View: 6789|Reply: 45
|
[Tempatan]
Haram bina monumen peringatan MH370 – Mufti
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 5 Mac:
Hukum membina monumen peringatan adalah haram, kerana Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan berunsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung, sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.
“Tidak dinafikan, negara kita Malaysia telah mengalami banyak ujian dan kesengsaraan, seperti kemalangan MH370, MH17 dan banjir besar di Kelantan yang menjadi peristiwa hitam dan sejarah yang sukar dilupakan.
“Rentetan daripada peristiwa tersebut, mungkin sebagai memperingati, maka dicadangkan pembinaan monumen atau memorial.
“Sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk, selain daripada manusia dan haiwan, ia adalah diharuskan, selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah, seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak,” katanya dipetik di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Jelas Zulkifli, perkara itu selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 hingga 23 April 2009, yang telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera.
“Bagaimanapun, acara-acara seperti majlis peringatan, termasuk bacaan doa selamat, Yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan, seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.
“Amalan atau perbuatan membina tugu telah diwarisi umat Islam daripada pihak penjajah. Amalan membina tanda peringatan, sekiranya dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, akan berleluasa dan sukar dikawal pada masa akan datang.
“Satu garis panduan perlu disediakan, bagi memastikan hanya tanda peringatan yang tertentu sahaja dibenarkan, tanpa sebarang unsur-unsur pembaziran,” katanya.
Sumber: http://bm.therakyatpost.com/beri ... ufti/#ixzz3TVpR3IOe
|
|
|
|
|
|
|
|
Tugu negara tu xkan mufti diam je, pi la tegur kjaan, malu2 babi pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan di selatan buat tugu crown besar2 tu jatuh hukum haram tak. Harapnya mufti2 buat teguran tidak memilih bulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kat negara negara islam arab banyak jer buat binaan berupa tugu tapi tak ada la pulak pernah nampak yang menyerupai orang, selain dari saddam husein yang dak kena runtuh tu..
pada aku ok jer as long as tak dibuat upacara sembah, kalungan bunga semua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila mufti nak haramkan bank2 kat sini sebab amalan riba tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kan sekrang merdeka diorg dah tak bt ape2 smbutan kat tugu tu..
dulu ade, aku rase lepas fatwa kuar 2009 dah tak de..
|
|
|
|
|
|
|
|
bayar gaji bulan2 duit kat pak mopti pun membazir serta jatuh haram hukumnya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-3-2015 09:46 PM
habislah malaysia menuju ke arah ... negara taliban |
|
|
|
|
|
|
|
tanam pkok kurma je jadikan monument baru ok. baru hati gembira.
|
|
|
|
|
|
|
|
mufti kena ingat...curi duit melalui 1mdb haram... |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka buat untuknya apa sahaja yang dia hendaki - tempat-tempat ibadat dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku." 34:13 |
|
|
|
|
|
|
|
Pada hang ok ? Hang sapa bahlol oii nak cakap pasal hukum ? Kalau jahil tu pi la belajaq. Jgn tunjuk bodo di forum
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan mufti tu kata tugu yg berbentuk patung manusia dan haiwan atau yg berunsur2 keberhalaan, itu yg tak boleh.
|
|
|
|
|
|
|
|
mencuri ialah mengambil tanpa izin dan hukum asasnya tetap salah, berdosa dan haram. Satu je, kalau mencuri tak jadi haram, iaitu apabila "hatiku kau curi". Repot polis pun, polis tak nak layan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok tuan, nanti saya belajar....maaf ya,..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|