CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tumpanglalu74

[MERGED]Forum Majlis Peguam 'Memeluk Islam: Update-Kecoh: Salah K'jaan-Dr M

[Copy link]
Post time 9-8-2008 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by BlackScorpian at 9-8-2008 10:59 AM


Bro....betulkan sikit statement ko....yg problem tu penganutnye...bukan agama Islam tu sendiri...



Ok... correction of my previous statement... agama takde salah aper... kita penganutnya yang buat hal... kalau tak pun... hal yang buat kat kita... kiranya mangsa keadaan la tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2008 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by BlackScorpian at 9-8-2008 10:59 AM


Bro....betulkan sikit statement ko....yg problem tu penganutnye...bukan agama Islam tu sendiri...



Double post lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 9-8-2008 11:23 AM
300 extremists and anti freedom


zenslack!....dia dah mai dahhh.....

[ Last edited by  BlackScorpian at 9-8-2008 11:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:33 AM | Show all posts
baguslah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:34 AM | Show all posts

Reply #191 zenslack's post

asal yang melibatkan Islam je extremist... kalau Hindraf, SUQIU tu tak extreme. Minta itu, minta ini.. pelbagai
forum @ demonstrasi dibuat nak menghalalkan permintaan korang ya. Mentang2 le BAR Council punya
AJK korang pegang. Sedara jangan main api, kelak terbakar sendiri rugi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:35 AM | Show all posts
suka sangat nak timbulkan huru hara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2008 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by samyvellu at 9-8-2008 11:30 AM


Yes zenslack,it seems to me that these anti-freedom and extremists ppl was succesful in their attempt to cancel the forum.
And look at the news below taken frm Utusan Malaysia site.No wonder ...


and maybe some extreme nonmuslim take advantage with this situasion to make like muslim is extreme...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by mamaque at 9-8-2008 11:12 AM


kuil haram mmg patut diroboh.....memekak jer..



hmm... kuil tu tak haram sebenarnya... cuma kuil tu dibina di atas tanah yang tidak sepatutnya kuil tu berada (dengar khabar tanah tu ada pemilik kan...) tu yg kuil dikata haram tu... macamlah rumah yang dibina di atas tanah orang lain atau tanah kerajaan tanpa kebenaran... rumah tu dipanggil rumah haram juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2008 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by mamaque at 9-8-2008 11:12 AM


kuil haram mmg patut diroboh.....memekak jer..


masjid haram mmg patut dirobohkan, memekak ajer.. macam kg bujal.

umno juga kata begitu jugak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by jerai at 7-8-2008 05:20 PM
aku pun pelik juga kenapa orang kafir rasa fobia dengan perkataan islam dan jihad



Agaknya sebab duduk semeja dengan berforum lebih mudah dari perang kot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:47 AM | Show all posts
Korang haruslah masing2 nak mempertahankan agama masing2. Sbb itu dialog dan forum macam nie susah sangat nak dibuat sbb masing2 ada ego masing2.

Bagi yg Hindu, mereka boleh bayangkan tak, kalau peguam syariah membuat satu forum atau dialog tentang "Kuil di Tapak Haram... Mari Bincangkan". Tentu org Hindu marah kerana org Islam cuba nak campur tangan soal mereka.

Same goes to Muslim.... iaitu kes nie. Jadi masing2 akan jadi marah kalau agama diorang ada org nak masuk campur walaupun yg lebih faham ialah org yg dibincangkan itu sendiri.

Sbb itu bagi aku, yg patut dibincangkan dalam forum dan dialog macam ini ialah persefahaman antara agama. Actually, kalau nak lebih ekstrim, ada ustaz aku dulu tak regard langsung agama lain sebagai 'agama' sbb bagi dia itu semua kepercayaan karut. Hanya Islam ialah agama kata dia. Jadi, kalau ini benar2 diimplementasi kan, apakah perasaan orang bukan Islam? Macam mana kalau kita wujudkan rukun negara ala2 Pancasila Indonesia iaitu hanya agama2 tertentu sahaja diiktiraf dalam negara? Di Indonesia, hanya 6 sahaja agama diiktiraf iaitu Islam, Kristen, Katolik, Buddha, Hindu dan Confucianism. Bagaimana mereka yg pagan, Taoisme, atheis, Yahudi.. adakah mereka tidak diiktiraf sebagai warga Indonesia? Di Malaysia, masih ada toleransi. Tak percaya pada Tuhan tak apa... tak ada agama tak apa. No problem. Tapi Islam mesti diiktiraf sebagai agama rasmi.

