|
bile tgk trailer kk3 tuh
macam kekok2 plak marsha nih berlakon..
oh agaknye karina mase tuh masih kurang keyakinan diri dan semangat kot |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tweetytweety at 17-10-2008 04:51 PM
senyum manis tu.. tak berubah dari dulu..
bile dibuatnye muke sedih pulak alahai teringat mase nyanyi untuk terakhir kali kat konsert akhir af3 tuh |
|
|
|
|
|
|
|
ish tak masuk pg 88 lagi ??
sbb nak taruk lagi gambor baju merah |
|
|
|
|
|
|
|
file:///C:/Documents%20and%20Settings/M%20Zulkifli/Desktop/Desktop/Desktop/KK3%20Hires/DSC_2598.JPG
[ Last edited by mzulkif at 19-10-2008 04:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Marsha tak mahu goda 'lelaki kaya' (Bipop 19/10)
Oleh Zubir Mohd Yunus
JELITAWANsuku kaum Kadazan-Dusun ini masih mampu bertahan hingga hari inisekalipun musim baru Akademi Fantasia Ke-7 (AF7) bakal menjengah awaltahun depan. Dia juga baru dua bulan mendapat tawaran menyambungkontraknya bersama Maestro Talent & Management selama setahun lagi.Namun, bukan semua bintang kelahiran AF bernasib baik seperti Marsha.
Berbekalkan kecantikan, penampilan seksi dan aura manjanya,Marsha terus diterima peminat sekalipun ada suara sumbang mendakwabakat nyanyian dan lakonannya tidaklah seberapa dan sukar dibanggakan.Justeru, tidakkah Marsha berasa terhina apabila dilabel 'beauty withouttalent' sekalipun nama terus meniti di bibir peminat?
"Bukan terhina, tetapi amat bersyukur! Cantik adalahuniversal dan bonus. Tapi, bakat pun penting. Manakala nasib dan rezekiadalah pemberian Tuhan. Justeru, saya harus bekerja keras memeliharakesemuanya. Pun begitu, saya tak nafikan, bidang nyanyian saya tak kemana, orang tak nampak saya as a singer kerana sehingga hari ini sayabelum ada sebarang album penuh. Tapi, syukur masih ada tawaran berlakondrama dan filem," kata Marsha yang tetap kekal dengan lenggok manjanya.
Apabila Marsha bersetuju menyambung kontraknyabersama Maestro, ada dakwaan membisikkan ke telinga penulis, diasebenarnya menjerat diri sendiri. Benarkah begitu?
"Jika nak dibandingkan artis AF lain, saya boleh dianggap bernasib baikkerana Maestro terus 'menjual' saya untuk endorsement, lakonan dan showsekali sekala walaupun tidak semewah Mawi. Tapi, kadang-kadang pun sayaberasa malu apabila orang asyik bertanya, bila saya nak keluar denganalbum penuh?
"Saya memujuk diri, beri peluang kepada Maestro membuktikansemua janjinya. Tapi, agak mengecewakan kerana sehingga hari ini singlepun belum dihasilkan. Rakaman yang saya jayakan sebelum ini sekadarpetikan daripada lagu filem. Nak kata 100 peratus daripada Maestrountuk album penuh, tak nampak lagi, cuma buat rakaman beberapa lagu,tapi sehingga hari ini semuanya belum diterbitkan lagi, mungkin adamasalah teknikal.
Harap Maestro kotakan janji
"Sekarang kita sudah ada juara AF6, saya pula sudah tiga tahunlebih dalam industri ini, masih tak ada album sendiri, memanglahsedih... Pernah juga saya terfikir, saya nak terus berlakon saja, tapitujuan saya terjun ke industri ini untuk menjadi penyanyi. Namun, apayang saya idamkan, mempunyai album sendiri, masih belum tercapai,justeru saya harus bekerja keras merealisasikan impian.
"Memang saya berharap, Maestro mengotakan janji mereka,menghasilkan produk yang baik, sekurang-kurangnya a single can do. Sayatak kisah, janji ada lagu baru," katanya menguntum senyuman yang bolehmencairkan hati lelaki.
