CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gadis

Masalah jenayah

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2005 11:26 AM | Show all posts
Mahkamah Tinggi: Reman suspek bunuh jurutera dilanjut, teman wanita bebas


KUALA LUMPUR: Suspek kes pembunuhan jurutera Penerbangan Malaysia (MAS), Low Kok Seng, akan disambung tahanan remannya enam hari lagi manakala teman wanitanya dibebaskan esok.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Bulat, polis mempunyai cukup bukti untuk mendakwa lelaki terbabit, namun masih memerlukannya bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan berhubung kejadian itu.

揇akwaan sudah boleh dilakukan, namun kami memerlukan maklumat tambahan bagi mengukuhkan kes apabila dibawa ke mahkamah.

揟eman wanita suspek yang dibebaskan esok (hari ini) masih diperlukan polis untuk menjadi saksi utama apabila kes itu dibicarakan tidak lama lagi,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2005 11:27 AM | Show all posts
Edisi KL: Helah langgar kereta

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]

SUBANG JAYA: Sekumpulan tiga lelaki, termasuk seorang remaja bawah umur menggunakan helah melanggar belakang kereta Proton Satria dipandu seorang wanita di Taman Puncak Jalil, di sini sebelum menyamunnya, petang kelmarin.

Kumpulan lelaki itu dipercayai sengaja melanggar kereta mangsa dari belakang bagi membolehkan mereka mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu sebaik mangsa turun dari kereta untuk melihat kerosakan.

Malah, kumpulan itu biasanya mensasarkan golongan wanita yang memandu secara berseorangan di kawasan sunyi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 28 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Puncak Jalil.

揔etika melalui jalan besar Puncak Jalil, kereta mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Waja dinaiki tiga lelaki.

揗angsa yang terkejut dengan kejadian itu memberhentikan keretanya dan turun untuk melihat kerosakan itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2005 10:09 AM | Show all posts
Mahkamah Tinggi: Acu pistol di badan

Oleh Meor Riduwan Ahmad
[email protected]

SHAH ALAM: Seorang ketua juruwang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, dia diacukan pistol di belakang badan dan diugut bunuh jika tidak memberi kerjasama membuka peti besi bank dalam kejadian rompakan di Southern Bank, Jalan Gasing Petaling Jaya, pada Mei 2001.

Samsiah Habib, berkata pada 18 Mei 2001, kira-kira jam 3.15 petang, dia berada di kaunter bank dan melihat seorang lelaki menolak pintu dengan kuat sehingga menyebabkan dia dan rakan sekerjanya, Paul Edmund Foong Teikh Wah takut.

Menurutnya, ketika itu, Paul mengatakan lelaki yang masuk itu mungkin orang gila, dia dan Paul lari ke bilik pengurus.

揝aya dengar suara lelaki bertanya siapa ketua juruwang sambil mengheret seorang pegawai pemasaran masuk ke dalam bilik yang saya masuk. Tiba-tiba lelaki itu mengacukan pistol di belakang badan saya dan menyuruh saya membuka peti besi.

揇ia ugut mahu bunuh saya jika tidak membukanya. Sedang saya memutar set nombor peti itu, kedengaran satu das tembakan dan melihat lelaki yang mengacukan pistol ke arah saya rebah ke lantai. Saya hanya bangun selepas disuruh pengawal keselamatan menuju ke arahnya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2005 10:10 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Drebar trailer nafi pandu bahaya

Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]

MUAR: Pemandu trailer yang menyebabkan kematian tujuh warga Singapura dan seorang rakyat tempatan dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Muar-Yong Peng, 3 Mac lalu, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu secara berbahaya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Wong Wen Chong, 30, dari Sitiawan, Perak memohon dibicarakan atas tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dia yang hadir di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan berbaju dan seluar jeans biru itu tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu dan meminta dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.

Wong menghadapi hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000 serta lesen memandu digantung, jika sabit kesalahan.

Majistret Emelia Kaswati Mohd Khalid membenarkan Wong diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 11 Julai depan sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan.

