|
|
Kena hukum artis yang sewenang-wenangnya berpeluk jugak. At least budak-budak tu tak rancang pun nak menggeletis. Yang dalam drama dan persembahan pentas tu bukan main plan lagi nak bergomol so hukum mereka sekali ya..... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian bebudak ni.. mmgla salah tapi biasalah bdk muda akal singkat nak2 mmg obses... zmn kita mgkn sa blalu bolehla pungpang.. tapi xpyhla sampai nk malukan depa viral kat media.. kalo betul nk jatuhkan hukuman jgnla double standard.. seeupa gak kat konsert anuar zain pangkat makcik2 yg da tua dan ckp matang lagi gedik siap kis peluk2 mcm xde laki.. artis mlysia slrg pn cte kt tv wayang lagila terang2 an... isk3... xpela dik pengajaran utk korang.. |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 13-1-2015 09:37 PM
itu laeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnn.....
Elok budak2 ni jadi artis..berpeluk sakan..baru jawi x ambik tindakan... |
|
|
|
|
|
|
|
JAWI bodoh...booooooooo
Punya ramai terang2 retis2 berpeluk2 bagai korang tak nak tangkap
Punya ramai retis togok arak pun korang x nak tangkap
Bangsat je JAWI ni |
|
|
|
|
|
|
|
tomatome replied at 13-1-2015 09:38 PM
kesian bebudak ni.. mmgla salah tapi biasalah bdk muda akal singkat nak2 mmg obses... zmn kita mgkn ...
Ya......kesilapan sebab teruja dan akai singkat...tak bermakna satu dunia boleh menghukum seteruk2nya ke atas kesilapan depa berbanding artis2 melayu yang nak muntah kita tengok berpeluk sakan sambil JAWI tutup mata ja selama ni pun... |
|
|
|
|
|
|
|
jawi takmo p tangkap ipa rajiah? |
|
|
|
|
|
|
|
Kebodohan apakah ni smpai nak jejak2 org? Yg terang2 dalam tv peluk cium tu ko biar je? Ummah melayu dan ekstreme berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya bebudak ni mst student lagi.. kesian kat depa mst kena hentam kaw2 dgn mmber2 rakyat mlysia lagi.. jgnla trus jth hukum.. cari pendekatan lain yg lbh mendidik secara positif..yg media pun ari2 ke nak interview jawi follow up kes ni nak cari berita sensasi xpatut kot..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|