Sbb itu, aku senaraikan isu2 yg aku rasa mmg patut dibincangkan dalam page 2 thread nie. Isu2 itu tak sensitif mana pun. Mmg ada penyelesaiannya kalau kita betul2 ikut al-Quran dan hadis sahih.  Kalau tak, masakan zaman Rasulullah dulu org Yahudi dan Kristian pun boleh hidup aman damai bawah pemerintahan baginda. Takder nak bersoal jawab, nak melenting bagai. Lagipun zaman baginda sudah ada some kind of musyawarah (atau muzakarah, mubaqalah, muqabalah I don't know). Maksudnya, masalah siapa2 pun, termasuk orang bukan Islam akan sentiasa diambil berat oleh baginda.

Malaysia nie pulak pelik. Pemerintahnya buat derk jer pasal kebajikan org2 bukan Islam. Sbb itu bila berlaku masalah seperti kuil diroboh, tokong diroboh, statue agama lain tidak dibenarkan... maka mudah bagi mereka2 nie melenting. Sbbnya, tiada saluran utk menyatukan kesefahaman semua agama nie. Aku puji langkah Indonesia, sekadar nak ambik contoh... mereka ada Dinas Agama (atau Jabatan Agama). Bawah jabatan agama nie ada banyak jabatan2 lain seperti Jabatan Islam, Jabatan Pendidikan Islam, Jabatan Haji dan Umrah serta jabatan2 utk bukan Islam seperti Jabatan Katolik, Jabatan Kristian, Jabatan Buddha dan Jabatan Hindu. Aku taklah mintak kerajaan kita sampai gitu skali... tapi at least, kita buat satu jawatankuasa atau kalau boleh, jabatan khusus utk mengendalikan permasalahan2 mereka yg bukan Islam.

Bila masing2 faham agama masing2, jadi tak berlaku salahfaham, takder nak tuding jari sini sana, takder kes org nak kacau agama orang lain, campuri urusan agama lain, takder kes org Islam tak percaya dgn org bukan Islam, takder kes org bukan Islam mintak macam2... semua nie takkan berlaku, Insya Allah. Namun org bukan Islam juga harus faham satu benda, orang Islam ialah majoriti. Sama macam negara2 lain yg majoriti Islam atau Kristian atau Buddha, mereka sangat sensitif kalau urusan agama diorang dicampuri. Contoh paling jelas, di Myanmar atau Thailand.. jangan harap korang boleh debat terbuka pasal agama Buddha. Di Vatican City atau di Filipina, jangan harap korang boleh campuri urusan pasal Kristian/Katolik kalau korang bukan dari agama tu. Jadi ini harus difahami oleh org bukan Islam.

Panjang pulak cerita aku nie...

[ Last edited by  Muntz at 9-8-2008 11:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by petola at 8-8-2008 08:43 PM
mengapa susah sgt kita nak mengakui yg di sana terdapat konflik perundangan dlm hal berkaitan pentadbiran agama Islam dan agama2 lain?



Memang ada konflik perundangan... dan kini sudah tiba masanya untuk jalan penyelesaian kepada konflik tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:48 AM | Show all posts
Forum Majlis Peguam tukar kecoh, dihentikan
09-08-2008
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ dan LEE YAN XIU

KUALA LUMPUR: Forum "Memeluk Islam" anjuran Majlis Peguam yang diadakan di sebalik demonstrasi kira-kira 500 orang di ibu negara pagi ini bertukar kecoh dan dihentikan sejam kemudian.

Ekoran bantahan dan usaha untuk merempuh bangunan Majlis Peguam, terpaksa dihentikan kira-kira pukul 10.02 pagi - selepas berlangsung selama sejam.

Ia diumumkan oleh Setiausaha Pekida Malaysia, Shahril Aziz yang menyatakan bahawa forum "ditutup' pada pukul 10 pagi.

Wartawan mStar Online melaporkan ada pertengkaran dan suasana tegang antara wakil beberapa NGO dan penganjur semasa perundingan diadakan untuk mengakhiri forum berkenaan.

Pasukan FRU juga diletakkan di luar bangunan Majlis Peguam untuk menghalang mana-mana pihak memasuki premis berkenaan.

Forum dimulakan kira-kira pukul 9 pagi di bangunan Majlis Peguam yang terletak di Jalan Tun Perak di sini.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi memasuki pejabat Majlis Peguam untuk berunding meminta forum itu dihentikan demi faktor keselamatan.

Beliau disertain wakil NGO kira-kira 15 minit.

