Daun basil
Daun basil disebut juga sebagai daun selasih boleh membantu meredakan gejala keracunan makanan terutamanya disebabkan mual dan muntah-muntah. Cara mengunakan kaedah ini adalah dengan mencampurkan daun berkenaaan sama ada dalam minuman atau makanan. Boleh juga dijadikan jus dan bagi impak yang lebih cepat, minumlah ketika perut masih kosong.
Biji jintan
Hanya dengan mencampurkan satu sudu teh biji jintan yang telah ditumbuk halus ke dalam sup yang masih panas. Dikatakan, cara ini membantu meredakan radang yang berlaku dibahagian perut sekali gus mengurangkan rasa sakit yang dirasai.
Yougurt
Sekiranya rasa mual atau muntah-muntah disebabkan penyakit tersebut maka bolehlah mengambil yougurt. Kandungan mikroorganisma di dalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekali gus melegakannya.