CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kubus

Petikan dari Akhbar online

[Copy link]
Post time 14-8-2006 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 14-8-2006 11:32 AM



teringat hat mangsa tsunami balik pulau tu, anak 5 lemas sekali gus...pegang anak nun tak kena , lepas pi, pegang anak ni tak kena lepas pi...kesian nooo...


meremang bulu tengkok bila tingat blk crita tsunami yg t'lepaih anak2 tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 14-8-2006 11:04 AM


aku rela pegang sluaq tu lg dr sangkut kat dinding...



dia tu letak seluaq jambam lain la kot no..kalau tidak camna nak ilang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 14-8-2006 11:39 AM



dia tu letak seluaq jambam lain la kot no..kalau tidak camna nak ilang...


maybe jugak kat dinding luaq jamban kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 12:14 PM | Show all posts
kena curi ngan spentos skali ni..... kalau dia tak kat luaq jamban cemana dia masuk lam jamban tu ?....
jenuh pekup aih..... heheh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by gambiaq at 14-8-2006 12:14 PM
kena curi ngan spentos skali ni..... kalau dia tak kat luaq jamban cemana dia masuk lam jamban tu ?....
jenuh pekup aih..... heheh



:hmm::hmm:
dah jadi macam misteri nusantara lak...
bagaimana  keadaan lelaki itu ketika masuk jamban??
di mana lelaki itu meletakkan seluarnya??
jangan biarkan idop anda diselubungi misteri.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by gambiaq at 14-8-2006 12:14 PM
kena curi ngan spentos skali ni..... kalau dia tak kat luaq jamban cemana dia masuk lam jamban tu ?....
jenuh pekup aih..... heheh


betui jugak noo...betui laa ni kot p'curi tu ngendap dia dulu ka apa...ish2 tak senonoh pny pencurik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2006 09:09 AM | Show all posts
crita pasai Tengku Zawyah pulak.......

Edisi KL : 'Saya mampu jaga anak'
Oleh Norhadiani Baharom

KUALA LUMPUR: Saya masih hidup dan mampu menjaga anak. Justeru, saya tidak memerlukan sesiapa untuk mengambil alih tugas saya sebagai ibu, kata bekas isteri Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Tengku Zawyah, 43, berkata demikian kerana terguris dengan Siti Nurhaliza yang pernah mengatakan kesanggupan menjaga semua anak hasil perkongsian hidup Datuk K dengan kerabat diraja itu selama 20 tahun.

Sehubungan itu, dia bersama tiga daripada empat anaknya berkemungkinan besar tidak berada di negara ini pada hari pertunangan dan pernikahan Datuk K dengan Siti, 21 Ogos dan persandingan mereka, 28 Ogos ini.

Menurutnya, rancangan untuk bercuti di Melbourne, Australia, bersama Mohamed Anas Zawawi, 19, Mohamed Adib, 16, dan Mohamed Aazief, 8, sudah dibuat sejak awal.

Mungkin, Mohamed Asyraf, 14, seorang saja akan menghadiri majlis perkahwinan ayahnya,katanya ditemui pada majlis pelancaran Kelab Warisan Wanita (Warista) di sini, semalam.

Tengku Zawyah berkata, kunjungannya ke negara kanggaru itu untuk menenangkan fikiran selepas kes tuntutan harta sepencarian antara dia dan Datuk K diselesaikan dengan baik pada 11 Ogos lalu.

Selain itu, dia mahu menghabiskan masa bersama anak sulungnya, Mohamed Anas yang belajar di Australia.

Saya bukan bawa hati kerana Datuk sendiri sudah tahu hal ini. Lagipun, memang saya tidak mahu berada di sini sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Kami akan berangkat ke Australia pada 19 Ogos dan pulang semula ke tanah air pada 7 September, katanya.

Tengku Zawyah turut mengakui hubungannya dengan Datuk K masih baik sehingga sekarang.

Saya lakukan semua ini demi anak. Walaupun sudah bercerai, anak saya tetap perlukan kehadiran ayah mereka. Saya tidak pernah paksa atau cuba mempengaruhi mereka, bahkan anak saya berhak dan bebas buat pilihan.

Lagipun semuanya sudah diselesaikan secara baik. Saya terima qada dan qadar Tuhan dengan hati yang reda. Kehidupan saya juga lebih gembira sekarang,katanya

Berdasarkan perkembangan sekarang, dia mengharapkan dapat menjalani hidup dengan penuh ceria dan sentiasa berdoa semoga Allah memberinya kekuatan, malah impiannya hanya untuk melihat anak-anak berjaya.

Tengku Zawyah juga menganggap dirinya bertuah kerana semua anaknya dapat menerima situasi yang dihadapinya dan bekas suami.

Alhamdulillah,anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka sedia mendengar luahan hati dan berkongsi apa saja, lebih-lebih lagi anak sulung saya,katanya.

Tengku Zawyah menjelaskan tindakannya mendiamkan diri selama ini kerana mahu menjaga hati anak selepas pelbagai cerita dan beberapa kenyataan Datuk K disiarkan media.