Wong sebelum itu merayu jumlah ikat jamin yang dikemukakan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Hanafi Kasiran sebanyak RM20,000 dikurangkan kerana dia mempunyai tanggungan anak.

Pada 3 Mac lalu, tujuh warga Singapura dan pemandu van rakyat tempatan terbunuh apabila kenderaan yang mereka menaiki bertembung dengan trailer dipandu Wong.

Tiga mangsa meninggal dunia dunia di tempat kejadian, manakala lima lagi ketika mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Van yang dinaiki enam lelaki dan tujuh wanita itu dalam perjalanan pulang selepas menyertai upacara keagamaan di sebuah tokong di Parit Unas, dekat sini.

Tujuh warga Singapura yang terbunuh ialah empat lelaki dikenali sebagai Lee Siew Thong, 64; Poon Siew Seng, 59; Chan Yut Lum, 68; dan Aw Lye Sung, 58.

Manakala tiga mangsa wanita ialah Poh Sau Chun, 58, Foo Hock Lai, 45, dan Low Ying Keng, 65. Turut terbunuh ialah pemandu van rakyat tempatan, Foo Keng Peng, 30.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2005 10:11 AM | Show all posts
Isteri tidak percaya suami ditembak mati seorang penjenayah
KUALA LUMPUR 11 Mac - Isteri bekas polis Mohd. Khairul Anuar Jaafar, 33, yang ditembak mati di Hotel Grand Seasons di sini semalam tidak percaya suaminya seorang penjenayah.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 30-an, menyifatkan kenyataan polis bahawa suaminya seorang penjenayah sebagai tidak munasabah.

Katanya, beliau sekeluarga hidup secara sederhana dan suaminya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

``Suami saya terima panggilan telefon dari kawannya yang dulu sama-sama bertugas di Pulapol yang mengajaknya berjumpa di hotel, tapi saya tak benarkan kerana sudah lewat (3.30 pagi). Suami saya rasa serba salah untuk keluar, tetapi akhirnya dia pergi juga,'' katanya kepada Bernama ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Faridah dari Taman Setapak di sini berkata, sebelum keluar suaminya itu sempat menjelaskan yang dia terpaksa pergi kerana rakannya itu akan pulang ke Johor.

``Suami saya janji akan pulang setengah jam kemudian, saya tak sangka ini pula yang terjadi...,'' katanya

Ditanya sama ada beliau mengenali rakan suaminya itu, Faridah memberitahu suaminya pernah bercerita mengenai lelaki tersebut tetapi tidak pernah menemuinya.

Sementara itu rakan Mohd. Khairul yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 40-an, juga terkejut apabila diberitahu Mohd. Khairul atau lebih dikenali sebagai `Kodiang' merupakan penjenayah.

Katanya, beliau mengenali Kodiang setahun lepas dan sepanjang perkenalan mereka, Kodiang seorang rakan yang baik dan hidup secara sederhana di samping isteri dan dua orang anaknya.

``Dia hidup sederhana dan setahu saya dia hanya ada motosikal `kapcai'. Kalau dia terlibat dengan jenayah merompak, saya percaya dia akan hidup mewah dan tidak perlu bekerja di syarikat keselamatan lagi,'' katanya.

Mohd. Khairul bersama rakannya, Lans Koperal Zulheme Mohd. Darus, 33, ditembak mati oleh sepasukan polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di tempat letak kereta hotel berkenaan dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Jenazah Mohd. Khairul dituntut ahli keluarganya petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Gombak.

Sementara itu, keadaan di bilik mayat HKL turut diselubungi dengan tangisan kesedihan keluarga Zulheme.

