View: 4821|Reply: 44
|
[Jenayah]
Tergamak tetak kepala ayah
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki tergamak menetak kepala ayahnya dengan sebilah parang hanya sebab tidak puas hati aktivitinya yang menyedut gas dari tong gas memasak di dapur ditegur mangsa dalam satu kejadian di Felda Kerteh, Ketengah Jaya, Dungun, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam, mangsa berusia 54 tahun itu terserempak dengan suspek, 25, di dapur dalam keadaan khayal sambil sedut gas dari tong gas memasak sebelum menegur dan melarang tindakan tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek yang bosan mendengar teguran mangsa yang dianggap satu leteran itu mengambil keputusan membawa masuk tong gas tersebut ke dalam
biliknya.
“Mangsa yang curiga dengan tindakan berkenaan mengambil keputusan mengekori anaknya itu sebelum sekali lagi ternampak suspek menyambung semula aktiviti tersebut.
“Terkejut melihat suspek makin ghairah dan khayal, mangsa sekali lagi cuba menghalang dengan rampas semula tong gas berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Bagaimanapun, Wan Abd Aziz berkata, tindakan si bapa yang cuba menghalang buat kali kedua itu menaikkan api kemarahan suspek sebelum bertindak mengambil sebilah parang di bawah katil lalu diayunkan ke arah mangsa.
“Dalam keadaan kelam kabut.. mangsa sendiri tidak sangka suspek tergamak bertindak seperti dirasuk hantu itu tidak sempat mengelak sebelum ayunan itu terkena belakang kepalanya.
“Namun, dalam keadaan berlumuran darah, mangsa masih menggagahkan dirinya merampas parang di tangan suspek sebelum berlaku pergelutan antara dua beranak itu”, katanya.
Wan Abd Aziz berkata, mangsa yang berjaya merampas semula parang tersebut telah dibawa ke klinik oleh salah seorang anak jirannya.
Jelasnya lagi, akibat kejadian, mangsa yang merupakan seorang peneroka menerima 11 jahitan di belakang kepala.
“Mangsa ambil keputusan membuat laporan polis dan selepas laporan diterima, suspek berjaya ditangkap bersama parang yang dipercayai digunakan menyerang mangsa,” katanya.
Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman
berkenaan.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
first time baca orang sedut gas masak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepelikkang sokmo la yer tuh
... |
|
|
|
|
|
|
|
mat pit xbole tego camtu
mmg kene hentak time tu jugak
xpon lepas tu bw geng 434......eh tu kopi ehe |
|
|
|
|
|
|
|
klu dia sedut gas,pastu isap rokok..meletup x?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedut gas memasak pun boley high gak ke?
Sepatutnya, si ayah baling jerk api mancis tuh masa si anak tgh syok menyedut gas.... |
|
|
|
|
|
|
|
menyedut gas dari tong gas memasak di dapur?
haha lepas ni gas dapur pun kne catu. setiap rumah ada satu je. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm nak nyalakan api je tgh2 dia sedut gas masak tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
hidu gas memasak boleh lalok ekkk ???
first time dengar...
hishhh.... naik harga la lagi gas memasak lepas ni sebab pemintaan tinggi..
satu tong boleh share 10 orang sedut.. boleh tong2 sorng sikit nak beli...
lepas tu boleh lalok berjemaah.... |
|
|
|
|
|
|
|
kebodohan apakah ini !!! kenapa makin mcm2 ... pttnya biarkan dia sedut smpai berbuih mulut tu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyoo... Gas masak pun buleh buat ketagihan? First time dengar ni... |
|
|
|
|
|
|
|
eloknya bapaknya buatkan beliau sebuah bilik jauh sikit dari rumah..
letak tong gas 2 3 biji..
tunggu dia syok menyedut, campak kan api biar meletup
nak tanam pun tak susah orang mengangkat berat berat jenazahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dan sedih baca cerita macam ni.. Dah lalok fikiran pun tak waras. Ayah yang bagi makan pun kena libas parang. Omg. |
|
|
|
|
|
|
|
betul2...hidup pun menyusahkan je..
|
|
|
|
|
|
|
|
bangangnya rasa nak sepak je
tergamak tetak bapak sndiri sbb tegur isap gas
patutnya baling je mancis menyala time dia syok sedut gas tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sumber ketagihan terbaru tu.....inovatif lah dia tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak ni elok diletopkan dgn tong gas |
|
|
|
|
|
|
|
sedut gas masak????
biar betik mamat ni.....tu kalau petik api kat badan mamat ni mesti menyala |
|
|
|
|
|
|
|
Bapa nya pun dah tahu anak tengah 'high' buat apa ganggu potong stim dia. Ha..kan dah kena tetak. Biar la anak tidak berguna itu sedut gas. Lagi cepat mampus lagi bagus. Hidup pun menyusahkan orang sahaja manusia sebegini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|