CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14543|Reply: 122

Rahmad terkejut ahli kumpulan tak benar guna nama 'Mega'

[Copy link]
Post time 12-4-2016 01:29 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Rahmad, menyifatkan permintaan supaya beliau menggugurkan perkataan Mega daripada nama pentasnya oleh anggota kumpulan terbabit sebagai strategi promosi murahan.

Rahmad atau nama sebenarnya, Rahmad Tohak, 44, berkata pemain bes kumpulan itu, Lomaq, tidak sepatut membuat kenyataan sedemikian berikutan perkataan 'Mega' di belakang namanya digunakan bagi mengenalpasti identiti dirinya.


"Biasanya orang akan panggil nama saya Rahmad. Tetapi jika orang tanya, Rahmad mana? Sudah tentu pihak tertentu akan berkata 'Rahmad Mega'. "Saya tidak faham kenapa isu seperti ini perlu dibangkitkan? Bagi saya, ia satu publisiti murahan dan mereka (kumpulan Mega) tidak patut pun membangkitkan isu ini.


"Mungkin ada pihak ketiga yang sengaja 'cucuk' sehingga mereka membuat kenyataan seperti itu," katanya kepada BH Online. Menerusi laporan akhbar BH hari ini, pemain bes kumpulan terbabit, Lomaq berkata sudah tiba masanya Rahmad menggugurkan perkataan Mega daripada nama pentasnya berikutan hubungan vokalis itu bersama kumpulan terbabit sudah berakhir selepas mereka berpecah.


Beliau juga mahu Rahmad mencari nama lain bagi mengelakkan kekeliruan peminat memandangkan Mega sudah kembali membuat kemunculan semula dengan menampilkan vokalis baharu, Reyno. Dalam pada itu, kata Rahmad, kumpulan Mega sebenarnya tidak pernah pun dibubarkan. Cuma, kontrak mereka bersama syarikat rakaman Jojo's Production Sdn Bhd tamat pada tahun 1996.


Kemudian pada 2000, syarikat terbabit
mewujudkan Mega baharu, tetapi masih menggunakan dirinya sebagai vokalis. Tidak lama kemudian, Rahmad memutuskan untuk tidak lagi bergerak bersama kumpulan itu. Bagaimanapun, katanya beliau pernah menjemput barisan asal kumpulan Mega untuk sebuah persembahan pentas, beberapa tahun lalu. Sementara itu, Rahmad berkata, anggota Mega sepatutnya melihat isu terbabit dari sudut positif kerana nama Mega yang digunakannya secara tidak langsung mampu menarik perhatian masyarakat untuk mendengar lagu baharu kumpulan terbabit, Pulau.


"Isu nama Mega sebenarnya boleh dipandang dari sudut positif dan negatif. Dari sisi positif, ia memberi faedah kepada mereka yang mahu membuat kemunculan semula. "Dari dulu sampai sekarang, saya membawa nama Mega dalam industri ini. Tetapi jika ia dipandang dari sudut negatif, mungkin mereka rasa tercabar. Lebih-lebih lagi mereka mempunyai vokalis baharu dan mahu tumpuan diberikan kepada kumpulan Mega, bukannya Rahmad.


Apa pun, saya tidak pasti apa yang mereka fikirkan. "Mengenali anggota-anggota Mega, mereka sangat profesional dan tidak mudah terasa dalam segala hal," ujarnya. Selain Lomaq dan Reyno, Mega turut dianggotai oleh Sam (gitar), Adie (gitar) dan Joey (dram).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142788?m=1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Panggil la Rahmad Tohak . Ke malu?

Dulu pernah dipanggil Rahmad Utama kejap
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:34 PM | Show all posts
panggil jer rahmad x-mega.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 12-4-2016 01:29 PM
Panggil la Rahmad Tohak . Ke malu?

Dulu pernah dipanggil Rahmad Utama kejap

Ntah, kokping tak malu pun org panggil dia gitu...lagi buruk nama tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pakai je nama Rahmad dari Illahi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:51 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 12-4-2016 01:29 PM
Panggil la Rahmad Tohak . Ke malu?

Dulu pernah dipanggil Rahmad Utama kejap

Byknye kump yg pnh heols anggotai.. mega, tohak, utama.. tp yg plg pemes opcoz la dgn mega kann.. btw, tohak tu band rock kapak gak ke? Mcm x pnh dgr.. myb sbb bkn zmn meols kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-4-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
rania_maira replied at 12-4-2016 01:51 PM
Byknye kump yg pnh heols anggotai.. mega, tohak, utama.. tp yg plg pemes opcoz la dgn mega kann..  ...


Bkn tohak tu bapak dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:58 PM | Show all posts

Nama ayah ke?? Sori2.. meols xtaw.. ya ampunnn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 02:00 PM | Show all posts
rania_maira replied at 12-4-2016 01:51 PM
Byknye kump yg pnh heols anggotai.. mega, tohak, utama.. tp yg plg pemes opcoz la dgn mega kann..  ...

Tohak tu nama bapak dia uolss
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
oo rahmad upanye..

pujaan hati sis SS
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rania_maira at 12-4-2016 02:20 PM
Lorra2411 replied at 12-4-2016 02:00 PM
Tohak tu nama bapak dia uolss


Huhu.. br taw.. igtkn nma kump td.. malunye.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:05 PM | Show all posts
Bila Lomaq join mega balik? Mat Mega kena buang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:06 PM | Show all posts
nama rahmad tak segah nama awie.. tak perlu sebut wings pun orang dah tau siapa awie.. even amy pun terpaksa guna nama search.. agaknya kalau amy je mesti orang tak tau siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:10 PM | Show all posts
rahmat mega ke, rahmat (nama bapak) ke...ko ttp takkan popular dah bro...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:11 PM | Show all posts
dulu kan dia pakai Rahmad Tohak sekejap..
tapi nama tu nampak kampung and tader commercial value...
then dia pakai balik nama Rahmad Mega

apa hak Mega tak bagi dia pakai nama mega kat belakang tu

kalau macam tu tukar je lah jadi RAHMAD MEGAMALL...


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:16 PM | Show all posts
nanti buat kumpulan baru.
buh nama TOHAK.
sedap pa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 02:26 PM | Show all posts
wehh silap la korang cakap dia tak popular. Dia popularrrrrrr hokkeyyyy....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:28 PM | Show all posts
rahmad ni masih suami ainina ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ryshaNur replied at 12-4-2016 02:28 PM
rahmad ni masih suami ainina ke

Dah jd bekas suami
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 02:33 PM | Show all posts
muka dia ni macam Jong Kook kan?
sampai ke tua muka kacak je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.081513 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list