Ahli keluarga serta rakan-rakannya hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Difahamkan, jenazah Zulheme yang mempunyai seorang anak lelaki, akan dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2005 11:23 AM | Show all posts
lame tak baca jenayah gadis...hehehhehe.....
nak kasik kacang tak leh dah.....
erm.....syabas gadis.....!
tima kasih erk......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-3-2005 11:36 AM | Show all posts
sesama qilla...

kekadg dis sendiri pun tak sempat nak view atau baca kat paper pasai kes2 nih... at least kalo dis paste sinih.. mayb ada yg berpluang tuk baca kes jenayah dlm negara kita nih...

no hal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2005 08:23 AM | Show all posts
Hajat Shamiza bantu mangsa tsunami Aceh tak kesampaian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2005 08:25 AM | Show all posts
Lelaki tembak mangsa mahu samun kereta


KUALA LUMPUR: Polis percaya lelaki yang menembak mati Siti Shamiza Abu Zarim dan mencederakan seorang lagi mangsa di Pasar Raya Giant, Batu Caves kelmarin, ingin menyamun kereta untuk digunakan dalam rompakan.



Jurucakap polis berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu kerana penjenayah terbabit tidak mengambil barangan berharga milik mangsa.

揔ita percaya dia hanya ingin melarikan kereta dan mungkin mahu menggunakan kenderaan itu untuk tujuan merompak kerana dia turut membawa senjata api.

揋erakan memburu penjenayah berbahaya itu sedang diperhebatkan,
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2005 08:40 AM | Show all posts
kesian.....tak pasal2 kena tembak....baik bagi jer kereta tu....tak pasal2 nyawa melayang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2005 09:33 AM | Show all posts
Polis edar gambar lelaki bantu kes bunuh Shamiza

KUALA LUMPUR: Polis semalam mengedarkan gambar seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh setiausaha eksekutif, Siti Shamiza Abu Zarim, yang ditembak mati di tempat letak kereta Pasar Raya Giant, Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Saari, berkata polis percaya lelaki itu yang dikenali sebagai Mokhtar Mohd Zain (gambar), 43, nombor kad pengenalan 620520-03-5061 dan berasal dari Kelantan, boleh membantu menyelesaikan kes itu.

Beliau berkata, alamat terakhir Mokhtar yang bekerja sendiri ialah di No 136, Taman Seri Rantau, Rantau Panjang, Kelantan, dan No 1801, Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang, Kelantan.

揔ita yakin dia boleh membantu menyelesaikan kes bunuh itu.

揙rang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Superintendan Ishak Hussain di talian 012-3988777 atau Asisten Superintendan Mohd Zamri Hashim di talian 012-2292050 bagi membantu siasatan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2005 09:34 AM | Show all posts
Edisi KL: Kilang guna alat kawalan jauh curi elektrik

Oleh Manan Samad
[email protected]

KUALA LUMPUR: Ada sindiket disyaki membekalkan alat kawalan jauh kepada segelintir kilang kecil di sekitar Lembah Klang bagi membolehkan mereka mengawal penggunaan bekalan elektrik pada tahap minimum.

Taktik licik itu terbongkar apabila sepasukan pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Distribution, anak syarikat milik penuh TNB, melakukan operasi besar-besaran dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga di sekitar ibu kota, terutama Sungai Buloh dan Kepong dari 7 hingga 21 Februari lalu.

Dalam operasi itu, 60 kilang disyaki mencuri elektrik, antaranya dengan melakukan penyambungan haram dan sekurang-kurangnya empat didapati menggunakan alat kawalan jauh untuk mengawal aliran keluar masuk kuantiti elektrik.

Ini sekali gus mengurangkan kos operasi kilang terbabit yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan elektrik untuk menjalankan pengeluaran harian.

Difahamkan, alat kawalan jauh buatan tempatan itu mampu mengawal pergerakan meter sekali gus memperdaya pembaca meter TNB yang melakukan pemeriksaan bulanan.

Ini kerana meter bacaan kadar elektrik itu sudah diubahsuai terlebih dahulu bagi membolehkan ia beroperasi menggunakan alat kawalan jauh.

Pengurus Besar (Kuala Lumpur), Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Mohd Ghazali Sulaiman, berkata cara bekalan elektrik dicuri terutama di kilang seolah-olah didalangi sindiket tertentu.

