View: 7689|Reply: 71
|
[Tempatan]
1mdb ditubuhkan sejak awal bertujuan untuk menyeleweng..
[Copy link]
|
|
Viral Broadcast
Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku Sultan Terengganu.
Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato’ Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.
Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa tred dah ada...guane guane pong..mat said nelang...peteh mat said peteh..
errr .. pocit ANG mungkin kata mat said belawok ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus kasi dedah lagi biar tercirit si jibby |
|
|
|
|
|
|
|
1mdb scam mmg nak jatuhkan najib? I mean takkan la najib nak menyeleweng secara terbuka. 1mdb terang terangan kamikaze. |
|
|
|
|
|
|
|
mane boleh menyeleweng, masuk jail. ni caranya ---> selam sambil minum air. cuma kali ni tak jadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar mat said tunjuk bukti baru boleh percaya. Klau ckp tin kosong apa guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Proposal 1MDB disuapkan kpd Rosmah Mansur oleh Riza Aziz hasil idea dan kerjasama dgn Jho Lo, kaki enjoy dan kononnya networking dia tahap dewata. Dia nilah sebenarnya “fund manager” 1MDB. Jho Lo adalah agen 1MDB kalau dilihat kepada struktur kertas penghakiman kes Patrick McKKillen v Misland(Cyprus) Investments Ltd &10 others di London. Ia menunjukkan Jho Low bekerja untuk 1MDB. Dan Abu Dhabi group yang JV dengan 1MDB iaitu aabr investment, adalah syarikat yg sama sponsor Red Granite, syarikat filem Riza Aziz, anak tiri Najib yg buat filem “Wolf of the Wall Street”. 1MDB menggunakan konsep "leveraging" iaitu dgn meminjam dan hasil pinjaman dibuat pelaburan(konsep "used other people's money; Robert Kiosaki, "millionaires Next Door).
End game Model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kpd penciptanya dlm bentuk komisen(Jho Low & Riza Aziz), kerajaan Malaysia mendapat easy capital utk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia mengatasi Singapura maupun London. Tapi sayang, cerita Mat Jenin dah lama kita dengar dan hasil Man Telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit. Samalah dgn 1MDB nanti. Tetapi mangsanya disini adalah rakyat marhaen maleis.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lebih drpd 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman drpd "local financial instituitions and GLCs". Sepertimana yg kita ketahui kesemua bank2 dlm Malaysia terlibat memberi pinjaman kpd 1MDB kecuali CIMB Bank. Manakala penjualan sukuk(bond) pula dilanggani oleh kesemua badan2 kerajaan yg bergiat dlm pelaburan. Mereka diperdaya 1MDB kerana ia adalah sebuah anak sykt kerajaan dibawah Kememterian Kewangan.
Persoalannya sekarang, kemanakah wang berjumlah RM27 billion(unaccounted for) pergi, selepas mengambil kira pembelian2 janakuasa2 IPP dan tanah2 trx & sg besi. |
|
|
|
|
|
|
|
Haaaaa tajuk yg ni mia stuju bebeno |
|
|
|
|
|
|
|
kangkong999 replied at 13-5-2015 05:41 AM
Lebih drpd 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman drpd "local financial instituitions and GLCs". ...
Keep it up
Mendidih dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
ERRR...bank rakyat dan PNB terlibat gak ker bagi bantuan modal kat 1MDB????.....
risau neh...saham aku tuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
makin menarik kisah kerajaan MALAYSIA ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
caramel popcorn sgt sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
dan najib terus kukuh berdiri di singgahsana beliau... takpalah doalah byk2x..Tuhan ada kalu org wat aniaya suatu hari akan tertiarap jgk..x dak manusia yg kekal di atas..sabar jela.. |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu sebab CIMB tak jadi beli RHB pasal RHB ada kasi hutang 1mdb.... Nazir Razak tau itu hutang tak boleh collect...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dengor cerita sama macamana asal usul 1mdb ni... mula dgn Reza & Jho Low... |
|
|
|
|
|
|
|
scandal 1mdb ni bakal jadi sejarah sebagai scandal terburuk mesia melibatkan wang rakyat
elok difilemkan kisahnya dgn tajuk 'toyols of putrajaya street' |
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu amik pelakon soft porn jd heroin... |
|
|
|
|
|
|
| |
|