|
apa aktiviti Marsha sekarang eh? |
|
|
|
|
|
|
|
laa... awat buruknya mimik muka ko marsha oiii
tapi walo mimik muka camna sekalipun marsha tetap gorgeous as always |
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 17 SEPT 2008: Dakwaan bahawaAsmawi Ani atau Mawi, 27, akan meninggalkan syarikat rakaman, MaestroRecords yang dinaunginya selama ini ternyata sama sekali tidak benar.Sebaliknya, juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) ini telah menandatangani kontrak perjanjian terbaru bersama Maestro Talent& Management Sdn Bhd untuk tempoh setahun lagi bersama Yazer,Marsha serta Amylea.
Kontrak perjanjian tersebut dimeteraidi Restoran Ezzy, Bukit Bintang, petang semalam, disaksikan puluhantetamu dan wartawan yang hadir bersempena dengan majlis berbuka puasaanjuran Maestro serentak dengan pelancaran album raya bintang AF1 - AF6berjudul Impian Syawal.
Sementara itu, Ketua Pegawai OperasiMaestro, Freddie Fernandez, berkata kontrak perjanjian yang dimeteraiitu memang hanya tertumpu pada 4 bintang AF3 saja iaitu Mawi, Yazer,Marsha dan Amylea.
"Ikut perancangan, Mawi akan muncul dengan album qasidahkeduanya. Yazer pula dengan album pertamanya bersama M Nasir tidak lamalagi manakala album pertama Marsha dan Amylea sedang disiapkan,"katanya.
more pics marsha
http://www.murai.com.my/photo/default.asp?media_id=4053&article_id=2118&c=1&s=1
http://www.murai.com.my/photo/default.asp?media_id=4052&article_id=2118&c=1&s=1
[ Last edited by washere2 at 17-9-2008 08:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
woah gegambor :eek:
so cool ke so cruel tuh ? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon nak menyumbang jugek
nah cilok dr mstar
---------------------------------------
Mawi, Marsha, Amelia, Yazer dipilih Maestro untuk perbaharui kontrak
oleh WAHIDA ASRANI
DESAS-DESUS yang mengatakan penyanyi popular Mawi tidak akan menyambung kontrak dengan Maestro Talent akhirnya terjawab apabila juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu mengikat setahun lagi kontrak dengan syarikat pengurusan tersebut.
Selain Mawi, turut sama menyambung kontrak bersama label tersebut ialah tiga lagi artis AF3 iaitu Marsha, Amelia dan Yazer yang mana kontrak mereka terdahulu telah pun berakhir tidak lama dulu.
Mengulas lanjut mengapa hanya empat daripada 13 artis AF3 dipilih untuk meneruskan karier seni mereka di bawah pengurusan Maestro, kata Pegawai Operasi Maestro Talent & Management, Freddie Fernandez, pemilihan mereka dilakukan berdasarkan prestasi masing-masing.
"Buat masa ini, kontrak artis-artis AF3 saja yang telah tamat manakala artis AF4,AF5 dan AF6 kesemua mereka masih lagi mempunyai kontrak dengan kami.
Amelia, Mawi, Marsha dan Yazer dipilih Maestro untuk menyambung kontrak
"Bagi artis-artis AF1 dan AF2, ada diantaranya masih bersama kami dan ada juga yang sudah dilepaskan oleh Maestro kerana rata-ratanya sudah mempunyai halatuju masing-masing.
"Begitu juga dengan artis AF3, keempat-empat artis ini kita pilih kerana kita nampak ada pasaran untuk mereka dan peluang untuk mereka teruskan karier secara serius. Saya akui hanya empat orang ini yang dilihat mendapat permintaan yang tinggi dan 'maintain' hingga sekarang.
"Manakala artis-artis AF3 yang lain, kita 'bebaskan' secara baik dan mereka juga faham. Hakikatnya, memang kita tidak boleh kekalkan semua.
