|
mano ado gamba, org yg terserempak tu x do kemero lahhh
Ni email nyer, n ada nama org yg bagi...cal le dia kalo nak tau boto ko tak...
Dear Kawan-kawan,
Kalau kita pergi ke Kajang, semua orang tidak melepaskan peluang untuk makan satay kajang di sana. Terutama sekali Satay Haji Samuri sebab ianya sudah terkenal seantero Malaysia. Sekarang ni tak payahlah pergi jejauh ke Kajang, makan saja di Awan Besar (tempat rehat di highway Kesas), sebab Haji Samuri dah buka branch di sana.
Untuk itu teman nak berkongsi pengalaman (yang mungkin tidak boleh dilupakan) selepas memakan Satay Haji Samuri.Pada hari minggu yang lalu, teman berserta dengan adik teman (2 family) baru pulang dari Sungai Chongkak. Dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk singgah di Awan Besar untuk makan malam - apalagi,
sataylah!!! (jawab anak-anak).
Masing-masing semuanya tengah kelaparan sebab sehari suntuk bermandi-manda di sungai. Setibanya di sana, kami pun order seperti biasa (masa tu orang yang makan dan bawa pulang punyalah ramai). Kamipun makanlah dengan penuh berselera sekali tanpa menghiraukan orang sekeliling. Setelah kenyang, suami teman pergi ke surau untuk solat maghrib & adik ipar teman ke toilet & hisap rokok sebentar. Lebih kurang 15minit kemudian kamipun bayar bil & berlalu dari Awan Besar (nak balik rumah awal, sebab besok anak-anak nak sekolah).
Dalam perjalanan pulang, teman dah rasa ngantuk sebab kenyang sangat, tiba-tiba adik teman menegur suaminya "apa, tadi makan satay banyak betul!!" Terus adik ipar teman cerita, "Kalau korang, dengar cerita ni, mesti tak nak makan satay kajang lagi..........." Semua yang ada dalam kereta Tanya dia "Kenapa??" Dia pun cerita, setelah dia pergi ke toilet, dia pergi hisap rokok di tepi toilet tu dekat belakang kedai Satay Haji Samuri (kedainya di sebelah tepi sekali).
Dia memerhatikan seorang pekerja sedang menyatukan sisa-sisa kuah satay (yang biasanya dalam mangkuk kecik-kecik) ke dalam sebuah mangkuk besar. Seorang pekerja lagi sedang mengumpulkan lidi satay yang telah digunakan orang ke dalam satu bekas besar. Adik ipar teman ni secara spontan bertanya kepada pekerja yang sedang menuang sisa kuah satay tadi (sebab jaraknya lebih dekat dari pekerja yang sedang mengumpul lidi satay).
"Dik, kuah ni nak buang ke?" Jawab pekerja tadi, "Taklah bang, mana boleh buang, kuah ni mahal tau, kita pakai balik....." Adik ipar teman, terkejut betul dengan jawapan tadi, dia pun tanya lagi "Lidi-lidi tu pun tak buang ke?" Jawab pekerja tadi, "Ialah bang, kita cucuk satay balik" Pada mulanya adik ipar teman, ingatkan pekerja tadi bergurau saja, rupa-rupanya pekerja tu bercakap benar. Kemudian, dia lihat pekerja itu terus bangun dan membawa sisa kuah yang telah disatukan ke dalam mangkuk besar tadi ke dalam kedai (mungkin untuk di hidangkan semula). Setelah melihat kejadian tadi, adik ipar ku pun terus berlalu dan memegang perutnya sebab dah kenyang makan satay .........
Kami di dalam kereta yang mendengar cerita tersebut sungguh terkejut dengan cerita tadi. Teman berapa kali tanya adik ipar teman, "Betul ke ni, Fozi....." (terasa loya pun ada). "Betullah", jawabnya . Selepas itu bermacam-macamlah perkataan keluar untuk melepaskan perasaan geram & marah.
"Cuba bayangkan kita makan sisa kuah satay tu, entah-entah Cina, India, semuanya di campurkan sekali..ee gelinya!" "Ialah, kita manalah tahu kalau orang yang makan ada penyakit HIV ke, penyakit yang senang berjangkit,"
"Lidinya orang dah gigit-gigit lepas tu kita pulak gigit...." "atutlah, kita makan sedap aje....." "Agak-agaknya, dia malas nak masak selalu kuah tu, diam main tambah-tambah aje...." "Entah-entah, itu dia punya petua untukpelarisnya kot................"
"Wallahuallam bissawab" Suami temanpun cakap untuk meredakan suasana - well, sekarang kita dah tahu, lepas ini tak janganlah makan lagi Satay Haji Samuri dan kita sebarkan berita ni kat internet supaya orang lain pun sedar....Itulah ceritanya, so kalau you all nak makan satay, kenalah berhati-hati. Tapi yang nyata, teman tak akan makan Satay Kajang lagi..........................
IZEHARI BIN BASAR
PENOLONG PENGARAH
UNIT KECIL PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN TEKNOLOGI
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBANGUNAN TEKNOLOGI
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
03.8884.3152
03.8884.3161 |
|