Tadi masa Ria Sentral ada tunjuk sikit Mila masa diorang ngah shooting Ria Sentral Raya..
Jgn lupa nengok Ria Sentral Raya pada hari raya ke-2 kul 11.30 pagi
Setiap kali menjalani ibadah puasa dan menjelang Aidilfitri, pasti setiap umat Islam akan terkenangkan kisah manis atau pun pahit. Begitulah jua juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Norsyamilla Jirin atau Mila yang popular dengan lagu Aku Lebih Tahu.
Mila berkata, dia terkenangkan arwah pakciknya yang menjadi tempat meminta nasihat dan tunjuk ajar. Kisah sedih itu didedahkan Mila sewaktu dia menjayakan rakaman program raya di Hospital Kuala Lumpur HKL), baru-baru ini.
"Hospital ini banyak kenangan. Dulu pakcik Mila pernah dirawat di sini dan akhirnya kembali ke rahmatullah. Hari ini pula Mila sedih dan sebak melihat keadaan adik-adik kecil kita yang dirawat. Mereka semua masih kecil tapi sudah lalui penderitaan
"Semua ini membuatkan Mila insaf. Kalau kita sakit, ada yang sakit lebih teruk. Mila harap semua yang sakit itu akan cepat sembuh dan bersabarlah dengan ujian Allah SWT," kata Mila.
Sedang asyik mengagihkan duit raya kepada pesakit di situ, Mila terus berkongsi lagi cerita tentang arwah pakciknya dulu yang sakit sewaktu bulan Syawal.
"Peristiwa sedih ini berlaku waktu Mila belum jadi artis lagi. Pakcik Mila meninggal dunia pada hari raya yang ke-15. Dia meninggal di hospital inilah. Sebelum meninggal, iaitu di rumah, dia ada bercakap sesuatu yang menjadi tanda yang dia akan pergi buat selama-lamanya. Dia berkata, dia tidak akan beraya lagi," kata Mila dengan sayu.
Originally posted by sinchann at 13-9-2008 10:57 AM
segann nak dekat dgn geng2 davom yg glamer...huhuhuuu
ling ;agi glammm... uma pung msuk TB gaye nie...
jom aar sinchann.. kita bukan ajk pun ms event tu nnti.. anggap dtg buka posa ni sbb nk jumpa kita bkn tujuan utama nk jmpa Mila..