"Empat yang dipilih ini memang sentiasa menunjukkan usaha. Usaha adalah yang paling penting jika mereka ingin berjaya. Seperti Farah AF2, walaupun dia tidak menang, tetapi sehingga sekarang kariernya tetap 'maintain'," ujar Freddie yang ditemui pada majlis menandatangani kontrak tersebut di Restoran Izzi, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, selain dilepaskan kerana mempunyai karier masing-masing, ada juga artis-artis AF sebelum ini yang masih ingin kekal berada di bawah Maestro walaupun kontrak tidak disambung.
"Saya akui, ada setengahnya ingin terus bersama dengan kami, walaupun kami rela untuk 'lepaskan' mereka. Bagi kes seperti itu, sekiranya mereka mahukan sedemikian, kita tetap akan fikirkan cara yang kita boleh bantu mereka.
"Cuma kita tidak boleh menjanjikan apa-apa kepada mereka kerana kita sendiri sedia maklum dengan senario industri hiburan pada masa ini," tambah Freddie.
Berkenaan syarat terhadap kontrak baru yang ditandatangani oleh empat artis tersebut, jelas Freddie, syarat yang tertakluk masih lagi sama seperti dulu.
"Buat masa ini, kontrak mereka adalah selama setahun, tetapi masih ada ruang untuk mereka panjangkan lagi tempoh kontrak itu kelak. Apa yang pasti, mereka ini masih berpeluang untuk menghasilkan album.
"Mawi akan muncul dengan album Qasidah, Yazer pula sedang siapkan albumnya bersama M.Nasir, begitu juga dengan album Amelia yang hampir siap. Marsha pula masih di dalam proses merakamkan lagu," kata Freddie.
Mengenai caj pengurusan yang akan ditingkatkan daripada 30 peratus ke 50 peratus daripada jumlah bayaran show artis terbabit, ujar Freddie, perkara itu belum lagi dilaksanakan.
"Kita belum tetapkan lagi bila akan kita mula laksanakan. Artis-artis Maestro juga belum lagi tahu tentang perkara ini.
"Dengan keadaan pasaran album yang lembab termasuklah kos yang tinggi untuk menguruskan karier mereka, kita harap mereka faham mengapa caj itu ditingkatkan nanti," katanya.
----------------------
ooohh gitu ke mr freddie ? |
|
|
|
|
|
|
|
ewah
selalu aku menyembang jek, sorang2 plak tuh |
|
|
|
|
|
|
|
promo utk diri dah cukup baik dah tu marsha
so,
dlm nak menyenangkan hati semua orang, jangan jadi menyusahkan ye ? |
|
|
|
|
|
|
|
ish sebok berkate2 amende lagi aku nih |
|
|
|
|
|
|
|
ni ada lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahagia aku rasa bila tengok gambar ni, hilang rasa menyampah kat mawi. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo lagu Sayang Kinabalu,ya? bila diaorang buat lagu ni? Thn ni ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Maestro beri tempoh setahun
Oleh Norhayati Nordin
[email protected]
Nampaknya Maestro kini lebih bersikap 'memilih' siapa artis mereka. Dalam erti kata lain, Maestro tidak lagi menguruskan semua artis AF, hanya yang ada permintaan dan potensi saja akan bernaung di bawahnya. Oleh itu, dari AF musim pertama hingga ketiga beberapa nama saja masih dipertahankan Maestro hingga sekarang.
Bagi AF1, Khai, Rosma dan Burn masih bersama Maestro. Manakala, AF2 pula Zahid, Farah dan Mas. Malah, semalam diadakan pula majlis menandatangani kontrak selama setahun antara Maestro dengan empat artis AF3, Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer.
Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez berkata, penyambungan kontrak dengan Mawi, Amylea, Marsha dan Yazer dibuat kerana mereka ada tempat di pasaran dan Maestro memilih untuk menawarkan kontrak itu kepada mereka.
"Empat artis AF3 ini boleh dikatakan mempunyai permintaan berterusan di pasaran. Jadi, sayang kalau perjalanan karier mereka tidak kami bantu. Justeru, menerusi potensi yang ada dan usaha kuat mereka, kontrak wajar diteruskan.