Difahamkan pihak polis mahu forum ditamatkan pada pukul 10 pagi.

Tiada kecederaan dan tangkapan dibuat, kata polis.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Zulkifli Nordin pula berkata, pihaknya telah berjaya menghentikan forum tanpa unsur politik.

"Kita telah memberi amaran yang jelas kepada mereka dan tidak mahu forum seperti ini diadakan lagi.

"Kita telah bertindak secara aman dan bertamadun," katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Mereka yang membantah forum itu turut merempuh bangunan Majlis Peguam ketika beberapa wakil NGO dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengadakan perundingan dengan penganjur meminta forum dihentikan pada pukul 10 pagi.

Terdahulu kira-kira pukul 7.50 pagi, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, pihaknya akan meneruskan forum berkenaan.

"Ini hak kami dan kami mengalu-alukan sesiapa untuk menyertai forum," kata beliau kepada pemberita.

Kumpulan yang membantah forum berkenaan, bertambah hingga kira-kira 500 orang menjelang pukul 9.30 pagi.

Demonstrasi diiringi laungan "hentikan forum" disertai ahli dna penyokong 29 pertubuhan bukan kerajaan. Antaranya ialah Perkim, Persatuan Pengguna Islam, Pekida dan Kelab Umno Luar Negara.

Pemimpin PAS juga menyertai perhimpunan bantahan itu.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob berkata, forum itu tidak seharusnya mempertikaikan Artikel 121(A).

Semalam Naib Presidennya Ragunath Kesavan berkata forum itu tidak akan mempertikaikan Fasal 121 (1A) atau mempersoalkan agama Islam dan statusnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kebimbangan pihak tertentu termasuk beberapa menteri Kabinet seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan PAS diberi perhatian," katanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Peguam di sini hari ini.

Ragunath berkata objektif Majlis Peguam ialah untuk menyelesaikan isu mengenai konflik undang-undang yang dihadapi keluarga yang terperangkap antara pemisahan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah Syariah.

Panel penceramah terdiri daripada Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik/Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan tiga pengamal undang-undang, Ravi Nekoo, K. Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Seorang penceramah telah menarik diri iaitu Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga bekas Hakim Syarie, Dr Haji Naim Haji Mokhtar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

eh tak tau pulak dr haji naim dah resign dari jadi hakim syarie - very educated judge -
satu2nya hakim di mahkamah syariah yang ada phD...
pasal forum ni dah seminggu lebih dah orang dok balah dan minta dibatalkan
tapi majlis peguam ni degil sikit orangnya - tak sensitive dengan perkara2 begini -

nasih baik tak ada FRU sembur gas sana sini kat jalan tun perak yang sokmo traffic
jam tu..  and disperse dengan aman -
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:50 AM | Show all posts
aku harap majlis peguam jgn putus asa...

anjurkan lagi lain kali... cuma ubah tajuk...

contoh tajuk: Yes tuan, correct correct correct..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:52 AM | Show all posts
Bukan nak kumpul 10,000 orang ker katanya dalam tv3 kemarin?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:53 AM | Show all posts
Klu dah nama paria tuh meme susah nak dengo ckp org.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2008 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 9-8-2008 01:01 AM
sajer nak tanya sama lawyer2 muslim kat CI nih (klu ader...). korang klu dah tahu anak guam tu memang buat salah makan rasuah whatsoever korang masih bersungguh2 defend kasi anak guam lepas hukum ...



Ah..ah...   Dah itu tugas aku...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:54 AM | Show all posts
"Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Zulkifli Nordin pula berkata, pihaknya telah berjaya menghentikan forum tanpa unsur politik.

"Kita telah memberi amaran yang jelas kepada mereka dan tidak mahu forum seperti ini diadakan lagi.

"Kita telah bertindak secara aman dan bertamadun," katanya kepada pemberita sebentar tadi."



bagi aku konsep bertamadun YB Zul ni pelik sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by scarlet7 at 9-8-2008 11:54 AM



Ah..ah...   Dah itu tugas aku...


kalau tanya maideen tentu dia jawab: yg mendakwa yg kena buktikan, yg didakwa berhak didengari...

tak caya tanya maideen...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 11:57 AM | Show all posts
Hairan mengapa tak boleh duduk bincang dalam forum, bukannya gaduh pun yang cari gaduh di luar bangunan tu, even orang PR pun ada, sungguh hairan,

Nanti kalau begini PR takkan lama sebab non Muslims majority akan swing pada BN

What the f u c k hmmmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.066931 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list