揑a dilakukan mereka yang pakar. Terbaru, kita mengesan adanya penggunaan alat kawalan jauh untuk mencuri elektrik.

揇i Kuala Lumpur, kes pertama dikesan berlaku enam bulan lalu (tetapi tidak didedahkan kepada umum). Orang biasa sukar untuk buat 慿erja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2005 08:41 AM | Show all posts
Shereen hadapi tiga tuduhan hisap dadah
Oleh Shamsul Kamal Amarudin


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Noor Shereen Mohamad Hadzim atau lebih dikenali sebagai Shereen, serta tiga lelaki termasuk teman lelakinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tiga tuduhan menghisap dan memiliki tiga jenis dadah.


SHEREEN dibawa keluar dari
Mahkamah Majistret Petaling Jaya,
semalam selepas menghadapi
tuduhan menghisap dan memiliki
tiga jenis dadah di Pangsapuri
Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11,
Taman Sri Subang kira-kira
jam 2 pagi, 15 Mac lalu.
- Gambar Ahmad Irham Mohd Nor

Bagi tuduhan pertama, Shereen, 34; teman lelakinya, Ku Faizal Ku Baharum, 29; Mohd Hafiz Nasib, 29; dan Mohd Nizam Halami, 33; dituduh mengambil dadah jenis heroin.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah bernombor C1-1-C3, Pangsapuri Subang Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang di sini, kira-kira jam 2 pagi, 15 Mac lalu.

Keempat-empat tertuduh, yang didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Ku Faizal turut menghadapi tiga tuduhan lain termasuk dua tuduhan mengikut Seksyen 39B yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Shereen yang pernah popular dengan berlakon dalam beberapa drama seperti Menantu Mami dan filem Putera serta merakamkan album solo berjudul Rahsia Cinta pada 1992, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan.

Dia yang memakai baju berwarna merah jambu dan tidak lagi menutup mukanya seperti dilakukan ketika dibawa ke mahkamah sebelum ini, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 2 petang bersama tiga yang lain.

Mohd Nizam bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala Ku Faizal dan Mohd Hafiz, penganggur.

Keempat-empat tertuduh juga didakwa memiliki 1.6 gram dadah jenis kanabis atau ganja di tempat, masa dan tarikh sama. Bagi tuduhan ketiga, mereka didakwa memiliki 1.4 gram dadah jenis methamphetamine atau dikenali sebagai syabu di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi dua tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ku Faizal pula dituduh memiliki 1.9 gram methamphetamine di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain didakwa mengedar 0.6 gram methamphetamine dan mengedar 205.5 gram kanabis.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung mandatori mengikut Seksyen 39B (2).

Tiada pengakuan direkodkan daripada Ku Faizal serta jaminan tidak ditawarkan bagi dua tuduhan berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azar Irwan Mohd Arifin di depan Majistret Azroul Hisham Azulan. Shereen diwakili Datuk Shafee Abdullah, manakala tiga lagi tidak diwakili peguam.

Azroul menetapkan 28 Jun depan untuk kes berkenaan disebut semula dan jaminan RM5,000 masing-masing terhadap Shereen, Mohd Hafiz dan Mohd Nizam. Terdahulu, Azar Irwan menawarkan jaminan RM6,000 bagi ketiga-tiga tertuduh.

Shafee dalam rayuannya berkata, Shereen yang masih bujang bekerja sebagai penyanyi dan pelakon serta tinggal bersama keluarganya di Klang sebelum dia ditangkap.

Katanya, sejak pertengahan bulan lalu, Shereen yang berasal dari Pulau Pinang kerap berada di pangsapuri di mana dia ditangkap.

Beliau memberitahu mahkamah, Shereen ketika ini perlu menjalani rawatan psikiatri kerana ada masalah tekanan perasaan.

