|
Originally posted by Ser3ndIpIty at 22-4-2007 02:31 AM
jap! jap! aku nih lost nih....
kiwi... aku suka baca ko nyer posting but aku rasa aku missed ur points kot... so, kalau ikutkan thread tuan umah nih... gagal ker suami kalau isteri dia ta ...
apabila suami gagal, TENTUNYA dengan alasan.. alasan pulak, kita tidak boleh letak secara spesifik apa dia coz kita tidak tau kat mana halangan dia yang menjadikan dia gagal.. setiap halangan itu ada point2 tertentu dan setiap point, mesti ada yang menjurus kepada kekurangan diri sendiri.. itu kalau di perhalusi lah.. MASALAHNYA, dalam thread ini, kita bincangkan mengenai relevnsinya tanggapan masyarakat yang mengangap seorang suami itu kawen lain dengan alasan isteri dia tak dengar kata etc sebagai seorang suami yang gagal.. itu tanggapan masyarakat.. selalunya, setiap tanggapan dari kelompok manapun, adalah mewakili majoriti dalam kes2 itu, dan kalau nak perhalusi ketepatan fakta, of coz ler tidak semua itu betul.. kerana apa?.. kerana majoriti masyarakat kita jugak jenis yang suka menghukum!.. termasuk para suami yang rasa nak ajar bini mereka yang liat nak berubah ini dengan kawen lain.. kasik padan muka dia!!
kes nabi noh tidak ada kena mengena di sini.. nabi noh tak carik bini lain pun, dia tetap sabar dan tawakal mcm yang ko cakap tuh untuk merubah bini dan anak dia sehingga ke saat akhir nyawa mereka.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by salju_putih at 22-4-2007 02:58 AM
isteri gagal dididik bukan sebab salah suami semata2.
tetapi juga adalah kegagalan dari org tuanya mendidik anak pompuan mereka.
kalau sudah 25 tahun x pernah diajar jd pembersih
kalau sudah 25 tahun x pernah diajar handle dapor
kalau sudah 25 tahun x pernah diajar kemas rumah
kalau sudah 25 tahun x pernah diajar hukum hakam agama
takkan 5 tahun 10 tahun kawen dgn suami, terus semuanya salah suami tak reti mendidik?
ingat, suami bukan nak didik anak rebung lagi. Suami terpaksa mendidik buluh betung yg keras lagi liat.
setiap kegagalan itu, of coz banyak faktor yang yang menyumbang.. mungkin didikan ibubapa itu salah satu peratusan kecil yang menyumbang ke arah itu.. tetapi, diri sendiri itu sebenarnya faktor utama..
kalau mcm yang ko cakap tuh.. mesti keluarga itu jenis yang kaya raya.. tuh yang tak payah suruh anak2 mereka buat kerja2 rumah mcm yang ko listkan itu.. tetapi dalam kes ini, kalau perempuan yang kita pinang itu adalah dari anak orang kaya dan dah biasa ada orng gaji, suami WAJIB menyediakan orang gaji untuk isterinya itu..
kalau suami2 yang memilih isteri yang tak reti nak buat itu ini mengikut kehendak diri, aku first sekali memang salahkan SUAMI itu sendiri kerana?.. kalau memang nak pilih isteri itu, pilih lah ikut apa yang ko mau.. jangan kerana cinta itu buta then kawen ler tak kesah.. lepas kawen terkejut pulak isteri tak reti buat itu ini.. masalahnya sekarang, lelaki nak pilih bini ikut suka dia aja.. tak tengok betul2.. tak buat mcm orang dulu kalau berkenan anak dara orang, siap tanya nasihat orang lebih tua, tanya pendapat sedara yang mengenali perempuan itu mcm mana si polan nih punya sikap, etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sofiajane at 22-4-2007 10:27 AM
Senang citer,kita tak yah cakap pasei somi orang lain yg kawin 2-3 tu..kita cakap pasal somi sendiri....agak-agaknyalah.. kasih somi kiter skang ni dah janjikan kita ke syurga ker..?...adakah som ...
ader ker cakap mcm tuh..
bila kita suka nak cakap 'senang citer' tuh yang jadik nya short cut sana short cut sini..
