Originally posted by blingblings at 16-1-2009 11:21 PM
part last utk mlm ni.........
Menghadiri kelas bersama isteri2 pegawai yg lain mmg menyeronokkan. Kami berkenalan dan mengenali diri masing2. Bila saja aku memperkenalkan diri sebagai sebagai ...
dah baca dah kompilasi dpd JJ which PM to me.... thanks a lot sis.
Originally posted by sweetmm at 16-1-2009 09:27 PM
YEAR 1991
Part 3
As usual she was laughing away with her friends, her laughter drown the others but the sound is so sincere and funny that no one minds but enjoys listening to her rolling l ...
Originally posted by Hanee at 16-1-2009 09:17 PM
Salam RIANZ....maraton sat....lmbt ari ni...cam nk patah pinggang...lom mamam lg...
http://img297.imageshack.us/img297/774/nadmh20090116ro9.jpg
btween....ai tertarik dgn rantai adek tu....cam k ...
Malam itu seperti hari2 ku yg lain, selepas makan malam dan berbual2 sebentar berkenaan aktiviti seharian Azam menghabiskan masanya di depan TV jika tdk ke masjid yg tdk jauh dr rumah kami. Bila aku keluar dr bilik ku semula dia telahpun masuk kebiliknya tanpa mengucap selamat malam apatah lagi menyentuh ku. Aku sudah terbiasa dgn keadaan itu yg telah masuk bulan kelima aku menjd isterinya. Mula2 dahulu mmg terasa pelik tp lama kelamaan aku semakin menerima segalanya sebagai cara hidup kami. Makan pakainya tiada yg kurang, masaku pula makin banyak dihabiskan di meja ku hingga larut malam, mentelaah buku, membuat perkiraan bersama nota2 yg berselerak. Kdg2 sengaja aku biarkan berselerakan bila mataku yg tdk tertahan mengantuk.
Peperiksaan hanya ada tiga bulan lagi, semua soalan2 tahun2 lepas telah habis aku teliti, tiada lagi yg tinggal. Harapanku tinggi agar lulus w/pun tdk cemerlang supaya setidak2nya aku boleh bekerja, dpt juga menghulurkan sedikit wang utk emak di kampung. Wang elaun isteri yg dimasukkan ke bank sekalipun tdk ku sentuh. Aku tak memerlukannya sekarang. Wang belanja poket yg diberi Azam pun tak pernah habis. Apa sgtlah yg aku nak beli utk diriku bila keperluan sendiripun besuami yg belikan setiap kali kami berbelanja. Tp kalau lulus cemerlang tentulah keinginanku tinggi utk melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti.
Panggilan telefon dr mertua ku hari itu bagai meragut nyawaku, jantunglku bagai berhenti berdegup lagi, emakku meninggal!! Ya Allah, dugaan apakah ini? Tiada sakit tiada tanda emakku telah pergi meninggalkan aku untuk selama2nya. Dialah nyawaku, dialah yg memberiku semangat utk belajar.
Aku terus menalifon Azam di pejabat tp diberitahu dia ada urusan di luar, pukul lima setengah mungkin baharu dia sampai balik ke kem. Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya tp ditutup pula. Mungkin bermesyuarat, telah ku. Patutkah aku meninggalkannya dan balik sendiri, aku ada cukup wang sekalipun menggunakan kapal terbang. Aku takut tak sempat menatap wajah emak untuk kali terakhir. Mak dah tak ada sesiapa kecuali aku, kami hanya berdua. Aku hilang punca tp masih cuba untuk bertenang, cepat2 aku telefon kembali ke office Azam meninggalkan pesan yg penting itu supaya Azam dpt pulang ke kem secepat mungkin. Pakaian Azam dan pakaian ku sendiri telah ku kemaskan di dlm dua beg berasingan.
Aku mundar mandir melihat jam di dinding, hampir ke pukul tiga petang baharulah enjin keretanya kedengaran. Tanpa bertegur lagi kedua2 beg itu ku bawa keluar, aku tak peduli lagi samada dia penat atau tidak, aku mahu balik di saat itu juga.