揝aya sendiri ada bercakap dengan seorang Profesor berkaitan di Universiti Malaya, baru-baru ini, untuk mengubati Shereen. Dia akan kerap dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan dan jika perlu, dimasukkan ke dalam wad,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2005 08:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2005 08:44 AM | Show all posts
Lelaki serang, cederakan anggota polis mati ditembak
IPOH 23 Mac - Seorang lelaki ditembak mati selepas menyerang dan mencederakan seorang anggota polis dengan sebilah pisau dalam satu kejadian di Jalan Serindit, Ipoh Garden dekat sini, hari ini.

Lelaki tersebut Wong Khae Cheong, 56, berasal dari Persiaran Sengat Baru 14, Taman Bersatu, Kampung Kepayang, Simpang Pulai dekat sini manakala anggota polis terbabit dikenali sebagai Lans Koperal Chan Sing Chong, 41, dan bertugas di Balai Polis Sungai Senam.

Dalam kejadian itu, Khae Cheong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di dada kanannya sementara Sing Chong cedera di kedua-dua tangan, dahi dan kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Che Sab Hanafiah berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika Sing Chong yang lengkap beruniform menjalankan rondaan bermotosikal di taman itu berseorangan.

Katanya, sebaik sampai di Jalan Kakak Tua, anggota polis terbabit terserempak dengan lelaki itu sedang menunggang basikal dengan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 0.3 meter tersisip di pinggangnya.

``Anggota polis ini telah mengarahkan lelaki itu berhenti untuk pemeriksaan tetapi dia enggan sebaliknya terus mengayuh basikalnya sejauh 300 meter sehingga sampai ke Jalan Serindit,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Che Sab berkata, Sing Chong berjaya menahan lelaki itu di jalan berkenaan tetapi secara tiba-tiba dia mengeluarkan pisau dan mengancam untuk menyerang anggota polis berkenaan.

Katanya, Sing Chong terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran ke udara supaya mangsa menyerahkan senjatanya tetapi dia enggan berbuat demikian sebaliknya terus menyerang Sing Chong.

Jelasnya, Sing Chong terpaksa melepaskan satu lagi das tembakan mengenai dada kanan mangsa menyebabkannya rebah di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan mendapati si mati mempunyai 12 rekod kes pecah rumah di sekitar kawasan kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat sementara Sing Chong menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Che Sab berkata, Sing Chong menjalankan tugas rondaan sebagai Konstabel Masyarakat (Konmas) di taman berkenaan setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2005 08:58 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: 揔ami hanya melihat wajahnya dan tidak akan berbuat apa-apa,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2005 09:22 AM | Show all posts
Pekerja kilang dituduh palsukan syiling RM1


PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dua tuduhan memalsukan duit syiling RM1 dan memiliki peralatan melakukan perbuatan itu, di Puchong, pada 24 Mac lalu.



Majang a/k Cathrien Indan (gambar), 20, dari Sapoh, Sarawak, dituduh memalsukan duit syiling RM1 sebanyak 900 keping kira-kira jam 2 pagi di No 26, Jalan Permai 3, Batu 13, Taman Puchong Permai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 232 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa memiliki peralatan iaitu sebuah mesin hidraulik dan tujuh bekas acuan yang boleh digunakan untuk memalsukan duit syiling RM1 di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 235 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah ke atas kedua-dua tuduhan itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sallehuddin Saidin.

Hakim Nurmala Salim menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh selepas Sallehuddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa barang kes masih berada di Bank Negara.

Nurmala juga tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2005 09:23 AM | Show all posts
Edisi Utara: 6 pelajar pecah kedai

Tetapi terpaksa diselamat bomba

ALOR STAR: Sekumpulan enam pelajar sekolah berusia 12 hingga 14 tahun pada mulanya memecah masuk sebuah kedai menjual peralatan logam di Kompleks Sri Putra di Jalan Putra, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, mereka panik apabila menyedari kehadiran sebuah kereta peronda polis di bangunan itu lalu melarikan diri ke bumbung kedai dan bersembunyi di tepi tangki air bagi menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mereka terperangkap di situ kira-kira tiga jam kerana gagal turun walaupun dipujuk polis yang kemudian terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi membantu remaja terbabit turun.

