confirm...ni berita nyer...........
MH Online difahamkan model terkenal Malaysia di awal 90-an, Shida Yaacob telah meninggal dunia akibat penyakit leukimia yang sudah lama dihadapinya. Malah beberapa buah blog turut menyiarkan berita kematian model terkenal ini.
Tahap kesihatan Shida dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini dan telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 3 pagi di rumahnya di Damansara.
Arwah yang cukup terkenal di 'runaway' dan iklan komersial meninggal pada usia 41 tahun. Jenazah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas. Takziah MH uncapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.