kita bukan nak cakap pasal suami orang lain secara spesifik.. tapi, secara am.. nama lagi bincang.. nak cakap pasal suami sendiri, kena ler buka topik lain.. suami siapa pun, tidak akan dapat menjanjikan syurga pada kita.. janji syurga dan neraka itu dari Allah semata.. Kalau kita taat setaatnya dengan suami pun, kalau kita derhaka pada orang tua, belum tau masuk syurga lenggang kangkung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kiwimerah at 22-4-2007 10:47 AM
mimie, ko mesti pernah dengar yg org pompuan ni lebih mudah masuk syurga daripada lelaki, terutama seorang yg bergelar isteri dan ibu. Kenapa? Sebab kerja pompuan nak pahala yg amat mudah, cuma taat dan ikut perintah suami selagi tidak melangkaui batas2 dan norma2 agama. Tanggungjawab suami adalah mendidik isteri dan ahli keluarga, berat tanggungjawab tu. Allah itu maha adil dan maha mengetahui, Dia boleh tahu sama ada suami tu dah menjalankan tanggungjawabnya atau tidak. Bila kita sebut adil, maksud, suami dah mencuba sehabis daya, tapi tak jalan juga, jadi adakah Allah akan sumbatkan suami ke neraka semata2 isteri tidak mahu mengikut dan taat kepadanya? Tentu tidakkan....
kiwi.. itu memang ler aku pernah dengar.. tapi sahihnya, Allah saja yang tau.. Allah tu maha adil, tentu saja dia bagi peluang yang adil pada setiap umatnya samada lelaki atau perempuan mengikut panduan dalam Quran itu.. dosa dan pahala seorang perempuan bukan saja terletak pada suami semata.. tetapi, banyak lagi yang perlu di ambil kira dari amalan yang lain.. hubungan kita sesama manusia, sesama sedara, sesama insan, sesama makhluk, amal ibadat kita, ikhlas nya kita, redhanya kita.. taat melulu dan ikut perintah semata, TETAPI di hati mengutuk bagai, tak kemana jugak..
kita citer pasal persepsi masyarakat tentang suami yang gagal ok?.. aku tak pernah kata, suami yang gagal mendidik isteri adalah sah2 Allah murka dan habuannya adalah neraka.. lain tu..
Maknanya, ada dua kategori, suami gagal kerana sememangnya dia tidak mendidik, kedua suami gagal kerana isteri tidak menerima didikannya. Macam cikgu sekolah, dalam kelas ada 30 org, 20 org berjaya dalam SPM with straight A's, 10 lagi kantoi, adakah kita nak kata cikgu tu dah gagal? Mudahnya hidup kalau kita nak letakkan kesalahan macam tu pada org ye...
yes dear.. yang ini aku setuju.. TAPI, kita tak cakap pasal seorang guru yang putusasa dan carik murid lain yang lebih bagus untuk mengajar isteri ini kan?.. lain tuh yang..
ko kata malu suami yg kalah pada ketidaktaatan isteri. yup, malu sebab itu persepsi masyarakat kita. Manusia ni kuasa pandangan dan pemikiran hanya judge pada benda2 yg mereka nampak sahaja. tapi tak penting sebab akhirnya, Allah juga yang tahu. macam aku sebut mula2 tadi. Ada juga suami yg waktu menghembuskan nafasnya yg terakhir, tapi isteri tidak juga menerima didikannya, tak sabarkah suami? Aku rasa dah cukup sabar dah tu . Kemudian dalam kes2 yg isteri TERPAKSA dilepaskan kerana suami sedar, semakin dia sabar semakin byk dosa yg dia tanggung. Dia tanggung dosa 'berputus asa', contoh selama 10 tahun dia mencuba, dia rasa dia tak mampu mencuba lagi, jadi lebih baik lepaskan, daripada dia jadi suami yg gagal didik isteri. Mungkin selepas dilepaskan dia boleh berjaya mendidik isteri lain pula
ini satu fakta yang memang betul pada aku.. (orang lain aku tak tau).. apa yang aku highlightkan itu ler sebenarnya kunci pada perbincangan kita ini sepatutnya ekoran dari TANGGAPAN MASYARAKAT sebagai kunci perbincangan kita pada awal2 thread.. dalam Quran pun dah ada panduan nak AJAR isteri mcm mana.. mula2 tegur.. tak jalan.. pulau tempat tidur.. tak jalan, boleh pukul.. tapi jangan pukul sehingga menampakkan bekas, tak jalan, boleh cerai.. kasik balik cara bagus ngan family dia.. LEPAS ITU, baru ler cari isteri lain.. dalam hal ini aku kira, seorang duda yang nak carik isteri tuh perkara normal dan MUNGKIN akan diterima masyarakat alasan itu.. mcm ustad aku dulu cakap lah.. kalau nak kawen ngan duda, PASTIKAN, dia menduda tuh kerana apa!.. so, cara suami nak ajar isteri (sebagai kaedah untuk mendidik) dengan cari lain supaya isteri sedar tuh dah sah-sah melanggar norma ajaran Allah s.w.t kan?
