|
晻◄------ lepih a.k.a lipis------ ►晻 (pics di pg 32)
[Copy link]
|
|
alamak..seminggu jer.....tak de lah putih mana....cuma skang genting tak sesejuk macam dulu.....aku dok tingkat 24 kat Awana...gayat siot......korang citer pasal ticer ROZITA...memang dia lawa banget....sape kenal cikgu rapidah....dia ngajar matc besttttt......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nafeesa at 21-3-2006 10:21 AM
alamak..seminggu jer.....tak de lah putih mana....cuma skang genting tak sesejuk macam dulu.....aku dok tingkat 24 kat Awana...gayat siot......korang citer pasal ticer ROZITA...memang dia lawa bang ...
cikgu rapidah tu nagojor kaweh gak matematik form3..dulu..best woo..tapi garang gak dier tuh... |
|
|
|
|
|
|
nenes This user has been deleted
|
cikgu rapidah? keh tak kenay...rapid kl..keh tau ler... |
|
|
|
|
|
|
|
rapid kl tu lain la...mende la awok ni... |
|
|
|
|
|
|
nenes This user has been deleted
|
guro jerk figo...series nyer...dtg bulan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dtg bulan..keh bz la semenjak dua menjak ni... |
|
|
|
|
|
|
nenes This user has been deleted
|
bz ek figo? takpe..take ur time...pelajaran mesti diutamakan...awek2 biar dlu...kalu dah ader..pas kt aku..aku jaga... |
|
|
|
|
|
|
|
hek hek hek..suka ti jer main pas2..ko buaye..haha |
|
|
|
|
|
|
|
yeyea..tak lame lagi nak abis dah exam..pastu balik..yea yeh!!sabor org lepih weh... |
|
|
|
|
|
|
|
OOOOO NAK BALIK LEPIH YER...KEM SALAM KAT ORANG LEPIH YER......KITER TAK BALIK 1ST MEI.....SEDEYNYA..... |
|
|
|
|
|
|
|
lor..sianyer dier..
mst byok perubahan kat kole lepih skang... |
|
|
|
|
|
|
|
esokk keh balikk lepihh..
balik ari jekk..mmber kawin.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa kawin stats...mana tau member kita gak ker.....kem salam yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru balik dari sini
di dalamnyaaa
[ Last edited by pepalih2 at 6-5-2006 04:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
uih..lepih pun ada zoo...tang mana wehh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bandar baru Kuala Lipis bakal jana ekonomi
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
KUALA LIPIS 9 Mei - Penduduk daerah Lipis yakin pembukaan bandar baru Kuala Lipis akan dapat menjana pembangunan ekonomi apabila ia siap kelak tidak lama lagi.
Selain itu, projek berkenaan juga dapat merancakkan lagi sektor pelancongan dan pertanian serta bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di daerah tersebut.
Projek bandar baru yang terletak di seberang Sungai Jelai itu telah dibangunkan sejak empat tahun lalu oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan pihak swasta.
Projek itu menyediakan banyak bangunan dan premis perniagaan serta merangsang pertumbuhan baru perumahan dan institusi pendidikan yang boleh menyuntik kemajuan daerah Lipis di kawasan Pahang Barat menjelang 2010.
Bandar tersebut juga mempercepatkan pembangunan kampung tradisional di seberang Sungai Jelai yang menjadi penyumbang sebanyak 95 peratus hasil pertanian dan pelancongan berasaskan alam sekitar.
Penduduk Tempoyang, Lipis, Abu Jimi Samat, 36, berkata, bandar baru Kuala Lipis mampu melakar perubahan pembangunan ekonomi dan sosial penduduk daerah tersebut menerusi sektor perniagaan berasaskan pertanian dan industri hiliran di Pahang Barat.
``Status bandar ini memberi peluang kepada bumiputera dan usahawan bergiat dalam bidang perniagaan kerana kawasan ini bakal menjadi tumpuan orang ramai,'' katanya di sini hari ini.
Penduduk Kampung Mela, Abdul Manaf Mat, 40, berharap projek bandar tersebut dapat merangsang pertambahan produktiviti pertanian dan aktiviti pelancongan di kampung tradisional seberang Sungai Jelai menerusi kemudahan asas yang disediakan.
``Kita harap penduduk luar bandar di seberang sungai menerima faedah projek ini dengan membabitkan diri sebagai pengusaha bagi menambah pendapatan,'' katanya.
Penduduk Kampung Jeram Landak, Abu Hassan Rejab, 42, berharap kerajaan dapat membina institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti dan kampus cawangan IPTA di situ kerana lokasinya amat sesuai di samping kemudahan sedia ada di bandar baru Kuala Lipis.
Sehubungan itu, katanya, usaha menaiktaraf kemudahan jalan raya perlu dipercepatkan supaya penduduk di kawasan gugusan Felda Kechau dan kampung tradisional dapat membawa banyak hasil ke bandar.
Tok Batin Orang Asli Kampung Temetong, Mehat Ubaidillah, 45, berharap tempias pembangunan bandar baru Kuala Lipis dapat dirasai dan dinikmati oleh penduduk Orang Asli khususnya bidang pertanian dan pelancongan di situ.
``Projek ini menunjukkan perubahan menerusi acuan pembangunan oleh kerajaan untuk faedah penduduk luar bandar khususnya Orang Asli,'' katanya |
|
|
|
|
|
|
|
huhu..dah 2 minggu bali lepih..ari ni baru dapat jenjalan ke cc..rindunye berporum nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #198 figo's post
Kampung Lalang ketinggalan pembangunan
WALAUPUN negara ini telah mengecapi nikmat kemerdekaan hampir 49 tahun, namun Kampung Lalang, Kuala Lipis, Pahang kini amat ketinggalan dari segala aspek terutamanya pembangunan.
Kalau dulu ada juga satu dua projek besar yang masuk ke kampung, tetapi kini sepi.
Kampung yang sememangnya semak samun kerana penuh dengan lalang (mungkin sebab itulah namanya) kini bertambah semak mata memandang.
Jalan tar di bawah projek pembangunan luar bandar yang dahulunya amat dinantikan, sudah lama tidak diturap semula sehinggakan jalan berkenaan telah menjadi jalan ladang yang hanya layak dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda sahaja.
Kalau diperhatikan jalan di kampung-kampung berhampiran, sudah kerap kali diturap dan ada sahaja program yang dijalankan untuk semua penduduk.
Mungkin di kampung-kampung lain, ketua kampungnya memainkan peranan penting serta rajin bekerja untuk memaju dan memakmurkan kampung.
Jika ketuanya hanya mementingkan diri sendiri, kampung akan jadi kacau bilau. Maka tidak bererti jika hanya satu dua projek kecil dibawa masuk, kita sudah boleh berpuas hati.
Sehubungan itu, peranan semua pihak amat diperlukan. Wakil rakyat tidak kira di peringkat Parlimen atau negeri yang diberi kepercayaan harus membalas balik kepercayaan rakyat dan jangan hanya setakat hadir jarang-jarang sekali untuk bertemu penduduk pada hari Jumaat atau pada masa-masa tertentu sahaja.
Tunaikanlah janji kalian pada pilihan raya dahulu.
- ANAK ORANG KAMPUNG LALANG, Kuala Lipis, Pahang |
|
|
|
|
|
|
|
sian orang kampung lalang....orang kecau sian gak....jalan besar masuk felda macam jalan masuk kebun getah...kome taulah peneroka kat cni, penoreh getah...tapinya dekat ngan lipis, tapi mundur yang amat.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|