CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10134|Reply: 118

[Tempatan] Penderma Dana RM2.6 Bilion Tak Harapkan Balasan - Najib

[Copy link]
Post time 9-12-2015 08:14 AM | Show all posts |Read mode
Penderma Dana RM2.6 Bilion Tak Harapkan Balasan - Najib     
Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 12:30 AM



Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa malam.

                                               (Ubah saiz teks)         

KUALA LUMPUR: Penderma dana politik berjumlah RM2.6 bilion tidak mengharapkan sebarang balasan, demikian dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengakuan itu dinyatakan Najib yang juga Presiden Umno pada sesi taklimat tertutup di hadapan lebih 5,000 perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.
Memaklumkan perkara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib bersifat terbuka ketika berucap menyentuh mengenai kontroversi derma politik tersebut.
“Beliau nyatakan pihak yang memberikan derma dalam dana politik berkenaan not expecting in return, tidak memerlukan sebarang pulangan daripada sumbangan yang diberikan itu.


“Beliau juga nyatakan mana-mana parti politik memerlukan dana, dana sebagai alat dan bukan matlamat,” katanya pada sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena PAU 2015 di sini, Selasa malam.
Turut sama pada sidang media itu ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Najib turut memberitahu perwakilan bahawa kerajaan kini berhadapan cabaran ekonomi yang ditimbulkan berdasarkan fakta tidak benar.

Kata Ahmad Zahid, selain isu dana politik berjumlah RM2.6 bilion, dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyumbang kepada cabaran berkenaan.
“Datuk Seri Najib menyatakan bahawa beliau perlu membetulkan fakta-fakta yang telah diselewengkan oleh serangan-serangan yang pelbagai, terutamanya apabila seorang tokoh menyatakan bahawa negara ini akan menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis.
“Mengenai dana RM2.6 bilion, walaupun perkara ini dijelaskan banyak kali, presiden terpaksa jelaskan lagi secara rasmi kepada perwakilan malam ini.
“Rasional yang diberikan itu memang terbukti sebagai sesuatu yang tidak melibatkan wang 1MDB atau wang rakyat. Hal ini dijelaskan dengan cukup panjang lebar,” katanya.

s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbuka lah sangat zahid oii....awal2 dulu berdolak dalik kennn....
Dah kntoi baru ngaku....
Yg penting derma ikhlas ok...tak harap apa2 in return
..haiyo
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Who are they trying to fool, themselves or us, because only cows will believe someone donated 2.6 bilions without hoping for rewards.

Lembu UMNO boleh la percaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib ni makin bukak mulut makin nmpak ketololan dia. 2.6 BILLION la woi bukan rm2.60!! Ingat org nak percaya cakap dia ke?? Moga najib ditimpa pembalasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:33 AM | Show all posts
bodohnya statement..... org gile mana yg bodoh kasi derma tuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:34 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 9-12-2015 08:32 AM
Najib ni makin bukak mulut makin nmpak ketololan dia. 2.6 BILLION la woi bukan rm2.60!! Ingat org na ...

amin..... bohong tak agak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2015 08:34 AM | Show all posts
sama ada 'balasan' itu sebelum atau selepas

kebenaran akan terbongkar jua nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:34 AM | Show all posts
errr...pas ni sema boleh la claim dpt derma ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Typical Malays akan percaya Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:40 AM | Show all posts
wei aku nak 1 juta cukup la.. nak li rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Iya..iya...najib bijak dpt derma rm2.6b dari luar...tak mcm tun m, dpt dana utk politik dari kroni...


Hidup Datik Najib
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:44 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 9-12-2015 10:32 AM
Najib ni makin bukak mulut makin nmpak ketololan dia. 2.6 BILLION la woi bukan rm2.60!! Ingat org na ...


Amin2 Ya Rabal a'lamin...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang tolol bangang je yang percaya cakap najib....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa derma kat najib? kenapa tak derma kat aku? apa kurangnya aku dgn najib?

owh..lupa..najib tu perdana menteri Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:54 AM | Show all posts
Giler ini punye makhluk!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 08:55 AM | Show all posts
inikah jawapannya dr seorang bergelar PM....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 08:56 AM | Show all posts
Big lair........

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:00 AM | Show all posts
ko igt rm2.60 ke najib??...ini 2.6 BILLION!!!...gile ke apa kasi byk tu tp tak harap balasan
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:01 AM | Show all posts
Untung ajib, ade org derma kemain banyak xharap balasan..
kte je la yang susah payah kena keje bayar itu ini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 09:03 AM | Show all posts
kalo najib turun nanti yg pertama sekali kena buat tendang zahid hamidi dgn ku nan...2 menteri ni kaki jilat licin kaw2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.106040 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list