Sepanjang perjalanan yg terasa sgt lambat itu air mataku mengalir tanpa henti. Sepatahpun tiada yg keluar dr mulut Azam. Dia memandu tenang, sesekali melihat jam di tgnnya.
"Tak boleh ka bawak laju sikit? " suaraku yg telah serak menangis berjam2 seakan geram bila terasa lambat benar. Azam langsung tak menjawab. Seperti yg dijangkakan kami terlambat beberapa jam, mayat emak telah selamat disemadikan di kws tempat tinggal Azam, di kawasan Sg Gelugur setelah di bawa balik kerumah Azam dari hospital pagi tadi. Mertuaku yg menguruskan segala urusan. Aku menangis bagai hilang akal, kesian sungguh pada emak belum sempat melihat kejayaan ku di dalam pelajaran apa lagi pekerjaan. Cuma yg sedikit lega aku tdk membantah bila menikahi Azam, seperti dia tahu yg usianya tak panjang mungkin sbb itu dia ingin memastikan ada org yg akan menjaga aku bila telah tiada. Patutlah beria-ia dia memujukku menerima Azam w/pun dia tahu aku berat utk menerimanya.
Kata emak Azam emakku cuma demam sedikit sahaja semalam, pagi tadi dia menalifon emak Azam selepas subuh memberitahu. Bila emak Azam sampai pukul sembilan pagi keadaannya begitu lemah, terus dibawa ke hospital tp meninggal tak lama kemudian. Malam itu aku mengurung diri di dalam bilik, kenduri arwah di luar tdk ku hiraukan. Aku kunci diriku walau Azam sendiri tdk ku benarkan masuk. Aku terlalu geram dgnya yg menutup telefon bimbitnya siang tadi. Sebiji nasi tdk ku telan sepanjang hari itu.
Esoknya pagi2 lagi kami ke rumah emak mengambil beberapa dokumen penting termasuk geran tanah dan rumah serta buka akaun bank dan brg2 kemas yg hanya aku tahu di mana tempat emak ku menyimpannya. Pakaian dan wang ku sedekahkan kepada jiran2 yg bersusah payah membantu emak sepanjang ketiadaan ku. Aku meminta mrk membersihkan rumah itu setidak2nya boleh disewakan nanti. Segala urusan ku serahkan kpd emak Azam termasuk rumah sewa di Air Itam. Segala dokumen2 lain aku bawa bersamaku balik ke K.Lumpur. Melihat jumlah wang di dalam akaun bank mengingatkan aku kpd rancangan kami utk menunaikan haji bersama2 bila wang telah mencukupi. Aku menangis lagi tp aku akan meminta Azam membantu utk membuat Upah Haji bg pihak arwah emak ku nanti.
Berada di rumah beberapa hari selepas itu mmg menghibakan bila teringat yg aku tiada siapa lagi di atas muka bumi ini yg mempunyai pertalian darah. Aku mungkin masih punya ibu kandung tp aku tak tahu di mana utk mencarinya. Puas aku bertanya kpd sesiapa yg pernah mengenalinya tp tiada siapa yg tahu di mana mamaku berada, yg aku tahu dia telah mempunyai keluarga sendiri.
Tak dpt membayangkan bagaimana utk menghadapi peperiksaan tdk berapa lama lagi. Begitu berat tekanan perasaan di dada dan minda. Panggilan telefon dr emak Azam yg agak kerap bagai mengubati kesedihan ku. Ada sahaja topik yg dibualkan membuatkan aku terhibur juga. Namun aku tak pernah menceritakan masalah yg melanda aku dan anak tunggal kesayangannya. Azam dan aku bagai membawa diri masing2, kami makin jauh, aku menutup seluruh jiwaku utknya. Berada dekat dgnnya membuatkan aku bertambah berang. Aku tak tahu samada dia atau aku yg cuba menjauhkan diri masing2