"Sehubungan itu, tempoh setahun diberikan dan pencapaian mereka akan dinilai. Andai kata masih tetap cemerlang, kemungkinan disambung lagi. Apapun, Maestro sedaya-upaya cuba membantu artis AF di bawah pengurusan kami sebaik-baiknya.
"Setakat ini, karier artis AF yang bersama Maestro memang terurus dengan baik. Selain Mawi, siapa sangka Farah yang tidak dipilih sebagai pemenang pada AF2 tetap hebat. Hingga kini permintaan ke atas Farah sentiasa tinggi dan banyak," katanya.
Freddie berkata, situasi berlaku kepada Farah itu menunjukkan 'kemenangan' bukan jaminan utama. Apa yang penting, usaha dan kesungguhan untuk mencari apa saja peluang supaya terus bertahan. Dalam bidang ini, katanya persaingan sangat besar.
"Siapa yang pandai bawa diri, pasti berjaya. Oleh itu, sekarang memang Maestro memberi fokus kepada artis AF yang berpotensi. Terus-terang, Maestro tidak mampu menjaga semuanya (artis AF) kerana jumlah mereka yang begitu ramai.
"Jadi, kami memilih yang terbaik. Tidak dinafikan, ada juga artis AF tidak terpilih merayu untuk terus bersama tetapi perlu dipertimbang dulu. Bukan apa, Maestro tidak mahu mereka terus menunggu apa yang tidak pasti," katanya.
Kata Freddie, mengambil kira masalah industri hiburan sekarang sewajarnya Maestro mengambil langkah seperti ini. Apa yang pasti, Amylea akan muncul dengan album solonya tidak lama lagi dan Marsha pula pembikinan albumnya masih dalam proses.
"Begitu juga dengan Yazer. Walaupun albumnya diterbitkan Luncai Emas tetapi pengedaran tetap diuruskan Maestro. Bagaimanapun, Maestro tetap akan pastikan artis kami versatil dan ada kelebihan sendiri. Oleh itu, selain menyanyi, mereka boleh berlakon, mengacara dan jadi duta produk.
"Saya mahu mereka 'berkualiti' dan boleh bertahan lama dalam industri. Tidak ketinggalan, mendapat perhatian peminat dan tawaran tidak putus," katanya memaklumkan artis AF4, AF5 dan AF6 masih mempunyai kontrak dengan Maestro.
Katanya, jika mahu melihat siapa antara mereka (AF4, AF5 dan AF6) yang masih bertahan dengan Maestro, semuanya akan dilihat tahun hadapan. Bagaimanapun, buat masa ini Maestro akan menguruskan mereka ikut yang termampu.
Marsha berkata, sekalipun dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Maestro tetapi tidak sanggup berbuat demikian. Katanya, sebagai artis baru, sukar untuknya bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat pengurusan seperti Maestro.
"Saya tidak yakin lagi sejauh mana kekuatan untuk bergerak sendiri. Saya tidak berani dan tak bersedia ambil risiko itu. Oleh itu, bila Maestro berminat menawarkan kontrak baru kepada saya, lebih baik terima. Bahkan, saya senang diurus mereka," katanya.
Akui gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini lagi dia turut membuat syarat tambahan dengan Maestro. Kata Marsha, apabila kontrak baru, ada peluang untuk berbincang apa yang baik untuk karier seninya dan juga Maestro. Dalam erti kata lain, mesti ada 'timbal balik'.
Yazer pula berkata hingga kini dia memang tidak pernah bermasalah dengan pengurusan Maestro. Oleh itu, dia berharap albumnya dapat dipromosi dengan baik. Malah, katanya dia juga tidak meletak atau menambah sebarang syarat pada kontraknya.
"Kini, saya teruja menantikan kemunculan album sulung yang dijangka menjengah pasaran selepas Aidilfitri ini. Maklumlah, saya mengambil masa lama kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya," kata Yazer memberitahu M Nasir menyumbangkan tujuh lagu.
[ Last edited by tweetytweety at 19-9-2008 01:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|