Difahamkan, kumpulan pelajar itu pada mulanya dikatakan memecah masuk kedai berkenaan kira-kira jam 6 petang tanpa menyedari seorang pekerja kebetulan masih berada di situ.

Pekerja itu yang menyedari kehadiran penceroboh, terus menghubungi polis dan apabila menyedari kehadiran kereta peronda, enam remaja terbabit gegas memanjat bumbung sebelum dibawa turun kira-kira jam 9 malam.

Terdahulu, kumpulan pelajar terbabit dikatakan sempat menyembunyikan tiga basikal yang mereka gunakan dalam semak di belakang bangunan kedai tiga tingkat itu sebelum berjalan kaki menuju kedai berkenaan.

Polis yang tiba kemudian memujuk pelajar terbabit supaya menyerah diri dan mereka akhirnya turun seorang demi seorang menggunakan tangga milik bomba sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Hussain Bapoo, ketika dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pecah rumah pada waktu siang.

揃agaimanapun, pemilik kedai berkenaan mengesahkan tidak ada barang yang hilang.

揔umpulan pelajar terbabit masih dalam tahanan polis dan kita akan memanggil ibu bapa mereka untuk berbincang dan mencari penyelesaian supaya tidak menjejaskan persekolahan mereka,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2005 09:32 AM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Wanita dituduh upah bunuh suami


JELI: Seorang wanita berketurunan Siam dan seorang lelaki dipercayai kenalannya bersama seorang lelaki yang diupah untuk membunuh suaminya, didakwa dalam dua prosiding berasingan, di Mahkamah Majistret Jeli, semalam.

Tertuduh, Annie a/p Thua, 47, serta kenalan lelakinya, Lee Tam Sang, 56, didakwa bersama-sama membunuh suaminya, Kho Ah Wang, 51, dengan mengupah Mohamed Azam Ramli, 35, untuk melakukan pembunuhan itu dengan persetujuan mereka.

Annie dari Kampung Pauh, Temangan di Tanah Merah manakala Lee dari Bandar Temangan, didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 6 petang pada 1 Mac hingga 6.30 petang 12 Mac lalu.

Kedua-duanya didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 120B(1) yang dibaca bersama Seksyen 302 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Polis, Cif Inspektor Abdul Razak Shabudin, di hadapan Majistret Musyiri Peet, manakala kedua-dua tertuduh belum diwakili peguambela.

Sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu, Annie memberitahu dia tidak memahaminya dan menyebabkan dia diberi terjemahan dalam Bahasa Thailand, sebelum mengakui memahami pertuduhan itu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh itu. Musyiri kemudian mengarahkan mereka mendapatkan khidmat peguambela atau mahkamah akan melantik untuk mereka.

Beliau kemudian menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu tetapi prosiding itu akan berlangsung di Mahkamah Majistret Tanah Merah.

Annie ditahan pada 23 Mac lalu hasil siasatan polis selepas menemui mayat suaminya dalam keadaan reput di sebuah ladang sawit, manakala Lee pula ditahan pada 27 Mac.

Terdahulu di mahkamah sama, pemuda yang diupah pasangan terbabit, Mohamed Azam yang berasal dari Jalan Wan Ahmad, Tanah Merah, menghadapi tuduhan membunuh Kho.

Tertuduh didakwa membunuh menyebabkan kematian Kho antara jam 10.30 malam hingga 12.30 tengah hari di Ladang Sawit Chat Rimau, Bukit Panau dekat Tanah Merah pada 12 Mac lalu.

Dia yang ditahan polis pada 24 Mac lalu, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati.

Mahkamah turut menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Majistret Tanah Merah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2005 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis at 2004-4-28 03:24 PM:
Bedah siasat mayat mangsa dera hari ini



IBU bapa Norizayani Amilya bersama anak sulung mereka
menuju bilik mayat PPUM untuk menuntut mayat kanak-kanak
itu, bagaimanapun hampa apabila diber ...


mak dia kena tangkap dalam kes nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.201350 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list