Susah sebenarnya pada zaman ni nak cari suami yg betul2 concentrate mendidik isteri. Selalunya, suami bertuah kerana mendapat isteri yang telah terdidik. jadi kerja suami jadi mudah. Macam kes tok adam, memang wajar Allah murka, sebab dia yg beri hawa makan buah tu selepas hawa merengek2 ndak. Tapi beza dalam isu yg kita bincangkan ni. Dalam isu kita, suami tak ikut kata isteri, isteri yg buat jugak. Tok adam dicipta sebagai pedoman kita masa ini, begitu juga dengan kewujudan nabi2 yg lain. Maknanya, kita dah banyak pedoman, cuma kita jer buat2 tak nampak pedoman2 tu semua.
this one, i m with you  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Itula pasal..kebanyakan somi yg kawin dua ni susah nk lepaskan bini pertama...ingat senang ker,somi nak jatuhkan talak...mungkin pasal anak2 kot..atau kesian kat bini yg dah tua tu...dahlah tak keje...mak ayah dah meninggal...tp dlm kesian tu,kawin lain gaks..may be dia set.."ala baru2 memang la marah...lelama sok ok laa.." yg pasti si somi tu may be gagal didik bini pertama dia..dari segi aper yg gagal tu...??banyak cabang tuh..biasanya isteri zaman skrg susah dah nk cari yg gagal wat keje2 umah...memasak..mengemas..dsbnya...tapi..memang ader yg jenis camtu..maybe type yg lebih pentingkan kerjaya dari rumahtangga kot..mmg ada kes si somi mengeluh..bini dia tak pernah memasak..semua org gaji yg buat..sbb bz ngan kerjaya...tp..si somi tu masih mampu bersabar..bini lak gaji lebih besar dr dia...tp setakat mana dia bole b'sabar wallahualam...
Tp,sofia raselahkan..bukan somi gagal didik isteri..tapi nafsu yg satu tu dah tak tahan nampak pucuk muda..kalau tak kawin kang berzina laks..so,lebih baik kawin..tp tak semua somi yg berani merealisasikan kawin 2 ni..
sofia ambik cth abah sofialah...mak sofia garang dan keras kepala orgnyer...abah sofia lemah lembut orgnya...(memang patut pun Tuhan jodohkan mrk) kalau tgok abah sofia kena marah ngan mak..sian pulak...mak sofia kalau dah stat membebel tak hingat dunia...kalau kena kat hubby sofia,buat macam tu..alamat hidup bermadulah haku..gamaknyer...tapi abah ttp sabar ngan kerenah mak...sampailah sekarang..perangai mak tak berubah-ubah sejak sofia kecik dulu suka membebel kat abah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah lama hidup, makin byk yg kita jumpa dan tahu.
makin byk cerita benar yg kita dengar.
makin byk dilema wanita yg kita nampak.
kawan2, jadiklah le suami yg baik.. berbanding dgn isteri kamu yg senang je nak masuk surga, apa tiket ekspress kamu ke sane? |
|
|
|
|
|
|
letitbe_rahsia This user has been deleted
|
huh, dah byk perbincangan sepeninggalan saya  |
|
|
|
|
|
|
letitbe_rahsia This user has been deleted
|
sorrylah kalau thread ni nampak macam solutionnya dengan berkahwin satu lagi, harap jangan terhad solution dengan senario berkahwin satu lagi  |
|
|
|
|
|
|
letitbe_rahsia This user has been deleted
|
Originally posted by gilagila2 at 22-4-2007 10:33 PM
kalau dah lama hidup, makin byk yg kita jumpa dan tahu.
makin byk cerita benar yg kita dengar.
makin byk dilema wanita yg kita nampak.
kawan2, jadiklah le suami yg baik.. berbanding dgn ...
jadi suami yg baik itu mudah, tapi nak jadi suami yg berjaya itu yg rumit sebab faktor2 yg menyumbang kepada kegagalan ni byk . |
|
|
|
|
|
|
letitbe_rahsia This user has been deleted
|
Originally posted by norsha at 21-4-2007 11:10 AM
aku paham ape letit tulis..tapi ada ke bini yang sengaja2 nak gagalkan suami? mestila ada reason... alaa..cam cikgu laa..takkan sengaja2 nak failkan anak murid kalau anak murid jawab soklan pek ...
saya ada seorang rakan, reason dia jadi 'manja' sebab dah terbiasa, sejak kecil lagi. Jadi bila dia sudah berkahwin, keadaan sama saja, dia lebih senang berada di pihak yg 'menerima', jadi dia harap suami saja yg 'memberi', cantik orgnya, pergi kelas aerobiklah, kelas menarilah, suami ada di rumah pun tiada, cuma bertuahnya dia, dah 15 tahun kahwin, suami belum sekalipun buat perangai . |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #243 letitbe_rahsia's post
macam sindrom 'anak orang kaya kawin lelaki kaya' jer nih... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
bagus thread ni..
terang sikit mata membacanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hemorion at 22-4-2007 10:39 AM
that is why kita ni sekali sekala kena rajin gak tunding jari kat cermin, tengok jari tu tuju kat siapa ...
imagine suami isteri tu masing2 mendidik diri sendiri...
then bila masing ...

