Mila Undur Dari MC Voices & Stars
Setelah lebih setahun menjadi ahli lembaga pengarah MC Voices & Stars Sdn Bhd (MCV), Noorsyarmilla binti Jirin atau lebih di kenali dengan Mila Jirin telah membuat keputusan berundur dari syarikat yang di tubuhkan bersama dengan rakan niaganya, Bernard Cheah.
MC Voices & Stars Sdn Bhd di tubuhkan pada asalnya untuk membantu membangunkan kerjaya Mila khususnya, dan selain menjadi syarikat yang menguruskan perniagaan di dalam industri hiburan.
Pengunduran ini di buat atas kehendak beliau sendiri kerana mahu lebih fokus mengendalikan syarikat beliau yang baru iaitu LuvMila Corporation untuk mengelakkan konflik kepentingan di antara syarikat.
Dengan keputusan Mila ini, MC Voices & Stars Sdn Bhd akan membuka peluang lebih luas kepada artis-artis lain selain daripada menjana perniagaan sebagai pelabur secara usahasama dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan dalam bidang acara atau hiburan yang lain.
揝yarikat kami tidak akan ditutup hanya kerana hal ini, malah kami ingin dan akan terus bekerjasama dengan lebih ramai lagi rakan kongsi atau artis yang ingin mencari peluang untuk berjaya di dalam bidang ini. Cuma kami akan lebih berhati-hati dengan rancangan perniagaan supaya mendapat hasil yang lebih positif di masa akan datang, |