Pun begitu, berbekalkan kecantikan dan personaliti yangmenarik, Marsha boleh mengambil jalan mudah dengan mendekati kenamaanuntuk merealisasikan impiannya dengan sekelip mata, jadi tidakkah diaberhasrat mengikut jejak segelintir artis cantik seusianya yang sudahpun hidup senang lenang dengan mendampingi golongan VIP?
"Menggoda lelaki kaya untuk keselesaan hidup, bukan saya! Hanya artisbertaraf pelacur yang tergamak buat 'kerja' seperti itu untukkepentingan peribadi. Saya lebih rela miskin, tak ada job daripadamenjual diri untuk jadi artis kaya raya! Sekali terjebak, bermakna sayahilang maruah diri. Saya tak sanggup digelar artis pelacur kelas atasangara-gara nak hidup mewah," tegas Marsha mempertahankan pendiriannya.
Bagaimana pula hubungannya dengan Kefli apabila mereka dilabel sebagai pasangan kekasih?
"Bukan kekasih, tapi saya dan Kefli sekadar berkawan rapat.Kalau nak kata hubungan kami 'teman tapi mesra', bolehlah... Tapi, naklebih daripada itu, saya serahkan kepada takdir. Berapa lama kami akan'berteman tapi mesra', saya tak tahu sampai bila, tak ada jawapan. Yangpasti, saya selesa dan berasa selamat berada di samping Kefli," ujarMarsha berterus-terang.
INFO: Marsha
NAMA PENUH: Marsha Milan Londoh @ Millon Samingau
TARIKH LAHIR: 6 Disember 1985
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
ASAL: Tamparuli, Sabah, namun dilahirkan di Amerika Syarikat
PENCAPAIAN: Pemenang tempat keempat, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005
DRAMA ON-LINE: Kerana Karina, Kerana Karina 2 dan Kerana Karina 3 menerusi www.gua.com.my
DRAMA TV: Mega Sekeping Hati (RTM)
FILEM: Saus Kacang terbitan Sinemart, Indonesia dan berlakon bersama Bunga Citra Lestari serta Ashraf Sinclair
LAGU RUNUT BUNYI: Sayang (duet bersama Ajai) dan Bila Aku Cinta (solo) menerusi filem Sayang You Can Dance
DUTA: Spritzer Tinge, Snips dan Nivea.
Lokasi: Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, Petaling Jaya, Selangor (03 7804 8888)
Terima kasih: Pengurus Besar, Tropicana Golf & Country Resort, Herman Tan
Pakaian: Noor Arfa Batek Sdn Bhd
Terima kasih: Shabri Saad (019 299 3809)
Solekan & dandanan: Midah Khan (012 653 9559) |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa betul Marsha sekarang ni ya.
All the best to her. :kiss: |
|
|
|
|
|
|
|
ala... kain dia kaler kuning .. tak terserlah langsung kejelitaan marsha ni ..
cuba kasi pakai merah ke pepel ke biru ke ... baru ngam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2172 bRaBus_23's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2169 mzulkif's post
en mzulkif, gambor yg nih tak nampakkk |
|
|
|
|
|
|
|
zubir tuh tak nak bawak marsha gi berposing dlm studio ke
boleh gak ler sarung baju kebaye transparent norarfa batik macam edlin, farhan, akma, nora ngan noni kat pancaindera tuh
lawo plak
ni bawak gi tepi kolam |
|
|
|
|
|
|
|
source: gua.com.my
by Azwan Annuar
20 Oktober 2008
“Ya, saya suka jadi jahat. Maksudnya, membawa watak jahat dalam lakonan. Bagi saya, watak jahat lebih mudah dibawa dan tidak memerlukan ekspresi muka yang rumit,” kata Marsha Londoh yang memegang watak Karina di dalam drama online ‘Kerana Karina’.
Sepertimana pengikut setia drama ini tahu, di dalam musim kedua lalu, Karina menjadi ‘jahat’ akibat pengaruh Kamelia (lakonan Diana Rafar) dan Sherry (Darling Robyna). Walaupun akhirnya dia kembali ke pangkal jalan, namun semuanya terlambat.
Rakan baiknya Sherina (Sazzy Falak) dan Boy (Bell Ngasri) telah meninggalkannya. Dan yang tragisnya, dia tidak berpeluang kembali bersama Imran (Zizan Nin) yang mati dilanggar kereta. Bagaimana kesudahan Karina? Untuk jawapannya, jangan lupa ikuti musim ketiga ‘Kerana Karina’ yang bermula tayangan hari ini, dengan episod baru setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.
