CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kintan

Datuk Faridah Merican - muslim ke??

[Copy link]
Post time 14-1-2013 11:45 AM | Show all posts
hanipinky posted on 14-1-2013 12:19 AM
I pun tak tahu tp dulu my office pernah nak invite dia for our launching and bila consult PA for i ...

Kalo tak silap my fren dulu pernah ckp Idris Jala org Iban [S'wak], agama tu tak tau la samada Christian atau agama Iban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 11:48 AM | Show all posts
jazaa posted on 13-1-2013 07:32 PM
Pedulik apa dengan to arab....
bukan semua tok arab tu follow islam dengan betul....dalam kapalte ...

aku suka ayat ko..kat forum ni..islam macam dipermain2kan forumer...

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:13 PM | Show all posts
DARSITA posted on 14-1-2013 03:33 AM
kita ikut mazhab kita lah ..tak kan some parts ikut mazhab A some parts of life ikut mazhab b.

...

Ye la...... tau tu... pak arab kan tak pakai mazhab shafie... tu yang diorang selamba minum... kita pun takleh la tros nak menghentam...

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:26 PM | Show all posts
setuju dgn pendapat @DARSITA
selalu saya tertanya2... bagi yg bela anjing sebagai pet
adakah mereka samak sepanjang masa?
bagaimana dgn carpet? sofa? semua tu?
I can't help but wonder...  
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:44 PM | Show all posts
pausbiru posted on 14-1-2013 11:12 AM
umah fazura bela anjing xde pown org nk kepoh..siap mak dier bwk big anjing tu g jln2 lg..berlegar2  ...

mak dia yg bela ke?? gambo mne???
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:57 PM | Show all posts
sayang_mulut posted on 11-1-2013 09:58 AM
maybe gambar tu di ambil masam halloween tempoh hari..kucing pakai constume anjing..

x tau nk gelak dgn cara yg macam mana.. lawak yg lebih lawak dari maharajalawak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2013 03:13 PM | Show all posts
cikiciku posted on 11-1-2013 01:27 PM
melayu urban kot

cam setuju jawapan nih.. geng2 bajet urban..

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:30 PM | Show all posts
lasagna posted on 13-1-2013 05:53 PM
oooo ye ke Dato Sri' Idris Jala tu bkn islam? Christian ke dia?
sumpah idak ler tau.. camne uol t ...

idris jala confirm bukan muslim,dia kristian,selalu je dia clarify issue ni kalau ada interview,
in fact dia pernah cerita jiran dia jemput datang tahlil,sbb ingat dia muslim (due to his name)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 03:31 PM | Show all posts
hanipinky posted on 14-1-2013 12:19 AM
I pun tak tahu tp dulu my office pernah nak invite dia for our launching and bila consult PA for i ...

idris jala non muslim. sarawakian. kelabit. christian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:48 PM | Show all posts
lasagna posted on 13-1-2013 05:53 PM
oooo ye ke Dato Sri' Idris Jala tu bkn islam? Christian ke dia?
sumpah idak ler tau.. camne uol t ...

Samalah kita hari ni baru tahu dia bukan Islam.  Dato Shahrom Yeob bekas pengarah museum pun dengarnya free thinker ada sesiapa yang tahu?

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:51 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 14-1-2013 03:31 PM
idris jala non muslim. sarawakian. kelabit. christian.

Kan?

Masa I baru nak join Bar Council dulu pun, ramai my senior ckp Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail tu bukan Islam, but the fact is he is a muslim.

I think benda camni mmg berlaku, kekeliruan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:57 PM | Show all posts
eve_6 posted on 13-1-2013 08:45 PM
tak penat ke nak kena samak 5 kali sehari.

Takutnya yang 5 kali tu pun tak buat sebab tu tak kisah ....

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:59 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 11-1-2013 05:00 PM
hey come on lah ...ko jgn lari topic...

cantiknya jawapan. apa yang lari topik pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:00 PM | Show all posts
hanipinky posted on 14-1-2013 03:51 PM
Kan?

Masa I baru nak join Bar Council dulu pun, ramai my senior ckp Tan Sri Datuk Seri Panglima ...

sarawakian biasa je ada nama dan rupa cam melayu. so memang tak pelik sgt lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:07 PM | Show all posts
melati00 posted on 14-1-2013 03:48 PM
Samalah kita hari ni baru tahu dia bukan Islam.  Dato Shahrom Yeob bekas pengarah museum pun denga ...

