|
Originally posted by cintan66 at 8-12-2007 12:56 PM
sofia saya pun tak dapat tengok gambar tu.........
saya teruja nak rasa murtabak tu........
Pegilah ghase..sedap aok wehh...kala beli,beli hat special..pueh ati..tebal dan laaaaagi sedappp!!
..dan lagi promot...kekekek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #177 sofiajane's post
rumah tu mmg open utk public yek? ada bayaran masuk tak? |
|
|
|
|
|
|
|
cam teruja nak terjah ke pekan plak
angle dah penah gi pekan ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Berhampiran dengan Rumah Kelahiran Tun Abd Razak tu,ada Pusat Tenun Songket Pahang
Pusat Tenun Songket
Pulau Keladi, Pekan, Pahang
WARISAN TENUNAN PAHANG
Tenunan Pahang dipercayai berasal dari Tanah Bugis dan dibawa ke Pahang pada abad ke-17 oleh Bangsawan Bugis yang bernama Keraing Aji atau lebih dikenali sebagai Tok Tuan. Beliau adalah pelopor dalam memperkenalkan corak baru untuk sarong dan kain samping di Pahang. Corak yang diperkenalkan adalah corak jalur dan corak berkotak. Sutera pada masa itu dibawa masuk dari Sulawesi, Acheh dan Riau.
Hasil kerja Tok Tuan turut mendapat perhatian seorang penulis Inggeris Dr. Linehenden Nerbold yang menyebut hasil kerja Tok Tuan dalam penulisannya. Ramai kaum wanita di Pekan mula mempelajari seni tenunan dengan corak yang diperkenalkan.
Pada masa itu juga, seni tenunan telah mendapat sokongan pihak istana apabila Tengku Ampuan Mariam, isteri Sultan Pahang, Sultan Mahmud yang banyak memberi galakan untuk wanita mempelajari seni tenunan. Kaum wanita mula menenun setelah menyiapkan kerja harian mereka.
Hari ini, Tengku Puan Pahang meneruskan usaha untuk mengembalikan warisan Tenun Pahang dan berusaha meletakkannya di persada busana antarabangsa. Setiap fabrik yang membawa logo Tenun Pahang Diraja menjanjikan kualiti yang tinggi dan hasil kerja yang cemerlang.
PUSAT TENUNAN SUTERA
Pusat Tenunan Sutera merupakan sebuah kompleks yang mempunyai empat blok rumah kayu yang menempatkan pusat latihan, dua buah kedai fabrik tenunan dan dewan pameran. Kedudukannya ialah 3km dari bandar Pekan.
Bangunan yang ada sekarang merupakan bangunan yang kedua, dibina pada tahun 1986.
Kumpulan pertama ke pusat ini terdiri daripada 10 orang pelajar yang memulakan program latihan tenunan pada bulan Julai lepas. Mereka datang dari kampung-kampung di sekitar daerah Pekan.
Kelas dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan mereka diajar dalam semua aspek menenun sutera. Di pusat latihan ini terdapat tujuh buah mesin tenunan dan tiga buah mesin melerai benang serta tab besar untuk mewarnakan benang.
Di sini juga ada menjual kain sutera dengan harga antara RM70 hingga RM200 bergantung pada jenis kain yang dibeli. Di samping itu, pusat ini juga menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintan66 at 8-12-2007 11:04 PM
cam teruja nak terjah ke pekan plak
angle dah penah gi pekan ke???
yuk cintan..AD pun teruja gak...kalau ada rezeki....bila-bila free kita buat familiy gathering kat sana nok? bole kita bersuai-kenai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adly26 at 9-12-2007 08:45 PM
yuk cintan..AD pun teruja gak...kalau ada rezeki....bila-bila free kita buat familiy gathering kat sana nok? bole kita bersuai-kenai..
bagus jugak idea tu........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MinahKarat at 2-5-2007 09:58 AM
awat aku pi pekan carik hotel tapi tak jumpa pun? pekan tadak hotel ek..
lar...sama la, aku baru je gi Pekan, pusing keliling bandar Pekan langsung tak ada hotel.
akhirnya aku tanya kat restoran, katanya ada satu je resort. Inderapura Country Resort.
aku membayangkan kat Pekan mesti ada byk hotel sesuai dengan namnya yg gah jugak la kan...tapi hampa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yin23 at 10-12-2007 08:53 AM
lar...sama la, aku baru je gi Pekan, pusing keliling bandar Pekan langsung tak ada hotel.
akhirnya aku tanya kat restoran, katanya ada satu je resort. Inderapura Country Resort.
aku m ...
err...awak tak jumpa ke Pekan Hotel,kat bandar Pekan...Hotel tu terletak kat tengah2 bandar Pekan..ada 11 buah bilik..kecik aje hotel ni exceli...
ermm..mmg kat Pekan tak ada choice nak check in..kalau nak selesa duduk kat Inderapura Country resort tu ajelaa..
lagipon..resort tu tak ada lah jauh sgt dgn bandar Pekan...dalam 10-15 min aje..
tapi mmg Pekan dah banyak perubahan berbanding dulu...banyak dah bangunan2 yg dah naik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aaaaaa....sofia kalau balik Pekan, tempat yang paling sofia suka pergi ialah PASAR MALAM dia...Pasar malam yg paling besar ialah kat Peramu Jaya 3..atau RUMAH 500 org2 sini panggil..serba serbi mak nenek ada juei...macam2 makanan ada..dari brg2 kering sampailah ke brg2 basah..macam2 bendalah...jenuh gok nak perabih round satu2 gerai...Pasar malam ni diadakan setiap hari JUMAAT...gerai2 dah stat menjual dari pukul 4 ptg hinggalah 10 malam...
Pastu kalau hari SABTU lak,ada Pasar Borong ngan Pekan Sari..kat bandar Pekan..tapak pekan sari ni dibuat bersebelahan dgn Hospital Pekan ...Besor gok aok wehh!..Kat Pasar Borong tu ada juei macam2 jenis pakeian..kain pasang pun murah2 aok....rambang mata koi wehhhh!! Pukul 7 pagi lagi dah stat ada org menjuei...
Pastu aok,..kat pekan sari tu..,sofia suke borong baju2 bundle untuk anak2...lebih dari 10 kedai ada..cantik2 weh baju dia!! Harganya pulok, pandai2lah kita tawor-menawor ngan tokey kedai tu yerk...
Pehtu pulok, hari AHAD ada pekan sari kat Taman Sri Maulana..aaaa..pekan sari ni kat kawasan perumahan ghumoh mak sofia...Boleh tahan jugok laa benda2 yg ade juei..makanan,baju- baju( baju bundle aje ghasenye ade..hehehe),barang2 basah sumer ada...yg femes kat pekan sari ni mee hoon sup..sedap aok wehh!!
Jadi pada sape2 hat nok datang ke pekan..jangan lupa singgoh ke Pekan Sari yg sofia sebutkan kat atas yerrrrkk...mesti seghonok punye!!
~~nanti sofia balik Pekan,sofia akan snap gambo2 menarik kat Pekan Sari di sini...
[ Last edited by sofiajane at 10-12-2007 11:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sofia jgn lupa download gmbr lepas aok balik raya aji nnti ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sofiajane at 8-12-2007 12:06 AM
hehe...terima kasih... aok duk katner skrg...?
skrg ni merantau cari mkn di KL....balik Pekan time raya & cuti pjg je menjenguk tuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
wujud lg ke rest house tu????? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|