Originally posted by hemorion at 22-4-2007 10:39 AM
in cases where suami tu dah beriman, dah bagi contoh yang baik, dahmemberi kasih sayang limpah ruah kat bini...and bini masih tak mahucermin dirinya sendiri....si suami ni bukan gagal PROVIDED dia dahsehabis ikhtiar cuba mendidik, tapi isteri tu yang gagalsebenarnya..........................
aku rasa mender nih sumer terjadi sebab Allah kurniakan manusia AKAL dan jugak Allah kurniakan manusia Nafsu/Ego. Kalau Akal berjaya menundukkan Nafsu/Ego... maka berjayalah umat itu samada suami atau ister... Kalau Akal gagal menundukkan Nafsu/Ego... maka gagal lah sesuatu kaum itu... samada isteri ataupun suami... Dengan Akal, manusia beriman... citer samarinda aku tuh... aku sendiri pun tak tau naper isteri pertama leh berubah... samada akalnya berjaya menundukkan nafsu/ego dia atau apa... wallahualam... kita cuma boleh ber'doa' jek sebab banyak perkara dalam dunia nih tak tercapai akal kita nak fikirkan....
berbalik pada topik thread nih.... kasihnya suami membawa ke syurga... terpulang pulak pada konteks kasih suami itu sendiri... kalau kasih suami berlandaskan nafsu, nak isteri sexy macam paula malai ali... nak isteri 'dang' besar cam pamela sue anderson.. nak ada isteri glammour macam siti nurhaliza... dah tentu isteri tak sampai syurga laki lagik ler jauh...
tapi kalau kasih suami memang berteraskan ingin ke jannah bersama isteri... kena lah suami tuh didik isteri... "yang... dunia nih tak kekal, sooner or later, mungkin Abang pergi dulu... atau Ayang pergi dulu.... tapi Abang nak, bila kita dah tak ada di dunia ni, kita akan still bersama di sana nanti... tapi kita tak boleh bersama kalau kita banyak buat dosa, Yang.... kita solat jemaah sama2 yer? Kalau Ayang masuk syurga dulu, Ayang tunggu Abang, yer sayang? Kasih Abang pada Ayang bukan setakat di sini ajer sayang... Abang nak kekal bersama isteri Abang nih di syurga nanti.... kita berusaha sama-sama yer Yang?"
~ chess! bercururan lak airmata aku masa tulis skrip nih... syahdu ler plak.....
Akal isteri kena lah sampai dengan maksud didikan suami... semoga kita semua beroleh keberkatan di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan dapat bersama mencapai nikmat syurga bersama suami tercinta...
*sob* ~ naper aku sedih nih? Abang....... I need you, Abang... I miss you... I love you... kita gi syurga samer2 eh? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
lmokhtar This user has been deleted
|
Reply #237 NURMIMIE's post
Perbentangan yg terbaik yg aku come across setakat ini. Kudos tu you mimi:clap: |
|
|
|
|
|
|
|
bosan ahhh,mana pegi semua topik-topik poligami..ahhh............. |
|
|
|
|
|
|
|
tak jumpa pun , kat mana? bosan ahh macam si*l je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #250 baiduri_ann's post
kak bwk bersabar kak...
masuk ler thread madu de amore tu..
kan ker thread tu khas tuk org bermadu...
yg lain thread secara general...
kalau akak rasa ada nak bg pendapat...
tak salahkan kat thread mana2 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakkecikgirl at 23-4-2007 12:26 PM
kak bwk bersabar kak...
masuk ler thread madu de amore tu..
kan ker thread tu khas tuk org bermadu...
yg lain thread secara general...
kalau akak rasa ada nak bg pendapat...
tak salahkan ...
ok chow.., anak ikan dah tunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ser3ndIpIty at 23-4-2007 09:43 AM
berbalik pada topik thread nih.... kasihnya suami membawa ke syurga... terpulang pulak pada konteks kasih suami itu sendiri... kalau kasih suami berlandaskan nafsu, nak isteri sexy macam paula malai ali... nak isteri 'dang' besar cam pamela sue anderson.. nak ada isteri glammour macam siti nurhaliza... dah tentu isteri tak sampai syurga laki lagik ler jauh...
Aku suka ape yg ko highlight kat sini... bukan apa kekdg aku confuse gak bila artis yg dedah sana sini pun ngaku isteri solehah..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|