Muzium jadi darah daging
Oleh NORAINI ABD. RAZAK
[email protected]
Foto IZHAM JAAFAR


TERSENTUH melihat keikhlasannya memenuhi permintaan untuk ditemuramah. Walaupun baru menjalani pembedahan kecil di mata namun bekas Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Shahrum Yub tidak mahu menghampakan sesiapa.
Itu sebahagian daripada prinsip hidupnya. Lagi pun menurut Shahrum sudah 11 kali beliau menjalani pembedahan seumpama itu.
Beliau yang bertongkat sampai lebih awal di tempat pertemuan kami iaitu di kantin Muzium Negara. Penampilannya masih seperti dulu. Berkemeja hijau lembut dipadankan dengan bow-tie berwarna merah. Jaket kelabu serta sapu tangan juga berwarna merah tersisip rapi di poket kemeja. Itu adalah trade mark Shahrum yang tidak mampu ditiru oleh sesiapa pun. Anak kelahiran Tanjung Malim, Perak itu pernah melakar sejarah tersendiri. Koleksi lebih 500 bow-tie selain kegemarannya tampil dengan pakaian serba putih, menjadikan Shahrum segar di dalam ingatan rakyat Malaysia.
Dalam usia menjangkau 77 tahun pada 21 April ini, ingatan Shahrum terhadap catatan perjalanan hidupnya masih kuat. Biarpun sesekali bergurau dengan ayat-ayat berbaur kematian, namun Shahrum tidak menganggap lontaran kata-katanya itu sesuatu yang serius. Beliau berkali-kali mengingatkan supaya jangan ditanya tentang perkembangan muzium sekarang; jangan juga dibuat perbandingan antara dirinya dan sesiapa pun. Lantaran bagi Shaharum, setiap manusia ada kebolehan dan cara tersendiri; setiap manusia juga boleh melakukan apa yang mereka inginkan.
Sepanjang perbualan, Shahrum sentiasa menyebut perihal isterinya. Nasihat beliau, sayangi isteri. Isteri sanggup berkorban, isteri juga menyediakan makanan, isteri menjaga anak-anak - justeru dalam banyak hal bapa kepada tiga puteri itu seboleh-bolehnya mengurangkan beban isteri. Beliau membasuh dan menggosok pakaian sendiri. Adakalanya mencuci pinggan, makan pun tidak cerewet. Asal ada sambal belacan, ikan kering sudah cukup menyelerakan.
Biarpun pernah bergelar Ketua Pengarah Muzium Negara, namun kehidupan Shahrum 'diikat' rutin kesukaran hidup semasa kecil.
''Bayangkan hidup dengan sehelai kain. Bersekolah dengan sepasang kasut. Kesusahan hidup menyebabkan saya terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Walaupun ada berhelai baju atau kain, saya akan pakai baju atau kain yang sama sebab sudah terbiasa,'' katanya.
Shahrum biasa membantu nenek dan datuknya berladang semasa tinggal bersama mereka di Tanjung Belanja dan kemudiannya berpindah ke Pulau Tiga. Beliau yang kematian ibu ketika berusia dua tahun dibesarkan ibu tiri yang tidak membenarkan Shahrum bermain seperti mana kanak-kanak lain. Beliau disuruh duduk di rumah dan membuat kerja-kerja seperti membasuh pakaian. Bagi Shahrum ada hikmahnya zaman kanak-kanaknya diisi begitu yang menjadikan beliau rajin membaca. Kerajinan itu berlarutan sehingga Shahrum terpilih belajar di Anderson School dan lulus Cambdridge Overseas School Certificate dengan kredit Bahasa Inggeris.
''Saya teringat pesan opah supaya belajar sampai ke negara China, masa itu saya tak fikir belajar tinggi sebab nak buat duit, saya cuma hendak kerja,'' katanya.
pengajian
Terpilih sebagai penerima biasiswa kerajaan negeri Perak, Shahrum memilih antropologi apabila melanjutkan pengajian di Universiti Leeds di England. Siapa sangka perjalanan awal hidupnya di London pada 1955 rupanya membawa kepada pertemuan dengan Maureen Shakesby. Wanita yang disifatkan Shahrom sangat cantik itu dan sentiasa menjadi sebutannya semasa ditemubual dinikahi pada tahun 1959. Perkahwinan mereka menjangkau usia 52 tahun dengan anak pertama Yasmin dilahirkan di Leeds akhir tahun 1959. Dua lagi anak Shahrum dilahirkan di Kuala Lumpur iaitu Sarah dan Deborah masing-masing pada 1963 dan 1965.
Shahrum mengikat dirinya dengan Muzium Negara pada tahun 1962 sebaik saja beliau menamatkan pengajian dan kembali ke tanah air.
''Saya masih ingat Tan Sri Abdul Mubin Sheppard datang ke British Museum mencari anak Melayu yang berminat bekerja dengan beliau yang ketika itu Pengarah Arkib Negara. Semasa itu saya sedang menjalani latihan di muzium itu untuk mendapat diploma dari Museum Association of Britain.