Setelah tiga musim membawa watak Karina, anak gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini ditanya kesukaran membawa watak tersebut. “Bila sudah tiga musim terlibat dalam drama ini, rasanya sudah tidak ada kesukaran. Namun, apa perlu dilakukan adalah untuk menyakinkan penonton dengan watak itu.
“Dalam pada itu, mungkin saya perlu memberi satu kelainan pada Karina bagi menarik perhatian penonton.” Tambahnya lagi, dia perlu lakukan yang terbaik walaupun mendapat skrip pada saat akhir.
Selain sibuk menjalani pengambaran ‘Kerana Karina’ pada bulan Ramadhan lalu, Marsha juga terlibat dengan filem arahan Indrayanto Kurniawan iaitu ‘Saus Kacang’ bersama-sama dengan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari.
Kala mula menjejak kaki di dalam bidang seni, Marsha bercita-cita menjadi penyanyi. Tetapi dia kini dilihat begitu selesa dengan dunia lakonan. Adakah dia sudah melupakan bidang nyanyian sekaligus ingin menumpukan kepada dunia pentas?
“Sebenarnya, dunia nyanyian tidak saya lupakan. Terbaru, saya bersama Ajai telah selesai merakamkan lagu berjudul “Sayang” untuk runut bunyi filem ‘Sayang You Can Dance’. Selain itu, buat masa sekarang, sudah lima lagu dirakamkan untuk album terbaru. Tetapi kerana sibuk di lokasi, masa agak lama diperlukan untuk saya menghasilkan album baru.”
Di antara nyanyian dan lakonan, yang mana satu memberikan kepuasan kepada dirinya? “Bidang lakonan memerlukan lebih komitmen jika dibanding dengan nyanyian. Menyanyi lebih selesa dan mendapat hasil dengan lebih cepat,” terang Marsha dalam senyuman manisnya.
Dengan usia semakin meningkat, Marsha pasti memerlukan teman untuk berkongsi suka-duka dalam perjalanan hidup. Sebelum ini, dia dikatakan cukup intim dengan rakan di dalam sebuah rancangan realiti, iaitu Keifli. Bagaimana pula hubungan mereka berdua sekarang?
Dalam nada cukup mesra, Marsha menjawab, “Kami teman tetapi mesra.” Tidak puas dengan jawapan itu, dia diminta untuk menjelaskannya. “Saya masih rapat dengannya, lagipun cukup selesa berkawan dengannya kerana kami satu kepala.
“ada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, saya ada pergi melawat keluarganya. Itu sahaja. Selain itu, bila kata berkawan, pasti ada ketikanya berselisih faham. Namun, pergaduhan itu biasanya hanya sementara,” ceritanya.
Selain Keifli, gadis ini pernah juga digosip bersama selebriti lelaki lain. Antaranya Fahrin Ahmad dan Hans Isaac. Bagi Marsha, dia tidak ambil pusing dengan khabar angin seperti itu, sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Tetapi rupa-rupanya Marsha ada menyimpan perasaan terhadap Hans. “Saya minat gila dengan dia. Bahkan sebelum menyertai rancangan realiti lagi. Dia mempunyai wajah menarik dan berjaya dalam kerjayanya. Saya ada beberapa kali berjumpa dengannya, tetapi sekadar bertegur sapa sebagai rakan artis.”
Suatu ketika dulu, Marsha dikatakan berperwatakan agak menjengkelkan. Namun, jelasnya, dia seorang yang ‘happy go lucky’. “Itulah diri saya. Bukannya saya menjengkelkan, tetapi saya seorang mudah untuk didampingi. Saya juga tidak pandai berpura-pura di hadapan orang ramai. Dalam erti kata lain, saya tidak akan mengawal perbuatan atau kelakuan untuk berpura-pura jadi baik di hadapan peminat,” terang Marsha mengakhiri perbualan. |
|
|
|
|
|
|
|
yeah! fokus kerana karina 3 pulak
marsha memang okeeee
wan nurul aini tu pun oke jugak berlakon yek |
|
|
|
|
|
|
| |
|