|
'Ada ketikanya saya bosan'(Berita Harian 23/10)
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
MARSHA (kanan) berganding dengan Aini dalam Kerana Karina 3.
| Marsha Milan Londoh terus akur menanti kemunculan album sulung
SESEKALI, rasa bosan menerjah sehingga seakan mahu saja diamengucapkan selamat tinggal kepada dunia nyanyian. Namun memikirkancinta dan cita-cita untuk memiliki album masih belum tertunaimembuatkan Marsha Milan Londoh terus akur menanti.
Tiga tahun usai pengajiannya di Akademi Fantasia 3, gadis dariTamparuli, Sabah ini masih lagi mendambakan kemunculan album sulungnya.Benarlah penantian itu satu penyeksaan hingga ada kalanya dia hampirsaja putus asa.
Tidak mahu cepat mengalah, gadis berusia 22 tahun inimemujuk hatinya dengan menjadikan pengalaman pernah dilalui penyanyilain hingga ada yang menanti hampir 10 tahun akan kehadiran albumsulung mereka sebagai contoh.
揗emang saya akui ada ketikanya saya bosan. Bayangkan sehinggakini masih belum ada sebarang keputusan hitam putih mengenai album.Saya juga baru saja memperbaharui kontrak dengan syarikat rakaman untuktempoh setahun.
揔adang-kadang ada juga terfikir, lebih baik berlakon saja.Memandangkan tawaran berlakon agak meriah tetapi saya tidak mahu cepatmengalah. Saya akan terus menanti. Bagaimanapun saya bersyukur keranamasih menerima undangan menyanyi sehingga ada kalanya terpaksamelepaskan tawaran berlakon kerana terikat dengan persembahan pentas,攌ata anak kelahiran Michigan, Amerika Syarikat itu.
Apabiladikenang, Marsha bersyukur nasibnya dalam industri ini masih lagi baikjika dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang lain.Sekurang-kurangnya dia masih mampu meneruskan kehidupan hasilpendapatan daripada bidang seni suara dan juga lakonan.
Peluang diberikan produser drama tempatan dan luar yang mulamenyedari bakat lakonan dimiliki wanita muda ini menyelamatkan Marshadaripada mengalami nasib seperti rakannya yang lain. Ia sekali gusmembuatkan dia merasa masih lagi bertuah biarpun hasrat untukmenyaksikan kehadiran albumnya masih samar-samar.
Kini dia terus saja ligat mengorak langkah sebagai pelakon.Selepas drama online pertama Kerana Karina 1 & 2, Marsha terusmendapat kepercayaan untuk menjayakan Kerana Karina 3 dan masih lagimemegang watak utama sebagai Karina seorang penyanyi popular. Diamengakui semakin selesa dengan watak Karina, namun Kerana Karina 3 yangkembali menemui penonton pada 20 Oktober lalu menerusi portalgua.com.my mungkin siri yang terakhir.
揝edih juga apabila Kerana Karina akan berakhir. Apa yangmembuatkan saya sedih kerana hubungan bersama pelakon dan juga tenagaproduksi baik. Saya juga selesa dan merasa serasi dengan watak Karina.
揥ataksaya kali ini juga tidak seberat musim kedua yang memerlukan sayamenangis sepanjang hari hingga saya mengalami migrain. Kali ini sayacuba bangkit dari kepompong kesedihan akibat pemergian Imran (AzizanNin) |
|