''Tak ada anak Melayu yang minat. Kebanyakannya nak jadi peguam atau doktor, jadi apabila saya balik ke tanah air saya terus menyertai pasukan Sheppard untuk menubuhkan Muzium Negara. Saya menjadi Kurator Etnologi,'' katanya.
Shahrom bersama pasukan kecil yang diketuai Sheppard bertungkus lumus menjayakan idea penubuhan Muzium Negara. Mereka mencari segala artifak dan bahan untuk koleksi muzium. Shahrum bertanggungjawab mendaftarkan setiap barangan yang diperoleh.
''Bayangkan ketika bangunan lama muzium dirobohkan pada tahun 1945 dan bangunan kecil hanya siap didirikan tujuh tahun selepas itu, kita tidak mempunyai muzium di ibu negara,'' katanya.
Shahrom menjadi anak Melayu pertama memegang jawatan Pengarah muzium selepas Sheppard bersara dan digantikan oleh Lowry (1963-1967). Pada 1964, beliau dilantik sebagai pemangku Pengarah dan menjadi Pengarah sepenuhnya pada tahu 1967. Shahrum kemudiannya dinaikkan Ketua Pengarah Muzium Negara pada Januari 1972.
Menjelajah ke serata dunia untuk mempelajari tentang muzium dan bagaimana menarik orang ramai datang ke muzium menjadi amalan Shahrum.
Bayangkan, beliau bersama pasukannya pernah menganjurkan 24 pameran setahun dalam usaha menarik kehadiran orang ramai. Shahrum percaya bahawa pameran tetap tidak cukup untuk meraih minat pengunjung. Tentunya tugas tersebut tidak mudah, namun prinsip hidup Shahrom - kerja sepenuh hati tanpa mengira masa serta minat - menyebabkan sentuhannya sentiasa menjadi. Pameran ular, permainan tradisonal, wayang kulit dihidupkan dengan persembahan secara langsung manakala pada tahun 1969, berlangsung program 70 hari mendidik umat Islam tentang persediaan menunaikan haji.
''Cabaran semasa dilantik menjadi pengarah, ramai yang tidak bersetuju. Tapi saya membuktikan bahawa saya boleh melakukannya. Saya seronok bekerja dan muzium adalah bdang saya, sebab itu saya minta jangan bandingkan saya dengan sesiapa,'' katanya.
Tentu ramai yang masih ingat pameran tengkorak dan mumia yang diilhamkan oleh Shahrum. Biar pun ada bantahan namun beliau percaya setiap pekerjaan yang diyakini betul akan berhasil.
''Saya belajar daripada Tan Sri Sheppard supaya kita tidak berputus asa sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh melakukan apa yang kita inginkan,'' katanya.
Ditanya tentang kegemarannya memakai bow-tie, Shahrum memberitahu, stailnya itu bermula semasa beliau di London. Harga yang lebih murah berbanding tali leher menyebabkan bow-tie menjadi pilihan Shahrum yang sememangnya terlalu bersederhana dalam banyak hal.
Jawatan Ketua Pengarah tidak pernah menjadikan Shahrum manusia yang berbeza. Beliau ke luar negara dengan tiket kelas ekonomi, membeli rumah yang sangat sederhana dan sehingga sekarang memiliki hanya sebuah kereta nasional.
Kantin Muzium Negara masih menerima kunjungannya selain tempat-tempat seperti Chow Kit, Jalan Masjid India serta Jalan Brickfields. Beliau tidak pernah melancong ke luar negara. Anak kedua beliau, Sarah kini bertugas di Muzium Mata Wang Bank Negara Malaysia - mungkin mewarisi 'darah muzium' yang ada dalam diri bapanya. Ruangan ini tidak mampu memuatkan keistimewaan dan kesederhanaan Shahrum. Terlalu banyak dan terlalu luas seperti mana luas dan banyaknya jasa Shahrum 'menghidupkan' Muzium Negara.
Timbul rasa sebak ketika mahu mengakhiri temu bual lantaran hakikatnya 'kesederhanaan' hidup bekas Ketua Pengarah Muzium Negara itu berada pada paras keterlaluan. Tokoh yang mengangkat nama Muzium Negara sehingga berjaya menarik berjuta pengunjung satu masa dulu kini menghabiskan sisa hidupnya dengan cara yang amat ringkas.
Tiada rumah dan kereta mewah. Namun Shahrum tidak merungut jauh sekali kesal.Beliau sesungguhnya tahu bahawa bekerja untuk muzium adalah sesuatu yang amat berharga berbanding wang.Sepanjang perjalanan menghantar beliau pulang ke kediamannya, Shahrom berkali-kali menuturkan nasihat:
''Simpan duit untuk hari tua. Buat baik kepada orang sebab peluang berbuat baik tidak akan berulang. Jangan terlalu dikejar duit kerana tak mustahil duit yang dikejar habis untuk membela kita di mahkamah.''



Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:07 PM | Show all posts
Changa posted on 13-1-2013 11:20 PM
Malaikat ada banyak jenis , jikalau begitu nak maksum bela lah anjing banyak banyak dan bawa sahaj ...

Awak bagi saranan apa kata awak mulakan dulu tapi jangan lupa pakaikan anjing anjing tu pampers yea saya jamin bukan setakat malaikat jer lari orang ramai even shopping kompleks pun akan tutup pintu bila nampak awak dengan anjing anjing awak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 04:12 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 14-1-2013 02:26 PM
setuju dgn pendapat @DARSITA
selalu saya tertanya2... bagi yg bela anjing sebagai pet
adakah merek ...

kalau nak samak, memang tak larat GW09.....
Sebenarnya diorang ni anggap anjing tu mcm kucing je....bila di pertikaikan, diorang kata dosa pegang tangan bukan muhrim mcmana....ada je alasan nak menghalalkan cara....

padahal dosa bersentuhan dengan muhrim, memang dalam kategori berdosa, dosa minum arak pun berdosa....
Tapi dari segi taharah mcmana pulak?....sah kah amal ibadah kita kalau sekeliling kita tak suci....kenapa perlu di kaitkan dengan dosa-dosa yang lain....

kalau ada anjing di dalam rumah, memang malaikat takkan masuk....tapi tak bermakna malaikat yang mencatitkan dosa pahala kita...yang tak masuk tu adalah malaikat rahmat.....manusia skrg terlalu mengejar kemodenan, segala hal nak di ambil remeh sbb nak mengejar kemajuan &  di pandang urban.....  

kita jgn lupa, kalau kita mengejar dunia....kita hanya mendapat dunia...tapi kalau kita mengejar akhirat, InsyaAllah dunia akan mengejar kita.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:16 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 14-1-2013 04:07 PM
Muzium jadi darah daging
Oleh NORAINI ABD. RAZAK

Thanks. Sedih pulak bila baca kisah dia.  Tak de ke gambar dia satu family..

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:22 PM | Show all posts
melati00 posted on 14-1-2013 04:16 PM
Thanks. Sedih pulak bila baca kisah dia.  Tak de ke gambar dia satu family..

welkam. nanti iols usahakan gambar satu family
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 04:25 PM | Show all posts
mamapip posted on 14-1-2013 11:45 AM
Kalo tak silap my fren dulu pernah ckp Idris Jala org Iban [S'wak], agama tu tak tau la samada Chr ...

Idris Jala bangsa Kelabit..Kristian....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.473849 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list