Pada masa sama, saya tidak mahu anak melihat saya lemah. Bagi saya, biar orang guris hati saya tetapi saya tidak akan mengguris perasaan orang, katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada 1986, namun berpisah secara rasmi pada 12 Mac 2005.

Mengenali Siti pada 2004, Tengku Zawyah turut menafikan Siti pernah memanggilnya Mummy  manakala Datuk K, Daddy, sebagaimana dihebohkan.

Dia (Siti) membahasakan saya sebagai Datin sementara bekas suami, sebagai Datuk. Kami berkenalan pada 2004 dan Siti antara kenalan rapat keluarga saya,katanya.

Mengenai kontroversi gambar anak lelaki keduanya, Adib yang tersebar di internet bersama dua gadis jelita, Tengku Zawyah mengakui dia turut berada di tempat itu.

Saya sendiri yang mengambil gambar mereka sempena sambutan Hari Ibu, baru-baru ini. Dua gadis yang dimaksudkan Eva dan Alissa, kawan baik anak saya.

Sebenarnya ramai lagi kenalan kami berada di situ. Minuman yang dipegang anak saya bukan minuman keras, sebaliknya Magarita tanpa alkohol.

Saya tidak mungkin membenarkan anak saya berbuat demikian (minum arak) kerana saya seorang yang tegas. Hisap rokok pun anak saya tidak pernah.

Gambar itu tersebar kerana ada orang yang tidak bertanggungjawab mencurinya dari laman Friendster anak saya, katanya yang sedih membaca buku,Kalau Jodoh Tak Ke Mana, mengisahkan perkenalan Datuk K dengan Siti.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

sabaq nooo...

[ Last edited by  que_sha at 15-8-2006 09:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 15-8-2006 09:09 AM
crita pasai Tengku Zawyah pulak.......

Edisi KL : 'Saya mampu jaga anak'
Oleh Norhadiani Baharom

KUALA LUMPUR: Saya masih hidup dan mampu menjaga anak. Justeru, saya tidak memerlukan sesiapa ...


paper mana ni, tak baca lagi pun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 09:15 AM | Show all posts
Tengku Zawyah, 43, berkata demikian kerana terguris dengan Siti Nurhaliza yang pernah mengatakan kesanggupan menjaga semua anak hasil perkongsian hidup Datuk K dengan kerabat diraja itu selama 20 tahun


kalau anak2 tu mau kat mak tiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 15-8-2006 09:14 AM


paper mana ni, tak baca lagi pun...


metro....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2006 09:28 AM | Show all posts
Rais tidak maafkan Nani
Oleh Nor Akmar Samudin

DIMANAKAH jati diri pelakon muda, Sharifah Amani (Nani), 20, sehingga tergamak mengungkapkan 慖 sound stupid, if I speak Malay
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by que_sha at 15-8-2006 09:09 AM
crita pasai Tengku Zawyah pulak.......

Edisi KL : 'Saya mampu jaga anak'
Oleh Norhadiani Baharom

KUALA LUMPUR: Saya masih hidup dan mampu menjaga anak. Justeru, saya tidak memerlukan sesiapa ...



Pendapat aku,

Diam adalah PINTAR!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:36 AM | Show all posts
hampa minta dak dia ni...kok ye pun , kaber la hat no. 20 tu, pasai dah dilantik jadi belia islam hadhari wakil ganu...

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:40 AM | Show all posts
oooooooooooo....idola melayu isle jugak la nihh...? labai hadhari laaa,mengaji buleh berjoget pun bulehh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by alahai at 15-8-2006 10:36 AM
hampa minta dak dia ni...kok ye pun , kaber la hat no. 20 tu, pasai dah dilantik jadi belia islam hadhari wakil ganu...


tak minat...minat mawi...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 10:51 AM | Show all posts

Reply #213 alahai's post

seimbang dunia akhirat dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 12:49 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by kubus at 15-8-2006 09:28 AM
Rais tidak maafkan Nani
Oleh Nor Akmar Samudin

DIMANAKAH jati diri pelakon muda, Sharifah Amani (Nani), 20, sehingga tergamak mengungkapkan 慖 sound stupid, if I speak Malay
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by alahai at 15-8-2006 09:14 AM


paper mana ni, tak baca lagi pun...



hang bagi sat link buku tu...hang kata ritu hang ada buku tu...aku teringin nak baca lak..apa yg buatkan TZ kecik ati sangat baca buku tu......
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 01:27 PM | Show all posts

Reply #218 kiki's post

sebenarnya aku dapat kat emel, sekerat ja cerita dia...sat aku check kalau ada aku paste sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2006 02:14 PM | Show all posts
mmg la kecik ati..dalam buku tu ader cerita mcm mana DK ni jatuh hati ngan ct..masa tu sah2 la masih jadi laki org kan? sapa tak kecik ati..buat buku, juai satu malaya..tak jaga hati keluarga langsung!!
<aku baca lam paper ja ni, buku tu aku sendiri pun tak penah tgk lagi>
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.427405 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list