View: 8381|Reply: 81
|
[Tempatan]
3 calon Gabenor Bank Negara
[Copy link]
|
|
Utusan Malaysia hari ini meramalkan 3 nama yang dilihat berpotensi sebagai calon menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai gabenor Bank Negara.
Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar milik Umno itu menyenaraikan mereka sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Amerika Syarikat Datuk Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Selain itu kata Awang, 3 timbalan Zeti juga berpotensi dilantik sebagai Gabenor Bank Negara.
"Awang lihat ketiga-tiga tokoh berkenaan berkebolehan dan berwibawa menyandang jawatan tersebut.
"Selain itu, 3 timbalan Zeti di Bank Negara turut dalam senarai pilihan," tulis Awang dipetik dalam akhbar edisi mingguan itu, hari ini.
Katanya, pelantikan tersebut haruslah diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, siapa yang difikirkan sesuai dan dilihat terbaik.
Awang berkata, pelantikan Zeti sebagai gabenor Bank Negara sebelum ini juga dulu dibuat kerajaan.
"Awang tidak melihat perubahan jawatan gabenor Bank Negara akan menjejaskan apa-apa.
"Banyak perkembangan positif kepada ekonomi negara, antaranya pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5% bagi suku keempat 2014," katanya.
Sebelum ini Zeti yang bakal bersara pada April ini berkata gabenor baharu seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.
Awang berkata, pencapaian Malaysia selama ini mengatasi ramalan ramai penganalisis termasuk Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa.
"Zeti sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang, kini tiba pula gelaran tokoh lain, hakikatnya tiada siapa yang 'indispensable'," katanya. – 21 Februari, 2016.
|
|
|
|
|
|
|
|
Taknak politician,I nak maselan br genius |
|
|
|
|
|
|
|
ohmaiiii:
semua takleh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo Aku Nak Calonkan Diri Sendiri
Voleyy?
|
|
|
|
|
|
|
|
3 senarai nama yg dia bagi tu sume penjilat tegar..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka wahid. Dah hilang respek kat dia bila dia sanggup jadi macai pm. Look like yg lain pun sama jeeerrrrr... myb elok bangkrap je msia ni baru nak bangun dr mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bit at 21-2-2016 01:13 PM
3 org yg atas memang x boleh pakai lebih lebih si mamak siregar tu.
Dia la dlm 1mdb, dl kwap..
Harap harap yg ganti adalah timbalan zeti |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku rse takut je bila zeti dah x jd gabenor.. |
|
|
|
|
|
|
|
awang adek tu ada basic ekon ngan maths...
so bolehla dipertimbangkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar....hati akak berdenyut2 degup jantung bila zetty dah tak jadi gabenor, diganti aemua kroni najib yg jelas perosak... matilah malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahmad Maslan x layak ke? 3.8 tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri kewangan - Najib Razak
Gabenor Bank Negara - calon Najib Razak |
|
|
|
|
|
|
|
Semua macai kaki jilat je tu, ada kepentingan masing2. Habis hancur negara kalau org2 ni naik ganti zeti aziz. |
|
|
|
|
|
|
|
ahkak pink tak tercalon ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
prefer timbalan2 yg ada skrg ganti zeti.. hope bukan seseorg yg ada kaitan dgn politik.. |
|
|
|
|
|
|
|
tolonglah jangan bagi kat ahli politik. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga orang baru nak dilantik itu seorang yang beramanah dan bertanggungjawap dalam menjalankan kerja2... |
|
|
|
|
|
|
|
aiyoooooo lantik ler org yg xder kena mengena ngan politaik... sumer calon mcm hangsuang jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|